Tuesday, January 31, 2012

gila

kadang2 org  yg kita lihat mcm biasa biasa saje lebih berbahaya dari org gila yg kita lihat mcm org gila. sebab itu agaknya kita mesti  lebih hati2 dengan org yg nampak mcm biasa biasa aje berbanding dgn org yg dari jauh sudah nampak mcm gile.
kalau org itu gila kita fikir dia akan buat perkara yg tak terjgka, jadi kita pun sudah bersedia. kalau nampak dia dtg ke arah kita, kita pun pura2 tukar haluan atau buat u-turn tiba2. maka jadilah perkara yg tak terjangka tadi itu menjadi perkara yg sudah kita jangka. jadi kita pun rasa lega sebab dari awl2 lagi kita sudah siap siaga. selamat rasanya...hehe
kalau org itu nampak mcm biasa biasa saja kita pun boleh leka. tidak rasa curiga. kadang2 dia lalu tepi pun kita boleh buat dekk aja, takdela nk elak sampai 7 ela bila nmpak kelibat dia. tapi bila dia dah cuit pipi kita atau cucuk pinggang kita baru kita terlompat, buka silat sekali ngan mentera b&*%#!!.
masa tu baru tau, oh.. org gila rupanya!

malam tadi dgr berita, perompak bagi salam sebelum tembak dan rompak seorg warga tua. ini org bodos+gila agknya....hm... sila maafkan bahasa perancis saya...



Saturday, January 28, 2012

beranikah aku?

'berani ye kamu', sorg uncle tegur aku time aku nak bukak pintu kereta.
'kenapa?' aku tanya dia balik. tidak faham.
'drive sorg2 malam2 mcm ni', balas uncle tadi.
aku senyum, tak toleh kiri kanan, trus masuk kete, dan lock. cuak beb!
spjg perjalanan aku duk pikir kata2 uncle tadi. 
apa motif dia? mungkin itu caranya nak igtkan aku supaya hati2. Tq uncle.
aku bukanla berani sangat, tapi kalau semua benda nak kene berteman, masakla...

Semoga Allah sentiasa lindungi aku dan org2 yg tidak berteman mcm aku. aminnnn....






Monday, January 23, 2012

atas

apabila berada di bawah, kita teringin mahu ke atas. 
mendaki dan berusaha untuk tidak tewas. 
tgh perjalanan yg kadang hujan dan kadang panas.
redah, tempuh dan harung walau dlm hati ada rasa cemas.

saat diri di atas, semua nampak indah. 

jika dibawah hanya nampak kaki, 
sekarang di atas boleh nampak semua sekali..
oh, semua benda macam kecil dan halus lagi..
boleh buat dengan pejam mata dan petik jari.

bila di atas ada bnyk pilihan
mahu pandang atas, depan atau belakang
jgn hanya menonong sembarang atau aci hentam
bnyk nafsu, bnyk akal dan hati yg memandang
mahu ambil ruang, cipta peluang
jadii jgn lupa pandang bawah juga
tmpat kaki berpijak yg jaga imbangan kita
jgn silap tapak, nanti langkah jadi tak kena
tersepak batu tunggul kayu atau apa saja
boleh jatuh, tergolek 
atau terhempas mcm buah nangka
dahsyatnya!
lebih dahsyat kalau jatuh hingga ke bawah semula.
Nauzubillah!!!





Sunday, January 15, 2012

Utamakan Keluarga..

jom amalkan...

 
gambar ihsan akhbar utusan yg dah renyuk ditibai kucing.

Tuesday, January 3, 2012

gumuk [edisi penuh satu mulut]

"Zi nampak makin gemuk", tegur sorang cikgu.

"ye ke?" Aku tanya dengan rasa tidak percaya.

"Nampak makin berisi", tambah cikgu itu lagi.

Aku tersengeh. Agaknya sbb selalu berangan jadi masterchef masa cuti baru2 ni kot..hehehe..

mode:: suka! suka! suka!...^o^


**Teruja bila dengar sorang rakan nak pegi umrah dlm masa terdekat ini. InsyaAllah my turn will come soon. Man jada wa jada. Dakara, Zi-chan, gambatte kudasai!! Fighting!

Monday, January 2, 2012

Masih Punya Nyawa...

Berkira-kira mengira-ngira umur semakin meningkat setiap kali masuk tahun baru. Akhirnya tesedar hanya kehidupan sahaja yg akan ditanda dgn umur.

Jadi bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengira-ngira umur setiap tahun, kerana itu menandakan kita masih ada nyawa.

**Al Fatihah untuk arwah anak didik, Allahyarham Hafizan yang tlh kembali menemui Pencipta dua hari menjelang 2012. Masih terbayang lawak2 beliau ketika dlm kelas dulu..[sigh]. Semoga kamu damai di sana..

Sunday, January 1, 2012

kuking kuking part 2- Semangat Itik

Disember 2011

Ketawa kami gamatkan ruang dapur ketika kerja2 membersihkan itik2 dijalankan. Cerita itik salai muncul lagi. hehe. Leceh nak bersihkan itik ni. Bulu dia ada bnyk lapis. Dah cabut bulu pelepah, ada lagi bulu2 yang halus2 tu. Kalau sekor takpe lah. Ni 7 ekor. Mau pengsan!

Tapi, bukan aku yg uruskan pun... abg2 aku yg handle.. hehehe...


inilah hasilnya selepas sepagi bercinta dgn 7 itik

heh! Bila berkumpul ramai2.. inilah jadinya..macam kenduri!




September 2011

Ketika memasuki Kuala Pilah, on the way nak hantar adik pratikal kat HTJ N9, kami perasan banyak signboard "itik salai", "ayam kampung salai" dan "puyuh salai". Semua signboard tu depa buat besar2 dan ditulis tangan. Sekali tengok macam depa ni conteng pakai arang je. Tp aku yakin depa ni mesti guna shaker spray yg kaler itam tu.
Oke. sambung. Pastu memula kami baca2 je la dignboard tu. Tp makin lama signboard tu mcm makin bnyk lak. Makin jauh kami jalan makin bnyk. Tebayang rupa ayam panggang makan nga air asam. Tergoda. Kami pun rasa makin lapar. Ye la hari pun dah lebih dari tgh hari, perut mmg rasa laparla, pastu, aku pun mengeluarkan idea yg sgt bernas dikala perut mula bergendang menyanyikan irama zapin dan kuda kepang.

"Cer kita bli, try se, mana tau best. Kekgi kita bleh bli lagi".

"Oke, kekgi kalu jupe kedai dia kita berenti". Kata kakak.

Tak lama, doa kami termakbul. Dari jauh kelihatan satu gerai sedang mempamerkan itik2 dan ayam2 bergantungan di hadapan gerainya di tepi jalan. Memang mengujakan!

Setelah diparkir betul2 di hadapan kedai itu, aku dan adik pun keluar menuju ke gerai dgn semangatnya. Kami melalui itik2 dan ayam2 yg tergantung itu. Baunya... fulamak... rasa mcm nak gigit terus itik2 tu, makan kat situ...hehe.. gelojoss!

Tp kami kene bersabar.. penjual itu (dua org mamat agak ensem) sedang melayan seorang pembeli. aku nampak pembeli tu sudah memegang bungkusan ditgnnya. Mungkin transaksinya membeli itik salai sudah hampr selesai agknya, fikirku sambil menghampiri kaunter dimana mamat mamat ensem tu berdiri.

"Balik nanti trus nak masakla ye?" aku terdengar si penjual itu berbicara dgn pembeli tadi.

"A'a.. ni masak kuning best jugak ni", kata pembeli tadi sambil menelek itik panggang ditangannya.


Erk.. aku dah mula rasa tak best. Sejurus pembeli tadi beredar ke keretanya.

"Bang, ini itik kene masak dulu ke?" soalku dgn lurusnya.

"A'a, kene masak. Masak kuning ke, kari ke", kata penjual itu. "Adik nk apa? itik? ayam kampung?"


"Er.. kami igt boleh trus makan..." semangat kami utk makan terus suram.

"oh tak... ini dia salai je. bukan dah masak." terang abg itu lagi.

Lorrr... kami igt itik salai tu mcm daging salai tu. boleh trus makan... huhuhu...

Hehehe.. abang2 itu hanya tersengeh. Cis.

Kami pun berjalan dgn longlai. kecewa dan hampa ke kereta.

"Mana?" tanya kakak dengan penuh harapan.

"Itik tu kene massok la. dia layur je (salai) dulu". Terang adikku.

Hm... Hmm..

Kami pun meneruskan perjalanan dalam senyap.

...

"Hampeh, aku dah siap basuh tangan da nk makan itik salai tadi.." kata kakak dgn nada tak puas hati.

kah!kah!kah!

Ketawa kami pecah akhirnya.


**Bagi kami salai tu sama maknanya dengan panggang. Kalau sekadar melalukan ayam/itik ats ujung2 api tu, kami panggil layur...