Saturday, April 27, 2013

Berjaya!!

assalamualaikum
Jumaat beberapa jam sebelum sesi persekolahan berakhir rakan dengan senyuman lebar menunjukkan sekeping surat. Dak Hanif akhirnya berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan Pahang pada bulan hadapan. Semua orang bergembira di atas kejayaan Hanif yang agak terpinga-pinga ketika ustaz Kamil melaungkan namanya supaya turun ke bilik guru. 

Hanif telah memecah rekod sekolah setelah 17 tahun penubuhan kerana berjaya ke pringkat setinggi itu. 

Jadi pada petang itu pada pukul tiga dak Hanif mendaftar di Sekolah Sukan Sri Kota untuk menjalani latihan selama beberapa hari. 

Semoga Hanif berjaya dalam acaranya di Kuantan nanti. InsyaAllah...

Go Hanif!!

Thursday, April 25, 2013

Semangat.

Semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga peringkat negeri di Stadium Hang Jebat Klebang. Sekolah berjaya menghantar dua orang wakil iaitu Hanif dan Adlina. Hanif bermain untuk acara lompat jauh manakala Adlina pula untuk acara lontar peluru.

Alhamdulillah.. walaupun sekolah ini serba kekurangan dalam segala segi (peralatan sukan tidak mencukupi dan mutu padang yang dibawah par) Adlina berjaya mendapat tempat kelapan.

Amat memeranjatkan apabila Hanif berjaya mengalahkan sekolah sukan dan meraih pingat emas!

Apabila ditanya ; " Hanif macamana kamu berlatih?" - kerana sekolah kami mmg tiada seorang pun yg guru sukan.

jawab Hanif; " saya tengok youtube, ustazah".

Terharu dan sedih saya mendengarnya.

Ternyata dak Hanif telah mengaplikasikan "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

Go Hanif!!

Thursday, April 11, 2013

Pilihanraya Umum ke 13

Semalam tarikh pilihanraya umum ke 13 sudah diumumkan pada 5 mei 2013, jatuh pada hari ahad. semua rancangan untuk ke mana2 pada hari itu seudah ditangguhkan dan ditukar ke hari lain. ramai yang dh survey tiket untuk pulang ke kg (kerana kebiasaanya tmpt mengundi adalh berdasarkan alamat pada kad pengenalan) walaupun ada antara mereka yang tidak mendaftar pun sebagai pengundi. bagi sesetengh negeri perantau yang pulang utk mengundi akan ditaja perjalanan mereka.

cuma satu shj harapan aku, semoga isnin 6 hb tu kami dpt cutti! hehe..

apa2 pun, marilah kita menjalankan taggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, keluarlah mengundi apabila tiba waktunya nanti..

dan ingat,

Undi adalah rahsia!

Thursday, April 4, 2013

battle n peace

terkesan kebenarannya..

 
seorang kawan men 'shara dan mem'post' di laman facebooknya yang dshare dari +the idealist photo