Tuesday, December 31, 2013

sesi mencuba cuba di hujung tahun 2013


Dua hari lepas saya menemani kawan ke sebuah pekan. Tujuannya untuk mencuba-cuba emas. Sebentuk cincin(untuk terus dibeli) dan rantai tangan (untuk dibeli pada lain hari), katanya untuk majlis membatalkan air sembahyangnya kelak.
Sebenarnya dia sudah 'survey' corak dan harga di kedai kedai lain sekitar Selangor, harganya sekitar RM145/gram.
And I was like "WHAT???" kat mana?
She named a few branded names.
hm.. itule.. kamu pergi survey kedai ada nama, kedai branded, memangle maheiii..
I tell you what.. gold is a gold no matter where you buy it. Kalau beli emas 916 kat P** K*** atau H**** J**** pun nilai emas tu sama je kalau kamu beli emas 916 kat kedai kayu tepi jalan dalam pekan kecil, kan?
Tapi.. kenapa harga yang kedai branded tu mahal?
Hm.. tu saya pun tak pasti, mungkin sebab brand atau nak cover sewa kedai kot...? hihi.. you figure out by yourself lah!

Jadi petang yang permai itu, kami pun masukla kedai kayu campur batu tepi jalan dekat pekan Tampin tu. RM129/gram.
Wow.. teruja terus kawan saya! hahaha..
Dari nak beli sebentuk cincin terus 'TER' beli rantai tangan yang katanya "just nak survey dulu.." tu..
Dan sebab teruja tengok kawan mencuba-cuba, saya pun terpengaruh ,mencuba-ciba juga dan teruja juga dan "TER" beli la juga..aisehhh lari budget nak beli telefon bimbit!

Uncle tokey kedai tu pun cakap, tahun depan naik harga pasal GST.. aiyakkk.. [jadi tak rugi la kalau saya beli sekarang kan?? sdapkan hati sendiri]

Balik rumah sesi show off dekat adik la kan, hahaha..
Dia pun teruja gak. Lebih lebih lagi bila saya beritahu yang uncle kedai tu cakap harga mungkin naik next year.
Jadi petang ni saya akan pergi lagi, kali ni teman adik pula nak mencuba-cuba..{huhu.. Zi sila jangan terpengaruh lagi kali ni ye!! amaran keras ni]

baiklah, selamat menyambut tahun baru 2014. apa azam kamu?

Azam saya? hm.. rasa macam tiada azam, cuma ada beberapa perkara yang saya harap dapat 'settle' pada tahun 2014. Dua daripadanya adalah sangat besar dan will permanently change my life to be a better person, Insya Allah..I hope.

oh ya, pasal harga emas tahun depan tu,
Tak taula betul ke tidak. Uncle tu yang cakap, I just quote.
Jadi jangan bimbang sangat sampai terus kena darah tinggi. Kesihatan itu laaagi emas daripada emas tau!

Dah nak akhir tahun ni, saya rasa saya patut menyampaikan sesuatu dari hati saya kepada anda yang sudi singgah di blog ini;
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya. Walaupun kebanyakan entrinya berkisar tentang persekitaran saya, saya berharap pembaca dapat manfaat dari apa yang saya tulis. Walaupun sedikit...:)

Akhir kata,
Salam sayang dari saya untuk kamu semua. [bersayang -sayang pulak di hujung tahun ni ye..;p]

Jumpa lagi di tahun depan!


SELAMAT TAHUN BARU 2014

Saturday, December 28, 2013

Saya akan memasak bila...

Bilakah waktu sesuai untuk memasak?

Jawapan: Bergantung. Kalau chef, memang kerjanya memasak. Tapi kalau saya, ini adalah waktu waktu yang paling sesuai saya masuk dapur rekaman.. eh. silap. dapur masakan.

1. Bila perut lapar. Tapi kalau memasak masa perut mesti jadi kelam kabut. Tak sabar. Ye la dah lapar kan.. hehe. Jadi masakla semasa perut rasa nak lapar...supaya tidak end up makan mee segera.

2. Bila terliur tengok resepi kat FB. haha. Diorang tu dahsyat dahsyat! post gambar gambar masakan. Memang berjaya membuat orang lain terliur. Nasib baik ada resepi sekali. Berguna betul laman sosial ni ye. Dari tak reti masak, terus jadi masterchef.. kekeke..

3. Bila rasa kebosanan. Masa yang sangat sesuai mencuba resepi. Lebih lebih lagi kalau semua barang yang diperlukan ada di dapur. Laaajuuu je jadinya.

antara aktiviti kala kebosanan sementara menunggu makanan masak.
4. Masa tensen. Aktiviti memasak boleh menghilangkan tekanan. Atau mengurangkan tekanan. Kita akan terfokus (ter...) kepada masakan. Walaupun kadang kadang fikiran menerawang. Biasanya masakan akan lebih teliti, dan sedap waktu ini.

5. Untuk menghabiskan stok yang sudah hampir expired. Jangan membazir... gunakan semua barang yang sudah hampir tarikh luputnya. Sayang jika di tong sampahkan. Dengan sedikit kreativiti, semua barang barang itu dapat digunakan sebelum kita buang.

modified choc cheesecake meleleh (kononn). menghabiskan stock creamcheese.
 Bila lagi ye??

6. Oh. Bila terpaksa masak. Kadang kadang rasa malas nak masuk dapur. Tapi, rasa laagi malas nak makan di kedai. [u know, bersiap, tukar baju, drive, tunggu waiter, tunggu order bla bla bla...]. Masa ni anything telur pon sodapp...

7. Ini sebenarnya yang menjadi permulaan untuk memasak: Apabila berjauhan dengan keluarga(baca: Emak). Sebab apa, bila tinggal jauh daripada emak, automatik kena memasak. Sebab sudah tidak ada penyelamat saat terdesak mengidam nak makan sesuatu...hukhuk..
menjadi juga pengat durian. biasa mak buatkan. cett..senang je rupanya.

bilakah entri ini ditulis?
Entri ini ditulis ketika mata begitu teruja melihat resepi berwarna warni menggamit selera di laman sosial...haish!!

Saturday, December 14, 2013

Ceritera kupon parkir

Hujung November 2013

Medan parkir Menara Taming Sari penuh dengan kenderaan. Tiada yang menghairankan. Musim cuti sekolah. Saya memandu keluar dan mencuba ke tempat parkir yang lain pula.

"Jauh sangat dohni..", luah kakak setelah kereta melewati Mahkota Parade.

Tiada pilihan, saya mencuba nasib lagi. Masuk kali kedua ke medan parkir Taming Sari. Alhamdulillah.. ada satu tempat kosong.

Setelah kereta diparkir, emak mahu ke toilet, yang lain mengikut. Masih berbaki dua jam sebelum enam petang. Saya ke kaunter parkir untuk membeli kupon.

" Ini untuk satu jam, ini untuk setengah jam setengah jam", laju je penjual kupon mengeluarkan dua buku kupon dan diletakkan di depan saya. Setiap buku mengandungi sepuluh kupon.

"Kalau saya nak beli untuk dua jam hari ni saje tak boleh ke?" terus saya bertanya.

"Tak ada jual macam tu, kalau nak kene beli kupon sehari, RM5", balas adik penjual sambil menggelengkan kepala.
"Erm.. Saya bukan selalu sangat pun datang sini...", saya memberitahu penjual. Ye lah, kalau bukan kerana ingin membawa keluarga bersiar yang sesekali datang menziarah, saya mungkin tidak akan datang ke tempat yang sangat sesak itu. Tambahan lagi sewaktu cuti sekolah, sesaknya... ya ampunnn!!

Saya menoleh kebelakang. Seorang lelaki sedang menunggu giliran untuk membeli kupon parkir. Dia menghampiri kaunter dan melihat buku-buku kupon yang masih ada di situ.
Penjual kupon itu menerangkan perihal buku kupon itu kepadanya. Terangguk angguk dia mendengar penjelasan adik penjual kupon. 
"Jadi yang ni untuk satu jam satu jam ye?" Dia bertanya kembali kepada adik penjual kupon tadi.
"Kalau kita share, nak?" tiba-tiba dia bertanya sambil menoleh kepada saya.

"Huh? oh..ok gak", balas saya terkejut. Tak sempat nak fikir panjang. Lagipun saya memang kena beli jugak kan..
Dia menghulurkan duit RM10 kepada adik penjual kupon.
"Kupon tu ada sepuluh, jadi seorang dapat lima keping", adik penjual memberi penjelasan tanpa jemu sambil menghulurkan baki duit.

"Ok, jadi awak ambik lima keping, saya lima keping", Kata lelaki itu sambil mengoyakkan bahagian tengah buku kupon. Saya mengeluarkan wallet untuk membayar harga kupon bahagian saya kepadanya.

Kupon saya terima, duit saya hulur.

"Tak pelah, saya belanja", balasnya sambil tersenyum dan terus berlalu.

"Hah? Terima kasih. Semoga murah rezeki!" saya bersuara kuat kerana dia sudah menjauh.

Sambil berjalan ke kereta saya terfikir...
Baik hati sungguh lelaki lelaki kat Malaysia nih. Dahla hensem. Saya suka! Hiks.

Alah, lupa nak mintak nombor telefon!!!

kupon kenangan. kihkihkih.

Friday, December 13, 2013

Hari ini Hari Jumaat..

Assalamualaikum

Salam pagi jumaat yang cerah. Almaklumle, Terengganu sekarang musim salji cair, kalau suatu hari tuternampak matahari, memanng satu rahmat yang tak terhingga!

Hm.. semalam dan malam tadi saya tekun mengadap laptop ni, Menyiapkan sesuatu yang saya perlu submit memandangkan tarikh akhirnya adalah hari ini (13/12/2013). Hm.. Alhamdulillah, walaupun tahu mengenainya di saat akhir, sempat juga saya buat, walaupun proses penghantaran sangat lama dan bosan (kerana menunggu dokumen di 'upload') - [laptop saya yang lembab atau servernya yang lembab, saya tidak pasti]. Apa yang pasti, belakang saya rasa sangat sakit. macam dah bengkok tulang belakang pun ada.. kerjanya  hanya refresh page, refresh page dan refresh page...

Tengah-tengah duk menunggu, tetiba kawan sebelah meja saya di sekolah, menghubungi menggunakan viber. Eh, dia dah balik kah? Setahu saya, Yam sekarang berada di Iskandariah, menziarahi mentuanya di sana.
Memang, dia menghubungi saya dari sana. Sayup sayup je suaranya dan lambat lambat pula balasannya. Macam orang menelefon ke stesen radio dan pada masa yang sama ingin dengar suara dia ke udara.. ha.. macam tu la gaya kami bercakap malam tadi! [sebenarnya bukan malam pun, sebab waktu tu dah pukul 00:29]
Haish, terharu pula saya, dak Yam teringat saya kat kampung ni.. hihi.. kat sana pun musim sejuk katanya. Latar belakang pernbualan kami adalah suara anaknya si Muhammad, yang ber iyeahh iyeahh dengan mak  mak saudaranya di sana.. haiii.. jangan lupa nak balik Malaysia dahla ye.

Akhirnya setelah bosan menunggu dokumen tak dapat diupload, saya pun mengambil keputusan tidur. self refreshing...

Pagi ini sekali lagi saya mengadap laptop, dan akhirnya dokumen berjaya diupload. Alhamdulillah.... dan laporan saya sudah disubmit. Alhamdulilah...

Harapan dan doa saya di hari jumaat yang berkah ini, agar Allah sentiasa memberkati jalan hidup saya dan memberi kekuatan kepada saya untuk sentiasa berada di jalanNya.

Negative part says: There was times when I feel like dropping all and everything and let others take charge..
Positive part says: No, Zi, hang on there. You will make it!
Astagfirullahal adzim
'I ask Allah for strength, and He gives me tests...'

Allahumma.. Robbi Yassir wala Tu assir...
stand firm.hold your ground.
Hey.. Jangan lupa berkahfi today yaw.. yaw..yaw.. (nigga style la sangatt kann..)

Thursday, December 12, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa II

 
Translation untuk cerita sebelum ini Bahasa Jiwa Bangsa
**Riuh rendah emak bercerita kepada ayah,
"I tadi baru keluar dari bilik air, nampak pintu dapur terbuka, then I jengukla keluar, nampak cahaya lampu suluh dari bawah rumah!! Ada orang berkelubung kain pelikat terhendap hendap. Apalagi... I pun terus capai batang penyapu. [(buleh sakiklahhh) --adjektif menunjukkan teruknya orang itu emak kerjakan] Ayahnya pun, dari dulu lagi I dah bagitau[(duk pok pek pok pekkk kabbo)-- adjektif kepada memberitahu berulang kali]... tukar la papan lantai sekeping tu, dah reput berlubang dah. Tu yang I ingat ada orang sedang ngintai. U pula Lah, biasanya payah benar nak bangun solat subuh, kalau tak bergegar rumah ni kejutkan U, belum tentu U bangun awal, selalu subuh gajah!!"
'ke situ pulak dia membebel', kata Dollah dalam hati. Dahla dia sedang sakit, belakangnya dibelasah dengan penyapu, kepalanya pula benjol terhantuk [(bekok cobbong)-- adjektif kepada benjol yang teramat]. Ayahnya pula soal siasat dia macam polis. "U buat apa kat bawah rumah tu Lah, gelap gelap macam ni...?"
"I nak tengok pukat..ingat karang nak pegi tahan pukat kat alur sana", beritahu Dollah sambil tersiut-siut kesakitan. Adiknya Adnan memberitahu, "Wowww... berbirat belakang U... mesti kuat giler mak belasah tadi kannn?"
 
Dollah semakin tidak puas hati melihat muka sinis Adnan. Tersengih-sengih seolah olah mengejeknya. 

"Pergilah mandi dulu.." kata emaknya.."lepas solat sapu ubat, ubat ada kat atas bendul...tak payah pergi memukat lah hari ni, lagipun pukat tu dah lama sangat tak guna, dah reput dah agaknya.."
 What is your score?? Kih kih kih..