Wednesday, December 23, 2009

Edging to 2010

ANTOLOGI SEBUAH TAHUN BARU

Selamat Tahun baru!
Happy NewYear!
Yahhoo…!
Jom gi Dataran Merdeka…?
KLCC pun ok apa!
Bukit Jalil pun meriah juga
Lepak sana sampai x igt dunia
Lelaki, pompuan sumer sama
Ye la, sambut tahun baru… sumer nak rase!

*

Alamak dah masuk pagila!
Ala rilek rr baru kol dua…
Jom gi bangsar…?
Modestos kt sane ade special offer…
Diskos kt Bintang Walk pun kasi half price kat die punyer customers
Ke nak try care high class kt Damansara Utama…?
Jom ar…
Esokkan cuti….
Enjoy arr sampai pagi
Bile lagi nak menari bagai nak mati?
Nak joli sana sini…?
Mase ni la beb… setahun skali…!

*

Argh…dah dinihari…?
Alah… selambe la…
Tak puas lagini…
Tuding langit, goyang kaki
Balik rumah nak buat ape..? tak kan nk tgok tv…
Ni ni ni, sorang lagi makwe ajak menari
Tu tu tu ade sebotol lagi tu…
Tambahla lagi, jgn segan jgn malu
Special drink tu… rugi kalau tak jamu…
Cheers..Selamat Tahun Baru!
Subuh… camner…?
Hmph…!
Asar, Maghrib Isyak pun x buat
Subuh buat buatla tak sempat….
Zohor karang baru kau qadak,
rembat skali empat empat!
Tak pe mude lagi
Tua nanti baru taubat…

*

Dah! Dah! Dah!
Matahari pun dah nampak kelibat
Aku nak balik, nak tido nak rehat
Esok nak kerja, hari ni aku nak rest banyak banyak
Biar esok nampak sihat, segar dan bersemangat!
Warning, jgn sesape kejutkan aku! Taula aku bangun sendiri!

*

Alamak, mcmmane ni…?
Mata tak boleh nak bukak, badan tak bole nak berfungsi…
Eh eh eh kejap kejap…ni kat mane ni…?
Rumah aku bukan kat sini… bilik aku bukan macamni…
Aku pasti! I’m sure… deadly!
Oh… baru aku igt…
Tadi sebb otak tak betul akal tak centre,
Sumer jalan aku rase same,
takde bengkok, takde cabang, lurus sahaje
Sampai satu corner,
Woops! entah macam mane ntah…
Brake tak sempat nak adjust, steering tak sempat nak pulas
Divider jalan, besi penghadang, rezab cenggitu punye luas…
sumer aku ranggah, summer aku libas
Ha tengok…! Dalam longkang tepi jln aku terkandas…

*

Oo… patutla mata tak boleh bukak
Badan tak bole nak bergerak…
Rupenya dah lame dah keras…dah lame jadik arwah…
dah berjam tak bernafas!
Orang kate DAH HABIS DAH…!

*

Hek… mcm tak pecaye je…
Aku nak taubat umur namploh lime
Skrg baru doploh tige!
YA ALLAH…!

***************************************************
Oh ye..
Aku pon nak buat ucapan juga
SELAMAT TAHUN BARU 2010 la ye…
Best best enjoy kat atas dunia
Amal untuk akhirat jgn plak kite ambil lewa
Same2la kite memperingati agar tak lupe, tak leka
Moga sentiase dilindungi DIA, diberkati rahmatNYA.

Tuesday, December 15, 2009

December Blues

This December breeze
Still cold and sharp
Stabbing cruelly through my vein
Freezing my blood
Till I am breathing the ice
And feel the cold iron in my mouth

*

This windy season
So clear
That I can see
The dark grey air
Coiling lazily above my head

*

And the background is dull
Bluish grey painted with damp black trees
Hiding in there
An old lame crow
Aching and crying and dying
Though hoping for hope

*

A point is a dot in an angle
And the sun shines through windowpanes
The radiant rays make thousands tiny dots to the spotty windows
Like a light feathery kiss on my lips
Lending its warmth and hope

*

Penetrating the grey air
Is the glowing rainbow
Color of bliss
Embracing every dreary grey dot
Warming the damp black trees
Comforting the old lame crow
Bringing joy to all



Zi Wahid

Dec 16th 2009

Friday, December 11, 2009

Dan awak... yang mana?

Howard Gardner di dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences, menyatakan pendapat bahawa kecerdasan (intelligence) seseorang itu lebih hebat daripada kemahiran ataupun kemampuan. Gardner mengemukakan tujuh bentuk kecerdasan berkaitan teori ini:

1. Kinestetik-fizikal
2. Interpersonal
3. Intrapersonal
4. Logik-matematik
5. Muzikal
6. Spasial
7. Linguistik

Kecerdasan kinestetik fizikal: Biasanya menjadi doktor, tentera,pelakon, atau atlet. Orang sebegini mempunyai keseimbangan badan yang baik, gagah, fleksibel dan ada gaya.

Kecerdasan interpersonal: Biasanya menjadi hebat sebagai pemimpin, pemidato, jurujual, pengurus atau guru kerana mereka sangat sensitif dan mampu mentafsir "angin" serta gerak hati orang lain.

Kecerdasan intrapersonal: Biasanya menjadi ahli falsafah, ahli psikologi, pakar motivasi, atau saintis. Mereka suka mengkaji orang lain, dan sangat memahami perasaan diri sendiri, kemahuan, kehendak, dan batas kemampuan manusia.

Kecerdasan logik matematik: Tidak lain tidak bukan sudah tentu menjadi pakar matematik, ahli ekonomi, saintis ataupun pengatur cara program komputer. Orang sebegini dianugerahkan kecerdasan untuk memahami nombor, konsep logik dan berfikir secara abstrak.

Kecerdasan muzikal: Ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, juruhebah, atau penulis lirik. Mereka sangat sensitif dengan ritma lagu dan pendengaran bunyi nada. Golongan sebegini juga sangat memahami ekspresi yang diluahkan melalui lagu dan irama.

Kecerdasan spasial: Gardner menggunakan perkataan spasial yang bermaksud ruang yang merujuk kepada individu yang sensitif kepada ruang, warna, dan mampu mengimaginasikan objek secara visual (gambaran). Sudah tentu mereka ini menjadi arkitek, pelukis, pelukis pelan/peta atau jurutera.

Kecerdasan bahasa: Biasanya orang sebegini menjadi pakar bahasa, penterjemah, editor, wartawan, dan penulis hebat. Namun sekiranya pelakon, peguam, guru, dan ahli politik mempunyai kecerdasan ini, ia akan menjadi "nilai tambah" bagi mereka.

Friday Nite Out a.k.a Women's Nite

maka bermula lah...tugasan rph untuk kali ini. Rph mestilah interaktif dan menggunakan ICT. Jangkamasa adlah dua slot iaitu 80 minit. adui... mata pun dah melali nih. baru je bukak laptop dah start menguap. macam ni bile nak siap...? ari isnin dah nak kene present. depa ni kate KuWi yang masuk ganti Cik Nik..adui...menguap lagi.
Sunyi la plak mlm ni. ramai yg balik kg. sepatutnya aku pon blk jugak. tapi igt nak siapkan assignment ni, sanggup aku korbankan nikmat tidur kat rumah untuk mlm ni. kononnya nak siapkan kerja mlm ni la. Ceh, dah pukol 1 ni satu ape pon xstart lagi, nak siap mlm ni camno....
blk kelas tadi aku bantai tido dulu. kedian baru aku bangun solat asar lepas tu tunggu maghrib, lepastu pegi jenguk bilik Nisah. Tabik la kat ko Niss, x tido tu... aku pon layan tengok Spontan. Best jugak rancangan tu. semua pelakon mengeluarkan ayat2 spontan ikut keadaan yang diarahkan. bile dah spontan tu mcm2 yg keluar. Everybody Spontan!
Lepastu kitorang pon klua makan. makan dimana? Makan di Mc D! drive pegi Mc D. 2 kali pusing baru ade parking kosong.
Makan apa? ooo... 1 Mc Chicken, 1 Big Mc, 1 coke,1 sprite dan 4 bungkus kentang...burp! kenyang...lepak sampai pukol 11. Nisah sekali refill coke dia. Tu pon malu2 nak ke kaunter..elleh.., malu kat abang2 kat meja belakang la tu! hohoho...jgn marah nisah eh...gurau je..nxt time kita pegi lagi.haha.
hm..best jugak lepak ni. seingat aku dah lama aku tak melepak camgini dgn member2. last skali aku lepak mase turun kl itu ari, tahun bile ntah. tu pon sekejap aje, sekadar order air, catch up a few gossips and then ciao ciao. xrelax langsung.
kalo buat selalu kan best. eh sat sat, tapi kalo buat selalu nnti jd boring plak, xde gossips plak, dull aje. xbest jugak. die kene sesekali aje. baru bnyk benda nak di utarakan baru xigt nak tgk jarum jam..hehe.
ape ape pon I really enjoyed this outing tonite. thanks Niss..

Saturday, December 5, 2009

Saya atau Career - chauvinist kah aku?

Semua orang mengimpikan hidup yang indah dan bahagia, ada kerjaya yang bagus, keluarga yang bahagia, suami @ isteri yang memahami. Beruntungla sape2 yang dapat semuanya. Namun ada jugak yang terbelenggu dengan masalah yang xpernah disangka2 boleh berlaku dlm hidup. ade yang dah bekerjaya bagus, bila kahwin kene berhenti, terpaksa berhenti, alasan: berkorban demi keluarga, mahu jadi suri rumahtangga yang menjaga makan pakai suami dan anak2 (kalau ada rezeki). kalo lelaki xde alasan untuk tidak mahu bekerja sbb lepas kawen mesti kene krja lbh keras sb nak kene suap banyak mulut. memang sayang nak tinggal kerja, apa lagi kalo kerja tu memang diminati dan dah menjadi sebahagian dari rutin hidup masa belum kahwin dulu. tambah lagi pendapatan tiap2 bulan pun lumayan. ye la sape nak bagi rm 2,3000 sebulan free free? memang susah nak buat keputusan, ada yang sampai bertegang urat leher, tak bertegur dari pagi sampai petang.

sang suami menggunakan kuasa veto: “you pilih, saya atau career!?

Si isteri sanggup berkorban, lepaskan apa yang disayang semata2 untuk menjaga hati orang2 yang tersayang.

habistu, loan kete sape nak bayar?
“xpe, my hubby kate die boleh coverkan…”
masa sayang, semua indah, semua sanggup.
“ayang x payah kejela, kalo setakat nak tanggung makan pakai kita anak beranak, abang mampu lagi.”

nanti kalau husband u kawen lagi camne?
“eeh.. takkanla.., hubby I cakap, die x mungkin cari yang lain,,,”
“ abang xkan cari yang lain dah, ayang sorang dah cukup.u make my life complete.”
syahdunya…

peringatan: itu nada setahun dua usia perkahwinan…!
Realitinya, pemikiran lelaki ni mmg xleh nk jangka, susah nk duga, hatta sampai satu ketika pengorbanan sang isteri satu sen pun dia x igt, semua dia lupa.. atau buat2 lupa.
kesnya: banyak.. salah satunya, sebab dah jumpa pucuk baru yang muda,bergaya dan hebat dipandang mata..isteri ditinggalkan terkapai-kapai, teraba-raba. masa tu baru sang isteri nk igt, mcm mana ngan loan kete, makan pakai anak apa serba? nak kerja? dah berpuluh tahun dah tinggalkan dunia professional…isk isk isk…

sekarang you pilih, career atau saya?

Friday, December 4, 2009

Salam SPM

Ditujukan khas buat anak2 didikku dan seluruh calon SPM seluruh negara.

Salam Jumaat.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM. Buat anak-anak (atau lebih layak; adik2 pelajar) sekalian.
Doa saya agar anda semua dapat dan telah menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul.
Rasanya tahun ini adalah tahun yang paling mencabar buat calon SPM bahagian Pantai Timur. Menghadapi SPM dalam musim hujan dan banjir tentunya akan lebih menguji ketabahan dan kekentalan hati para calon.
Mahmudiah ditenggelami air lagi. tengkujuh tahun ini begitu hebat. Biasanya hanya sekali sahaja banjir, tapi kali ini banjir berterusan buat kali ke tiga.
sebenarnya, kali terakhir banjir adalah di awal tahun 2006 yang lalu. Tapi waktu itu tidaklah seteruk kali ini. Waktu itu exam SPM sudah selesai.
Kali ini, banjir melanda tatkala para pelajar masih lagi menetap di hostel dan sedang menjalani SPM. Bayangkan betapa kesiannya mereka terpaksa berkemas dan menumpang di sekolah berhampiran sementara menunggu air surut. Berangkut menaiki bot bomba untuk ke dewan peperiksaan, sungguh mengharukan
Persoalannya, mengapa banjir begitu teruk tahun ini?
Pandangan saya mudah sahaja. Selain daripada perubahan cuaca yang tidak menentu diseluruh dunia (taufan, tsunami dan gempa yang melanda secara beterusan di beberapa tempat di seluruh dunia), Terengganu sedang melalui proses pembangunan. Kalau di Kuala Berang, perojek lebuh raya sedang rancak berjalan. Jalan dikorek dan disodok dan ditimbun, paya ditimbus, kesannya ialah apabila hujan lebat yang turun dengan kerap. Kuantiti air yang banyak tetapi tiada tempat untuk dituju. Akibatnya: Banjir.
Semalam sewaktu menelefon beberapa pelajar bertanyakan khabar, mereka memberitahu yang mereka baik-baik sahaja. Cumanya tidak berapa selesa kerana menumpang. Betullah tu, sepatutunya diwaktu peperiksan sebegini, mereka seharusnya dalam keadaan tenang dan selesa untuk mengulagkaji pelajaran di saat2 akhir ini.
Saya mendoakan agar kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM tahun ini. Jadikan kekurangan itu sebagai satu cabaran untuk lebih berusaha. Insya Allah, kejayan milik anda.
Gambatte kudasai!

Sunday, November 15, 2009

time to reflect.

take time to THINK, it is the source of POWER
take time to READ, it is the foundation of WISDOM
take time to be QUIET, it is the opportunity to SEEK ALLAH
take time to DREAM, it is what the FUTURE is made of
take time to PRAY, it is the GREATEST WEAPON on the earth

Sunday, October 11, 2009

Pudding craze

Assalamualaikum...

I love pudding.;).. Very much. Especially ones that come with sauce. It doesn’t matter what type of sauces it is. Be it a simple syrup made of sugar and just sugar or a plain condensed milk or a complicated delicate soft and creamy-custard sauce that took looong minutes to prepare .

Nowadays, ready made puddings are easily available at stores (yesterday I bought pack of 8 manggo pudding) . Good news. Then I just only need to prepare its sauce!(~_^)v .

The sauce that I love to make is simple.

1 can of condensed milk and a few cups of water plus 4 spoon of sugar. Add it all together and put it on stove. Let it simmer and transfer the sauce into a bowl. Later after the sauce has cool down put the mango pudding or whatever flavor you like into it. You can also add canned fruits and fresh fruits such as apples, and bananas. Some people love to tinge it up with cinnamon, some with vanilla, orange etc. etc. Up to you people. Then chill it in refrigerator. Best way is served it cold during hot days.. yummy!

Happy trying!

Wednesday, October 7, 2009

PMR

assalamualaikum

selamat menduduki peperiksaan PMR kepada seluruh pelajar tingkatan 3 di seluruh negara dan di mahmudiah. diharapkan semoga segala usaha dan penat lelah kalian menelaah pelajaran, dan jerih perit para guru mendidik anda terbalas dengan rahmat kemenangan dan kejayaan. tidak ada apa yg diharapkan para guru terhadap anda melainkan anda menjadi insan yg berguna kalaupun tidak kepada org lain, setidak2nya anda berguna kepada diri anda sendiri.

ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek kepada kita. bahkan kitalah yg mesti mencarinya. gunalah sebaik2nya usia anda yg masih muda dan hijau itu untuk meneroka ilmu di alam ciptaan Allah ini.

PMR bukanlah episod akhir hidup kalian. itu adalah permulaan untuk anda pergi lebih jauh lagi. ia adalah langkah pertama untuk kalian memilih lorong hidup kalian kelak. semoga kalian sukses hendaknya. apa pun ingatlah segala keputusan kelak adalah ketentuan Allah hendaknya. kita sebagai hambaNya hanya berusaha agar beroleh yg terbaik di dunia dan akhirat.

Munirah, Aimi dan Omi, semoga straight A's milik anda juga..Amin.

Good luck and all the best!

SAlam PMR. ciao!

Thursday, October 1, 2009

If I....

I first read this poem last year, a group of students asked me to translate a poem for english literature class. And I try my best to make them understand every sentence written. however then i realized, reading poem is not only about to understand it, it also about to feel it.

And this poem in make me feel that I really understand its meaning, and feel its presence, in a way that i can't translate to anyone.

The Road not Taken by Robert Frost.

Two roads diverged in a yellow woods
And sorry I could not travel both
And be one traveller, long I stood
And look down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth
Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence
Two roads diverged in a word and I-
I took the one less travelled by
And that has made all the difference.

adios...

Saturday, July 25, 2009

The King of fruits

I like durian. And like any true blue Malaysian, I know the best way durian should be eaten is straight away from its thorny husk. Although some mongers sell durian in tupperware or styrofoam packet (for conveniency, I guess), yet the original thorny husks still winning the crowd. It is as if the custard-like morsel taste different if it is eaten other than from its husk. It is as if you eat unoriginal durian! During my study years, I have known some of my friends imported durian from their Kg whenever there were durian season. Their parents will send durians packed in boxes. To avoid any accidents, the husks were 'cleaned' from its thorns.so the durians looked like a young coconut when the outer layer of its skin was discarded. Why didn't their parents just open the durian and fill the morsel into a tupperware to be exported to their beloved daughter? It was not that the morsel will go 'basi' because it can stand a good one day or two if it is left untouched. The answer is simple, there will be no joy eating durian without its husk.. so we huddled around a cluster of lame durians and split the thorny-not-there husk, then wolfing down its morsels. Because of its addictive effect (you eat one, and you crave for more), we just invited a few colleagues to that parties (bukan ape, kesian kalo tak cukup)...
Now, since those days are over, we buy lots and lots of durians and invite as many colleagues as we can to the durian-eating parties. Really, it is fun eating durian en masse.
While eating durian is may be a looking forward fiesta, dealing with the after- effects is another story.
For that reason I'd be wary when confined in enclosed spaces with someone who has taken too much durians. He or she might just release a 'sendawa' that you have to hold your breath till you turn blue. Serious! Even the one who releases the sendawa him/herself can't stand its bau! ...hmphf......!
For some people, the smell of durian is a no-no. They will go haywire and have the symptoms of acute headache. I remember a slot in astro 703 chanel (Bizarre Food)where Andrew Zimmern was forced to eat durian, hahaha...

Sunday, July 19, 2009

Baby baru

Assalamualaikum,

K.Ah, salah seorang teman sekerja aku dah cuti untuk bersalin 2 minggu lepas. Ini anak keempat K.Ah. Aku harap kali ni K.ah dapat anak heroin pula selepas ketiga-tiga anaknya sebelum ini adalah hero. Aku nampak K.ah pun macam teruja nak anak perempuan. minggu lepas, disebabkan sibuk dengan aktiviti sekolah dan aktiviti2 lain yang personal. aku lupa pasal k.ah. sehinggalah kelmarin aku dapat mesej dari k.ah,
mahukan anaknya yang baru lahirni start dengan 'nor'. mungkin itu satu cara untuk K.ah bagitau yang dia dapat anak perempuan kot...tahniah untuk K.ah dan keluarga!
Tapi ayat2 dalam mesej k.ah yang seterusnya mmbuat aku tak dapat tidur lena malam tu. K.ah nak aku yang carikan nama untuk anak perempuan dia tu..alamak..aku mana la terer bab cari nama untuk anak orang ni.. aku double confirm ngan k.ah, betul2 ke nak aku carikan...k.ah jawab 'cari cari cari'.
jadi malam tu aku pun bukalah buku2 dan kitab2 yang selama ni aku tak pernah usik pun, so keesokan harinya aku pun sms la 10 cadangan nama untuk baby girl k.ah tu... aku cadang je la, terima ke tak, aku tak tau.
apa pun aku sekali lagi nak ucapkan tahniah kat k.ah dan keluarga dan selamat datang pada bayi yang baru lahir tu..

hm.. thrill jugak cari nama untuk baby ni!(~_^)v..

ta-ta

Friday, July 17, 2009

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

firstly, i would like to congratulate my sister on her convocation day yesterday..at last the most waited and speculated convo jadi jugak.

I would like to start early today, since tomorrowat nine this morning i might not be able to online as usually i do on friday. i need to do a few things that i kept delaying for the past few weeks. i hope i would and could be able to finish the unfinished agenda tomorrow with no more 'delay'.
well we just finished the 'operasi gotong royong' washing pots and pans and plates and trays and glasses.and it is so tiring that i can't sleep. early on, we have a jamuan. despite careful planning, our majlis started a lil' bit late and so it ended just ten minutes before 12 midnight....huh...i was so sleepy, yet i can't leave the majlis.
the jamuan ran ok at first, our main menu were nasi goreng and mihun goreng together with satay and fruits. then a few students didn't get either the nasi goreng or mihun. the food has finished! how come..? we already double confirmed with the tukang masak that they should cook twice the amount they usually cook. i don't understand. something like this should not be happened! so frustrating....:(
fortunately satay was ordered more than as it should be. so cover kt situla.
moral of the story: kalau nak buat jamuan, pastikan makanan cukup, lebih takpe, boleh bg tetamu tapau..jangan kurang,10 tahun pun org akan kenang.

oh i feel so sleepy, bet i better go to sleep now, need to wake up early later.

Friday, July 10, 2009

point to ponder

assalamualaikum,

cerita ini diambil dari satu email yg di forward oleh seorang kawan:

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau.

Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.

Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya.
Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti.


Reblog this post [with Zemanta]

the prime suspect

assalamualaikum dan salam jumaat,

biasanya dalam satu2 kejadian jenayah, pihak berkuasa akan mencari suspek utama (prime suspect) untuk disabitkan dengan jenayah tersebut. suspek utama ini mestilah pada pendapat aku seorang yang kejam, bermuka bengis dan mampu melakukan kejahatan dan keganasan.
isnin, 6 julai 2009, satu kegemparan telah berlaku di sekolah aku. pada lebih kurang pukul 10 pagi, seramai 22 pelajat mengadu akit perut dan cirit birit. kami membawa pelajar tesebut ke hospital untuk rawatan. maka dari situ telah disahkan, pelajar2 itu mengalami keracunan makanan. maka terkejutlah semua pihak, 'macamana boleh terjadi?'
selama berpuluh puluh tahun asrama di buka, belum pernah ada kes mcam ini berlaku. adakah ini perbuatan sabotaj? kalo ye, siapa suspek utama? siapa yang kejam dan bermuka bengis, siapa di sini yg mapu melakukan kejahatan tanpa belas kasihan?
setelah siasatan oleh pihak berwajib dijalankan (yg meliputi banyak stepdan membosankan) maka suspek utama telah dijumpai; ayam gulai,kwang kwang kwang...

Thursday, July 2, 2009

Good Bye and Good Luck!

Assaalamualaikum,

1st July.
First day my lil' sisters, Mok Mc being away from our family. She's going to be away for the next 3 years. Huhuhu...we will miss u mok mc. we will miss your 'clan renown sambal belacan', we will miss your odd and spicy ayam goreng berkuah...
and u will miss our favrite tv time together, our lepak time, and puasa time at home later. nyway, that's what you want and that's what you've been waiting for. we pray for your best and for your success as well. May all your hardwork and perseverence will bear the sweetest fruit that u ever tasted! chaiyok! chaiyok!

**Don't forget to belanja me lobsters aa...mok mc!

Reblog this post [with Zemanta]

Monday, June 29, 2009

Durian oh hujan

Assalamualaikum,

hari isnin, hari yang paling kelakar!
kami baru lepas makan durian. durian tu pulak kami beli kat depan pejabat pos kuala berang, dalam hujan lebat sekali ngan guruh kilat..
Ni semua sebab kesiankan k.da yg dari minggu lepas lagi mengidam nak makan durian. waktu kami turun nk pegi beli durian tu pun sebenarnya hujan dah start turun, tapi takle lebat mana. mana nak tau keluar je dari pintu pagar sekolah, hujan terus lebat macam air yg dicurah2.
yg klakar lagi, aircond kereta k.da rosak, pasang aircond, tapi macam pasang kipas je. so kitorg bukak tingkap sikit. hujan masih di kemuncak waktu kami pilih dan beli durian tu. masa nak balik, cermin kereta dah berkabus, nak bukak tingkap luas2 takut basah kereta, so k.da bawak kereta perlahan-lahan. aku pulak jadi wiper kat dalam, lapkan cermin depan dengan tangan...
tapi sebab keadaan teruk giler, kami pun berenti tepi jalan. sambil tunggu hujan, kami makan rambutan.
dah agak2 reda, kami sambung jalan..alamak, hujan yg tadi nampak berkurang, jadi makin lebat la pulak..
cermin berkabus semula. aku pun jadi wiper lagi...
Alhamdulillah, kami selamat sampai kt asrama.
lepas k.da mandi, kami kerjakan durian beramai-ramai...
itulah dugaan yang paling besar dalam sejarah makan durian kami.hehehe...

hujan masih lagi tak berenti waktu aku tulis post ni.

Friday, June 26, 2009

HAppy FriDay..

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat, penghulu segala hari.

tanda -tanda hati yang mati, petikan dari majalah mingguan wanita:

menurut syeikh Ibrahim Adham, antara sebab hati yg mati ialah;

1. Mengaku kenal Allah, tapi tidak menunaikan Hak-HakNya.
2. Mengaku cinta Rasulullah S.A.W, tapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca Al-Quran, tapi tidak beramal dgn hukum-hukum didalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri atas pemberianNya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba untuk setiap jiwa, tapi tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah saudara sesama Islam, tapi tidak mengambil pengajaran daripadanya...

Alahu A'lam...

Fadzakkir fa inna dzikra tanfa'ul muslimin..

Sunday, June 21, 2009

Salam Hari Bapa

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Bapa kepada seluruh warga bapa yg telah menjalankn tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa dengan sempurna.
Selamat Hari Bapa untuk ayahku tercinta, Haji Wahid bin Chik yang telah dan sedang menjalankan tanggungjawab beliau dengan begitu sempurna sekali. Malah jika terdapat anugerah untuk bapa paling hebat, aku yakin ayah mampu meraih gelaran itu.
Ayah, bapa yang mendamaikan, membuatkan kami rasa tenang dan selamat jika disisinya. Walaupun ayah tak sehebat bapa-bapa lain yang lulusan akademiknya mengkagumkan, namun bagiku, ayah masih lagi hebat berbanding yang lain.
Ayah seorang anak yang taat, kecilnya hanya mengenal selut dan lumpur serta lembu peliharaan atuk. makan dan pakainya hanya ala kadar malah kadang-kadang ayah hanya meneguk air telaga sepanjang hari itu. Itulah ayah yang melalui alam kanak-kanak dan remajanya tanpa main kejar-kejar, tanpa kenal eja baca, tanpa mampu bilang kira secara formal. Ayah membesar dengan pengalaman yang kukira mungkin banyak pahit dari manis, yang kukira kurang tawa dan terlebih tangis. itulah yan mendewasakan ayah, itulah yang mematangkan ayah, itulah permulaan hidup Ayahku yang Hebat.
Ayah hanya seorang buruh,dengan pendapatan RM500, ayah berusaha menyara kami 13 beradik agar menjadi manusia seperti sekarang. Dengan jarak usia kami yg hanya berselang tahun,ayah dan emak mampu manguruskan agar kami cukup makan dan pakai. mampu pergi kesekolah. apatah lagi abang sulongku sedang belajar di universiti waktu itu. tentu kami banyak pakai duit, jadi abangku yang kedua kerja part time sambil belajar. terima kasih abang Wi..
tapi ayah dan emak tak pernah mengeluh, apatah lagi menyuruh kami berhenti sekolah. malah perkataan 'berhenti sekolah' adalah taboo di rumah kami. jgn sebut kalau tidak bersedia untuk dibelasah dan dibasuh!

ayah pernah kata,

"biar kami xmakan, biar kami x bertukar pakaian, yang penting anak2 kena truskan persekolahan. ayah dan emak xtinggal apa2 untuk kamu semua, hanya ilmu yang akn jaga dan jadi bekalan kamu kelak."

kata-kata itu aku pegang dan ingat sampai sekarang, sebab aku antara org yang nmpak kebenaran kesusahan itu...
waktu itu, aku berada di tingkatan satu. bersekolah di sebuah sekolah yang jauh dari rumah. walaupun ayah letih, namun setiap hari sabtu akhir bulan, ayah akan cuba menghantar aku ke asrama dengan motor honda tua ayah (satu2nya kenderaan kami pada waktu itu). sebelum meneruskan perjalanan, ayah singgah kekedai untuk membeli makanan buat aku di asrama. aku hanya tunggu diluar dekat motor. setelah selesai, ayah datang membimbit satu plastik. sebelum start motor, ayah sempat membelek baki duit dalm dompet lusuh ayah. walaupun ayah dah menyengetkan sedikit dompetnya agar aku tidak nampak isi dompet itu, tapi aku masih boleh nampak yang ade dalam dompet tu hanyalah sekeping rm5 sahaja. menyedari aku melihat isi dompet itu, ayah pantas menutup dan memasukkan dompet tersebut kedalam poket seluar. ayah kemuadian membuka beg pakaianku untuk meletakkan sebungkus biskut jagung yang di belinya tadi. dan aku hanya mampu berdoa agar air mataku tidak tumpah di situ...
timbul rasa menyesal kerana tidak berkeras untuk pergi sendiri ke asrama dengan bas sahaja. aku memikirkan perjalanan ayah untuk pulang semula ke rumah yang jaraknya melebihi 40 km dengan motor tua itu serta duit rm5 di tangan. hari tu seharian aku tidak mampu berbuat apa apa dan berdoa agar ayah selamat sampai ke rumah.
walaupun pengalaman itu sudah hampir 15 tahun berlalu, namun saat mengimbasnya aku tidak mampu menahan mataku dari berair.
aku insaf, betapa besarnya pengorbanan ayah dan emak terhadap kami semua. terhadap aku. walaupun aku mungkin kelihatan hoo-haa, tapi aku tau dasar dan umbi ku adalah kedua ibu bapaku, InsyaAllah, aku tidak akan melakukan apa yang menyakiti dan menyusahkan dasar dan umbi itu. sekarang, dasar dan umbi itu sudah tua, sudah tiba masanya mereka menikmati hidup yg sepatutnya sudah lama menjadi hak mereka. tibalah masanya untuk aku pula berbakti pada mereka.

Terima kasih ayah dan emak, keranamu, aku menjadi manusia.
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua orang tua ku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika kecil...Amin Ya Rabbal Alamin...

sekali lagi, Selamat Hari Bapa!

Friday, June 19, 2009

nasi lemok, tea o

Assalamualaikum everybody

Jumaat, pagi yang indah, hari cuti yang aku tunggu-tunggu. Aku bangun cam biase, 6.30pagi utk solat subuh, lps solat, aku pun beredar semula ke katil untuk menyambung aktiviti biase waktu cuti, sambung zzzzzz. kat bilik sebelah, aku dengar Ema dan Ayu tgh keletung keletang bersiap,wah musti nk pegi jogingni...bisik ku sambil tersenyum membayangkan bagusnya kluar berjoging sambil hirup udara pagi yang nyaman...sihat rasanya badan..tapi godaan untuk berjoging di katil lebih kuat!
tiba-tiba aku teringat, alamak! kene anto budok gi smkTAi la...adui...malasnya..mandi xlg. tengok jam dah kol 7.10. daftar kol 7.30...alalalala...sempat idokni..
akupun pergi start kete, sarung sweater, and pegi antar bebudak tu..xpe, aku bukan nak klua dr kete pun, xkisahle pakai cammane pun kan.
then kawan ajak klua makan, so otw nk balik kami singgah breakfast kat warung nasik lemak depan DM, pekena nasik lemak, tea panas and karipap ubi 2 ketui, xramai lagi or masa tu, kuala berang lambat 'bangun' hari ni, maklumle cuti..dalam kul 8 lebih2 nanti 'hidup' le. best jugak lepak kat kedai tu, sambil minum sambil tengok kuala berang 'bangun' dari mimpi..sambil dengar celoteh dari meja sebelah menyebelah..hmm nyamannya...amannya..bahagianya...
dalam 20 minit lepastu, dah banyak kereta yg parking dpn kedai, mungkin nk carik nasik lemak jgk kot, kitorg pon xtuggu lama,maklumle baju kami ni glamer sgt, satgi org xleh makan, asyik duk prati baju kami kang, hehehe...lepas bayar (rm5 untuk 2 pinggan nasik lemak, 2 cwn teh o panas dan 4 bijik kuih! murahkan! tq k.an for your treat!)trus kami blah..

does peace exists?

Assalamualaikum...

Today i don't feel like writing/ saying anything for words are so inadequate that i find it difficult to actually express my feeling right now.


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

***please safe Gaza and please safe our humanity and dignity

Wednesday, June 17, 2009

Penyajak dan Pembaca Sajak

aku memang kagum pada orang yang mampu tulis sajak. bagi ku sajak adalah satu cara untuk mengungkapkan makna pabila kata-kata biasa gagal mengungkapkannya. bait-bait sajak lebih dekat dengan perasaan, kadang-kadang mampu menyentuh perasaan. takpela kalau ade yang nak panggil aku minah jiwang, pendapat aku kita patut ade jiwa untuk menjadi manusia. patut ade jiwa untuk ada sifat kemanusiaan. patut ada jiwa untuk da sifat keamanan.

sorang lecturer ku pernah mengajukan soalan " apa maksud lautan di waktu subuh?" aku masih igt lagi pd pertanyaan itu walaupun dah hampir 2 minggu soalan itu diajukan, 'lautan diwaktu subuh?'apa tu? lantaran, hari ini aku berusaha mencari melalui internet(cara paling mudah, hehe).'la...rupa2nya sajak' desis hatiku. betapa butanya aku...
maka dengan semangat yang berkobar2 aku pun cuba sedaya upaya memahami sajak tersebut.kali ni guna otak sastera sikit,hehe..biar cepat paham.
tapi mungkin otak sastera aku ni dah berkurun tak diguna, dah berkarat gamaknya (maklumle, bnyak guna otak saintifik selama ini), aku gagal paham apa itu lautan diwaktu subuh.
so kat sini aku paste jela sajak tu. korang baca and tafsir sendiri ok!

Lautan di Waktu Subuh (Zaihasra)
Lautan di waktu subuh
ianya tidak mengharukan, sepi tidak juga

Lautan di waktu subuh
ianya tidak bengis, tidak juga dahsyat

Lautan di waktu subuh
ianya seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpahi keriangan nembanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan

Mahu disuarakan ke seluruh dunia
tapi, dalam genta keriaan subuh itu
ianya malu pabila mengenang sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itulah kemesraan - lembut dan malu!

Lautan di waktu subuh
ianya gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu

Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik, gelombang beralun, ombak berteriak
adalah peralihan waktu, fajar sinar dewasa..

p/s: sorry en Marzuki, tak tau nak jawab macamanae soalan tu!

Tuesday, June 16, 2009

Perpaduan Integrasi Nasional vol.1

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala Kamus Dewan Edisi ke empat pula mendefinisikan integrasi sebagai bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum, unsur, bahagian dan lain-lain atau menjadi satu kesatuan penyatuan.

Dalam sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia, perpaduan adalah suatu perkara yang penting. Tanpa perpaduan, mana mungkin Negara akan sentiasa aman dan stabil dan berintegrasi. Malah perpaduan menjadi teras dalam pembentukan sesebuah Negara yang berjaya.

Oleh sebab itu, semangat perpaduan ini perlu ada dalam hati dan diri semua insan yang bergelar rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, rasa perpaduan ini tidak terus muncul dengan tiba-tiba sahaja. Rasa ini perlu disemai dan dibaja sedari kecil lagi.

Tempat yang paling utama bermulanya proses perpaduan adalah di sekolah. Ini kerana di sekolahlah generasi muda dari pelbagai etnik , ras dan agama akan berkumpul, menghabiskan hampir sebahagian daripada hari mereka sebelum kembali ke rumah. Lantaran itu, sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai benih-benih perpaduan yang baik ke dalam diri pelajar yang rata-ratanya masih suci fikiran mereka daripada perasaan negatif dan sentimen perkauman. Maka di sinilah bermulanya peranan yang harus dimainkan oleh kakitangan dan petugas di sekolah, terutamanya para guru dalam memberikan perkara terbaik kepada anak didik mereka melalui proses pendidikan agar anak didik tersebut mampu menjadi insan kamil yang berjiwa Malaysia.
Tidak dinafikan, selain daripada ibu bapa dan rakan-rakan, guru adalah antara individu yang paling rapat dengan pelajarnya. Malah ada antara pelajar tersebut menjadikan guru mereka sebagai idola atau ikutan. Oleh itu, peluang ini haruslah diambil oleh pihak guru untuk menyebarkan risalah perpaduan melalui pendidikan.

Kita pasti tertanya-tanya apa pentingnya pendidikan dalam menerapkan unsur perpaduan dan integrasi dalam diri pelapis bangsa? Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan mampu memberi impak yang besar dalam proses penyatuan rakyat. Sejarah telah membuktikan melalui pendidikan sesuatu bangsa itu boleh jatuh, berpecah belah atau pun maju ke hadapan.

Buktinya, lihat sahaja bagaimana sistem pendidikan berasaskan pecah dan perintah yang membiarkan sekolah berkembang mengikut haluan masing-masing yang di amalkan oleh pihak penjajah ke atas negara kita telah mewujudkan empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

Justeru itu, atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara kita. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin.

Thursday, June 11, 2009

pengayuh beca

seorang tua
pengayuh beca
di bawah terik mentari empat petang
menunggu giliran
bergerak melepasi traffic light
di hadapan kompleks pejabat kerajaan
dengan peluh membasahi baju lusuhnya
dengan keringat mengalir laju ke bawah dagunya
dengan air putih dalam botol mineral tanggal jenama
dengan kereta besar gah di depan dan belakangnya
dan asap kering menerawang sekelilingnya
rengkuhnya kering menyedut habuk
tangannya kasar menggepal handle beca
sehingga timbul urat-urat kasar
dipermukaaan belulang keringnya
hadiah dari kerja kerasnya
seorang tua
pengayuh beca
di bawah panas mentari emmpat petang
mata terpejam kewalahan
menahan bahang aspal yang tak mengenal kasihan
lalu hatiku menjadi terkesan
masih ada lagikah kemiskinan
di tengah bandaraya kebanggaan?

Tuesday, June 9, 2009

hoorah!

assalamualaikum..
hari ni mmg best, kelas x tensen mane, petang kitorg pegi main futsal lagi kt gelanggang, ramai sih org kt sana, maklumle, ade pesta sukan ipta. malu la jgk, tgk diorg main expert giler, kite main cam budak2, hehe..nyway we have a blast today, main 2 jam! xdop org nk tukar, letih, peluh cam air kt paip hujan..kami main dr kol 5smpi la kol 6.50ptg. sbb kurang beri perhatian mase stretching, kaki jd sakit, aritu main ok je. mlm ade kelas lagi, kelas pn sriani, w/pun letih, seronok.. dah lama x blaja bhs melayu nih.
esok, hari last kitorg kt sini.lepas ni xde kelas lagi, boleh Enjoy!
Alamak, kertas x abis tanda lagi!
okla ciao!
Good Night..Sweet dream...

Sunday, June 7, 2009

~I Am Zi~ (~_^)v

In all the world, there is no one exactly like me.

There are persons who have some parts like me,

but no one adds up exactly like me.

Therefore, everything that comes out of me

is authentically mine because I alone choose it.

I own everything about me

my body including everything it does;

my mind including all its thoughts and ideas;

my eyes including the images of all they behold;

my feeling whatever they may be...

anger,

joy,

frustration,

love,

disappointment,

excitement

my mouth and all the words that come out of it

polite,

sweet or rough,

correct or incorrect;

my voice loud or soft.

And all my actions, whether they be to others or to myself.



I own my fantasies, my dreams, my hopes, my fears.

I own all my triumphs and successes,

all my failures and mistakes.

Because I own all of me I can become intimately acquainted with me.

By doing so I can love me and be friendly with me in all parts.

I can then make it possible for all of me to work in my best interests.

I know there are aspects about myself that puzzle me,

and other aspects that I do not know.

But as long as I am friendly and loving to myself,

I can courageously and hopefully, look for solutions to the puzzles

and for ways to find out more about me.

However I look and sound, whatever I say and do, and whatever I think
and feel at a given moment in time is me.

This is authentic and represents where I am in that moment in time.

When I review later how I looked and sounded, what I said and did, and how I
thought and felt, some parts may turn out to be unfitting.

I can discard that which is unfitting, and keep that which proved fitting,

And invent something new for that which I discarded.



I can see, hear, feel, think, say and do.

I have the tools to survive, to be close to others, to be productive,

and to make sense and order out of the world of people
and things outside of me.

I own me, and therefore I can engineer me.
I Am Me and I am Okay..

Al Hamdulillah..Thanks to Allah!

This poem is adapted from I am me by Virginia Satir

stadium runtuh

assalamualaikum,
sesungguhnya setiap kejadian Allah itu ada hikmahny. minggu lalu, Malaysia, khususnya Terengganu telah dikejutkan dgn satu insiden yg amat memalukan, stadium yg baru dirasmikan mei thn lalu telah 50% runtuh bumbungnya, ranap. memang memalukan, sebab yg runtuh itu bukan bumbung kandang kambing, atau reban ayam, tapi sebuah stdium yg berharga ratusan juta ringgit. ramai yg pergi tgk tempat kejadian, sehinggakan seperti satu tapak pesta pula, mereka yg bijak ambil peluang buka gerai, air, rojak buah, pisang goreng. etc. apa yg menarik lagi, ade juga rombongan dr luar negeri, sanggup dtg ke terengganu untuk turut sama melihat kesan runtuhan itu, hmm. menarik tu.. agakny tmpt tu bolehla diwartakan sebagai kwsn tarikan pelancong...

Saturday, June 6, 2009

Cherish your moment...

To realize The value of a sister: Ask someone Who doesn’t have one.
To realize The value of ten years: Ask a newly Divorced couple.
To realize The value of four years: Ask a graduate.
To realize The value of one year: Ask a student who Has failed a final exam.
To realize The value of nine months: Ask a mother who gave birth to a still born.
To realize The value of one month: Ask a mother who has given birth to A premature baby.
To realize The value of one week: Ask an editor of a weekly newspaper.
To realize The value of one hour: Ask the lovers who are waiting to Meet.
To realize The value of one minute: Ask a person Who has missed the train, bus or plane.
To realize The value of one-second: Ask a person Who has survived an accident…
To realize The value of one millisecond: Ask the person who has won a silver medal in the Olympics.
Time waits for no one.
Treasure every moment you have.You will treasure it even more when
you can share it with someone special.
To realize the value of a friend:Lose one.