Tuesday, January 26, 2010

when sleep becomes privilage

I worked hard
if only I can work harder
I want to talk
but I have to listen
they said
talk only when you're asked to
I get bored
so I take a walk
the trees are sleeping and the dogs aren't barking
the sky isn't blue like it always be seeing
up there, in the sky I mean,
the stars are glittering, and the moon is shining.
I sit on a bench
my feet are wet for the grass is wet
silence embraces the nature
even the air is still
I want to lay there
and listen to the silenceness
until my ears convince me that silence does has its sound.

Otak Kanan - Teknik Jepun

I copied this entry from a blog which copied this entry from another blog, which maybe had copied it from another other blog,,,,,

Subject:Otak Kanan - Teknik Jepun

Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Friday, January 8, 2010

Erti Aku

Kusimpan rahsia ini teman
Agar tetap menjadi milikku
Biar nanti gema bertalu
Akan mungkir sebuah perjanjian

Lama sudah aku ketemu
Akan erti sebuah ikatan
Kawan, sahabat, teman
Wujud perbezaan ukuran
Pasti...

*

Ampunkan aku kawan
Maafkan aku sahabat
Agar sejuk hatimu teman

Iringkan doa kalian
Agar sinarnya mampu mencairkan
Dingin sebongkah hati
Didasarnya adalah lautan ais membeku!

Friday, January 1, 2010

Salam 2010

Assalamualaikum,

Salam Tahun 2010. Harapan saya agar tahun ini akan lebih memberi keberkatan dan rahmah dalam setiap amal yang kita lakukan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2009. InsyaAllah...

Emm, pagi tahun baru ini disambut dengan deruan hujan sesudah beberapa hari kg aku tidak hujan. Walaupun tidaklah selebat ketika terennganu dilanda banjir bulan lepas, namun hujan pagi ini mampu memenuhkan sungai yang ada kt depan rumah aku ni. Ya Allah, jgn la banjir lagi... menjelang tengah hari hujan sudah menampakkan tanda2 akan berhenti, namun sehingga entry ini ditulis, hujan belum jugak berhenti...

Hujan-hujan macam ni perut jadi cepat lapar. Mula la mereka-reka nak makan apa. Kali ni kitorang pakat nak buat rojak betik dan kek coklat. kebetulan ada pasar minggu kat sini setiap hari jumaat, so pagi tadi kakak pun pergila ke pasar nak cari betik. malangnya sebijik betik pun takde. so menu ditukar jadi rojak mempelam..hehehe

Adapun kakak aku yang sorang lagi ni nak buat kek coklat. Aku pun tak tau apa mimipi dia malam tadi, pagi2 lagi sudah kerahkan kami cari oven bulat yang dah lama tersimpan dlm stor, sebab tak guna...hahaha.. cari punya cari punya cari, akhirnya terjumpalah oven tu..Alhamdulilah...

Jadi hari ni sepagi kami semua duk kat dapur, demi menjadikan kedua-dua menu rekaan itu satu kenyataan. Alhmadulillah, lebih kurang pukul 2 tadi menu terakhir kami, kek coklat tanpa butter, telah selamt kami bedal.hehehe....
Best jugak kek tu. kalo korang nak cube, dibawah ini ade diperturunkan resepinya

Selamat mencuba!

***
Kek Coklat Tanpa Butter

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang // gula boleh dikurangkan kalo kurang suka manis

*

Bahan A

1 sudu kecil vanilla // optional
1 1/2 susu segar perisa coklat
1/2 cawam air campur 2 sudu kecil nescafe

*

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

*


Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
untuk menjadikan topping cair sedikit, masukkan sedikit susu cair // optional

*

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul hingga sebati.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 degree/ sehingga kek masak.
6. Untuk topping, masukkan semua bahan topping kedalam periuk kecil, dengan api yang kecil panaskan adunan sehingga menjadi berkilat dan lembut. Kemudian tuang ke atas kek yang sudah sejuk itu.

Yummy.. yummy...!