Wednesday, July 16, 2014

Menu sahur untuk kekal cergas di bulan puasa.

Sedar tak sedar sudah lebih separuh bulan kita umat Islam menjalani ibadah puasa. Ibadah yang hanya datang setahun sekali. Amat rugi jika tidak menggunakan kesempatan yang ada ini  sebaik baiknya. Namun seperti biasa kerana bulan puasa yang sinonim dengan lapar dan dahaga pada waktu siang menyebabkan aras kecergasan dan tenaga kita 'sedikit berbeza' berbanding bulan lain.

Saya menulis 'sedikit berbeza'. Saya tidak tulis 'menurun'. Kerana walaupun kebanyakan orang akan menurun tenaganya, tapi bukan semua orang menurun tenaganya pada siang hari bulan puasa. Ada yang kekal cergas, malah ada yang semakin cergas! Kenapa ya?

Pendapat dan pandangan saya ada 2:

1. Bergantung kepada psikologi seseorang - sesetengah daripada kita sudah terbiasa kurang makan dan minum di siang hari, jadi menahan lapar dan dahaga pada siang hari di bulan puasa bukanlah satu perkara yang rumit untuk dilaksanakan. It's like just a piece of cake.. katanya...

2. Bergantung kepada apa yang dimakan ketika sahur.- Makan makanan yang sangat berat sewaktu sahur boleh menyebabkan rasa lapar yang cepat dari tengah hari menjelang petang. Makan buah pula menyebabkan rasa lapar yang cepat pada waktu pagi. (ini pengalaman saya, mungkin metabolisma kita berbeza).

Maka kerana kecergasan sangat penting pada waktu siang, lebih lebih lagi bagi golongan berkerja, ramai yang mengambil suplimen tambahan, ubat ubatan dan sebagainya sebagai cara untuk kekal cergas.
Bagi yang kurang gemar atau takut mengambil makanan sintetik sebegitu (saya la tu), harusla gigih mencari jalan untuk cergas juga di siang hari.
Jadi setelah melakukan kaedah cuba jaya beberapa kali... akhirnya saya telah menjumpai menu yang sesuai untuk saya pada waktu sahur.

Masa muda muda dulu saya jarang sahur. Sahur saya biasanya hanya bangun sekejap minum air masak. Kemudian sambung tido sampai azan subuh... hihi..
Tapi selepas menyedari kelebihan waktu sahur dan sahur itu sendiri, maka saya yang dah tak berapa muda ni gigihkan hati bangkit pada waktu pagi buta tu untuk mendapat keberkatan waktu sahur... Alhamdulillah..mak.anak mak ini akhirnya insaf juga... hahaha..

Ini menu sahur saya:

1. Menu kegemaran saya yang pertama: Telur separuh (atau suku masak) dengan roti bakar serta minuman panas...Subhanallah.. sedapnya.. Kemudian air masak dalam kuantiti sehingga rasa nak muntah... haha..

2.  Menu kegemaran saya yang kedua: Satu kotak susu segar 250ml dipanaskan dengan 2 atau 3 biji kurma dan sejemput kismis. Hanya panaskan sahaja. Jangan bagi menggelegak.. nanti protein hilang. (menurut pensyarah mikrobiologi saya dulu, protein aktif pada suhu 60 darjah celcius). Jadi nak kene cucuk termometer ke? hehe.. idokle sampai macam tu sekali...agok agok le...Boleh juga di cicah dengan roti... Ya Allah... sedapnya.. tetiba rasa tak sabar tunggu waktu sahur lagi... kihkihkih..

 3. Jika saya makan nasi (memang jarang saya makn nasi waktu pagi buta), maka saya hanya ambil sedikit sahaja (dalam dua suap).

 Jika tidak terlajak tido sampai subuh, menu no 1 dan 2 memang menu all time favorite saya.

Sepanjang hari bergerak naik turun tangga, ke sana ke mari dalam kelas pun tak terasa penat..

Sampai ada murid yang bertanya: "Teacher tak puasa ke? nampak cergas je... "

Hahaha... see the legs la..

Sebenarnya... Allah sebagai pemegang nyawa kita itulah yang berhak memberikan rasa cergas kepada kita bila bila masa yang Dia kehendaki. Menu sahur atau suplimen sintetik itu hanyalah sebagai asbab untuk sesuatu itu berlaku... Allahu 'alam...

Baiklah. Selamat berbuka bila tiba waktunya. Bertarawih bila tiba waktunya dan bersahur bila tiba waktunya.

SALAM RAMADHAN 1435H.