Friday, August 27, 2010

nuzul quran 1431H

assalamualaikum..

hari ini Terengganu cuti. satu sebab memang dah cuti hari Jumaat, satu lagi sebab Nuzul Quran. jadi kami semua dapat cuti dalam cuti.

tahun lepas Nuzul Quran jatuh hari Isnin.. time tu memang best dapat cuti. tak yah pi sekolah.. tapi sbb jadi warden, so kene duk kat hostel jugakla, jaga budak2.. time tu selalu ckp, apsal la tak jatuh hari ahad, baru kitorang boleh cuti panjag, jumaat, sabtu ,ahad..hehehe

Nuzul Quran tahun ni tak pi mane2 pu, duk lepak kat umah je. almaklumla hari jumaat, malas nak kuar pi mane2. lagi pun duk kat kg, bkn kat hostel.

Nuzul Quran tahun lepas, kami pi cari baju raya. kisahnya sbb terkenan tgk baju member pakai, terus pergi cari kat kedai yang dia ckp. sampai2 je trus parking kete dan masuk kedai, sejam lepas tuh, dapatla baju yg diingini. dah la harga mahal cam bedil, mintak less pun tak kasi!! tapi sbb berkenan punya pasal, maka ambik la jgk baju tu...huhuhu

klua aje dari kedai, trus ke kete, alamak, apsal cermin aku ade air? nak kate hujan, hari panas terik ni..matahari bersinar-sinar! adus, rupenya cermin kete aku dah retak...adoyai....

trus aku blah dari kedai malang itu.. bersama cermin kete ku yg sudah retak seribu tunggu berkecai...itulah kali pertama dan terakhir aku ke kedai yg telah mencatatkan episod hitam dalam idup aku dan kereta hitam kesayanganku itu...huhu

harapan aku ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik berbading dari tahun sebelumnya dari semua segi. semoga Allah mendengar doa-doa ku...amin...

SALAM NUZUL QURAN!

Friday, August 20, 2010

ya Ramadhan...

10 Ramadhan sudah berlalu. 1/3 bulan penuh keberkatan ini meninggalkan kita untuk tahun ini. Apakah yang telah kuisi? Tinggal lagi 2/3. Mampukah kupenuhi dengan amal kebajikan?

_____________________________________
_____________________________________
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dgn sempurna....

Thursday, May 6, 2010

last day

assalamu alaikum,

hari ini adalah hari terakhir praktikum kami. semalam dah viva. seronoknya... akhirnya hari yang paling ditunggu dlm 3 bln kebelakangan ini telah menjelma akhirnya. kelakarnya viva aku semalam tidak seperti viva kawan2ku yg lain, unik sedikit. aku pun takp asti pernah terjadi perkara sebegitu ataupun tidak dlm viva org2 sebelum ini, ape ape pun terima kasih kepada guru pembimbing, en Mohd Shahril, dan pensyarah pembimbing, en Che Abdul Mutalib. semoga Allah membalas jasa kalian.

hm.. lama sungguh tak jenguk blog ni, walaupun ade pendapat dan perasaan yg ingin dicatatkan, kadang2 waktu pula macam tak cukup, so jadi mcm tu je la.

insyaAllah, selepas ini akan ade mase untuk sentiasa menjenguk blog ku ini seperti dulu, insyaAllah ..

assalamualaikum.

Tuesday, April 6, 2010

luahan rasa naik kuda

salam,

jalan Kuala Berang teruk giler. naik kete rase cam naik kuda (walaupun aku tak pernah naik kuda). gedeguk gedeguk gedeguk. sian kat tayar kete, aku rase kalo tayar bole nangis, dah lame dia meraung. adui..bile la construction nk siap ni...

Saturday, March 20, 2010

sabtu - end of school's hol'days

salam alaikum dan salam hari sabtu.

Hari sabtu sudah sampai ke penghujung. Sabtu ini berbeza dari sabtu yang lepas, kerana ini adalah sabtu hari terakhir cuti sekolah yang bermula sejak 12 march yang lalu. Macam biasa kedatangan Sabtu hujung cuti ini disambut dengan seribu satu macam perasaan. Rasa malas nak start kerje balik adalah salah satu darinya. Rasanya macam tak cukup lah cuti satu minggu tu...kene tambah lagi ni...hehehe.
Kepada semua rakan guru, selamat memulakan hari kerja anda esok!(~_^)...
hmm bestnya kalo ade kembar seiras, boleh ganti aku pi skolah besok, ahaks!

next entry aku upload gambo2 cuti2 malaysia aku, hihi...insyaAllah..!

okla until next entry, ciao!

Thursday, March 11, 2010

Man jadda wa jada...

salam alaikum

pagi tadi seperti yang telah termaktub, maka result SPM pun telah selamat diumumkan... dan seperti hukum logiknya, calon2 SPM 2009 telah memenuhi perkarangan dewan besar sekolah, walaupun tiada kad jemputan, maupun surat paksaan supaya mereka hadir..semua datang dgn berkawan-kawan dan berbagai fesyen pakaian dan rambut. duduk dan berdiri, bersembang dengan rakan2 yang mungkin sudah berbulan tidak berjumpa disebabkan urusan hidup yang berbeza, ataupun baru semalam lepak bersama kat wakaf di simpang jalan.topik utama perbualan adalah aktiviti mereka sewaktu cuti, dan tentang perihal keputusan mereka. anehnya, walupun mereka begitu rancak bercerita pasal result, tiada seorg pun lagi yg tampil di kaunter utk mengambil result mereka..huhuhu...
aku duduk di satu penjuru, mengutip hutang asrama bagi sebahagian pelajar yg belum langsai hutang asramanya thn lepas.. bosan menunggu, aku perhati gelagat bekas pelajar2 itu. ya, mereka sudah dewasa hampir 4 bulan dari kali terakhir aku berjumpa meraka. nyatanya, pembawaan dan penampilan meraka sudah jauh berubah...rata-rata mahu dilihat dewasa melebihi usia mereka.
result agak mengejutkan, unexpected. a surprise. and for some reason, i feel so relieved by this surprise. i'll tell u why:

1. for an amateur like me, this surprise really gives me an uplifitng effect.
2. for an amateur like me, i really need that uplifting effect
3. for an amateur like me (again!), this surprise and the uplifitng effect prove me something that i can't tell u what.

finally, i hope, really really hope that maths panel will not be a hit target anymore either in meeeting or leisure talk at canteen.

thanks to all maths teachers, our hardwork and perseverance really pay...let's pray that we will do better this year..gambatte kudasai!

congrats to all students who worked smart and hard, man jadda wa jada, remember...?

ooppss, black out! sape bwk enset ni...!!!

until next entry, ciao!

hm....

Salam alaikum

Kurang dari 10 jam lagi result SPM akan keluar. Semoga kejayaan bakal mengiringi kalian, adik2 pelajar..dan tika tiba saat itu, ingatlah untuk bersyukur kepadaNya, kerana walau SEHEBAT manapun result SPM kita, kita masih lagi HAMBA kepadaNya.. semua itu tak kan terjadi kalau bukan dengan izinNya.

Haziq dan Kakak, semoga usaha anda selama ini membuahkan hasil yang lumayan..berbaloi-baloi..hehe

Azmi, kesilapan lalu jgn diulang lagi, jadikan pengajaran dan sempadan.

what u give you get back, remember...?

until next entry,
adios!

Friday, March 5, 2010

tentang alam

Salam Jumaat

Sampai rumah pukul 12, sunyi, semua orang pegi ke bandar, hanya ayah yang tinggal, tengah bersiap2 untuk tidor sebentar sebelum ke masjid. Hari dah start panas. Rasa garing kulit ni. Macam keropok keping yang baru aku makn cicah ngan sos cili sebentar tadi.Bahang panas meruap. Daun daun pokok merunduk layu tunduk pada cuaca yang membahang..
Ayah dah siap untuk ke masjid, dengan jubah kelabu dan bau minyak atar menerawang diudara. Dengan lafaz bismillah, enjin motor Kriss ayah start, dan meluncur laju ke masjid.
Tinggallah aku sorang termangu2 di beranda dapur..memerhati alam sekeliling...

Bercerita tentang alam
dihening sunyi Jumaat
ngiang cengkerik dan kicau murai
nun sesekali kokokan jantan tua di laman jiran
angin dari baruh berbau lumpur kering
melintasi sungai cetek dan kelabu
mengirai daunan kuning di hujung ranting
gugur menjadi daun kering, rapuh di bawah kaki
dan kain di ampaian sejenak kering
di bawah terik mentari 12.30 tengah hari.

Friday, February 19, 2010

..............(~_^)..................




hari ini aku datang ke sisimu, laut
utk menyapa putih lantaimu
mengelus halus pasirmu
mencium harum baumu

izinkan aku…
'tuk bermain dengan lembut bayumu
bercanda dgn nakal ombakmu
memuja keindahanmu

derumu... mendodoikan aku... ombak
halusmu...menghangatkan aku... pantai
lembutmu...mendamaikan aku... alam

terima kasih padamu,
kerna sudi menerima cemar kakiku

Pantai Batu Hitam
15 Feb 2010

Friday, February 5, 2010

Ahlan waSahlan!

assalamulaikum, salam hari jumaat..


Dua hari lepas aku tersilap bagi makanan kambing kat itik-itk mak aku. dan aku tersilap bagi makanan itik kat kambing-kambing ayah aku... huhuhu...nasib baik kambing tu tak bertelur...dan itik tak mengembek.
Pagi ini, kambing ayah aku telah selamat melahirkan dua ekor anak yang cute. Satu warna hitam dan satu lagi warna putih...ahlan wasahlan ya anak kambing!...(^_~)..

Sebentar tadi member aku masa kt UIA, si Sol antar msg, dia selamat melahirkan anak perempuan, sebelumtu, tepat 12 tgh malam hari khamis, sorang lagi member juga telah selamat melahirkan anak. Baby boy. Tahniah Zu n Shahril..

so Selamat datang ke dunia baru wahai insan-insan kecil..your journeys have begun!

ciao sinchi...see u next time.

Tuesday, February 2, 2010

...so I pray...

so I pray to my Lord
gimme guidance, please
for I always go to astray
in this worldly world
*
so I pray to my Lord
gimme chances, please
for I am human
struggling to keep my sanity
*
so I pray to my Lord
gimme love, please
for there is always be
cruelty in me
*
so I pray to my Lord
gimme hope, please
for there is time
giving up seems lot easier than hanging on
*
so I pray to my Lord
nay You forget me
for I can't bear thinking
the sense of nothingness in me
*
so I pray to my Lord
please, please, and please
forgive me, forgive me
for to err is me, human
and to forgive is You, mi Lord
*
so I pray to my Lord
please, please, and please
keep my faith in You forever
till my soul parted with my body.
Ya Kabir, Ya Rahman, Ya Ghafur, Ya Allah!

** counting days to praktikum 2010. good luck to all my friends,caiyo! caiyo!

Tuesday, January 26, 2010

when sleep becomes privilage

I worked hard
if only I can work harder
I want to talk
but I have to listen
they said
talk only when you're asked to
I get bored
so I take a walk
the trees are sleeping and the dogs aren't barking
the sky isn't blue like it always be seeing
up there, in the sky I mean,
the stars are glittering, and the moon is shining.
I sit on a bench
my feet are wet for the grass is wet
silence embraces the nature
even the air is still
I want to lay there
and listen to the silenceness
until my ears convince me that silence does has its sound.

Otak Kanan - Teknik Jepun

I copied this entry from a blog which copied this entry from another blog, which maybe had copied it from another other blog,,,,,

Subject:Otak Kanan - Teknik Jepun

Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Friday, January 8, 2010

Erti Aku

Kusimpan rahsia ini teman
Agar tetap menjadi milikku
Biar nanti gema bertalu
Akan mungkir sebuah perjanjian

Lama sudah aku ketemu
Akan erti sebuah ikatan
Kawan, sahabat, teman
Wujud perbezaan ukuran
Pasti...

*

Ampunkan aku kawan
Maafkan aku sahabat
Agar sejuk hatimu teman

Iringkan doa kalian
Agar sinarnya mampu mencairkan
Dingin sebongkah hati
Didasarnya adalah lautan ais membeku!

Friday, January 1, 2010

Salam 2010

Assalamualaikum,

Salam Tahun 2010. Harapan saya agar tahun ini akan lebih memberi keberkatan dan rahmah dalam setiap amal yang kita lakukan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2009. InsyaAllah...

Emm, pagi tahun baru ini disambut dengan deruan hujan sesudah beberapa hari kg aku tidak hujan. Walaupun tidaklah selebat ketika terennganu dilanda banjir bulan lepas, namun hujan pagi ini mampu memenuhkan sungai yang ada kt depan rumah aku ni. Ya Allah, jgn la banjir lagi... menjelang tengah hari hujan sudah menampakkan tanda2 akan berhenti, namun sehingga entry ini ditulis, hujan belum jugak berhenti...

Hujan-hujan macam ni perut jadi cepat lapar. Mula la mereka-reka nak makan apa. Kali ni kitorang pakat nak buat rojak betik dan kek coklat. kebetulan ada pasar minggu kat sini setiap hari jumaat, so pagi tadi kakak pun pergila ke pasar nak cari betik. malangnya sebijik betik pun takde. so menu ditukar jadi rojak mempelam..hehehe

Adapun kakak aku yang sorang lagi ni nak buat kek coklat. Aku pun tak tau apa mimipi dia malam tadi, pagi2 lagi sudah kerahkan kami cari oven bulat yang dah lama tersimpan dlm stor, sebab tak guna...hahaha.. cari punya cari punya cari, akhirnya terjumpalah oven tu..Alhamdulilah...

Jadi hari ni sepagi kami semua duk kat dapur, demi menjadikan kedua-dua menu rekaan itu satu kenyataan. Alhmadulillah, lebih kurang pukul 2 tadi menu terakhir kami, kek coklat tanpa butter, telah selamt kami bedal.hehehe....
Best jugak kek tu. kalo korang nak cube, dibawah ini ade diperturunkan resepinya

Selamat mencuba!

***
Kek Coklat Tanpa Butter

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang // gula boleh dikurangkan kalo kurang suka manis

*

Bahan A

1 sudu kecil vanilla // optional
1 1/2 susu segar perisa coklat
1/2 cawam air campur 2 sudu kecil nescafe

*

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

*


Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
untuk menjadikan topping cair sedikit, masukkan sedikit susu cair // optional

*

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul hingga sebati.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 degree/ sehingga kek masak.
6. Untuk topping, masukkan semua bahan topping kedalam periuk kecil, dengan api yang kecil panaskan adunan sehingga menjadi berkilat dan lembut. Kemudian tuang ke atas kek yang sudah sejuk itu.

Yummy.. yummy...!