Tuesday, May 20, 2014

milik saya

Apakah milik saya?
Merenung cermin
Tiada.
Hatta kulit kering yang hampir tertanggal di tepi kuku ini pun
Bukan milik saya.

Monday, May 19, 2014

guru pencetus motivasi penjana kreativiti

Dari tingkat bawah kedengaran nyaring suara cikgu menyebut satu perkataan demi satu perkataan membentuk satu ayat.. Setiap sebutan perkataan diikuti dengan suara ramai anak anak kecil darjah dua mungkin tiga.
Begitu proses membahasakan anak anak sekarang. Terfikir dibenak, adakah ajaran itu diulang ulang sesampai di rumah petang nanti, atau hanya bertapa di dalam beg yang tersadai lesu di tepi dinding menunggu untuk dikutip keesokan pagi pula.
Teringat ketika kecil dulu. Saya tidak berpeluang ke tadika. Rumah jauh dari tadika. Tambahan ada rakan yang juga tidak ke tadika. Malah abang abang dan kakak kakak juga tidak mengenal tadika. Tadika kami adalah kawasan kampung..hutan dan semak...sungai..baruh..pokok...lembu..Soroksorok..polis sentri..terkadang tadika kami dinaiktaraf menjadi transformers dan robocop...heee..
Saya bersungguh mengenal huruf ketika masuk darjah satu. Buku Marilah Membaca yang mempunyai suku kata ringkas amat payah untuk dihadam. Namun saya bersyukur, mempunyai abang abang dan kakak kakak yang prihatin dan penyayang.
Sambil membuaikan adik kecil, abang sempat lagi menunjuk ajar saya, walaupun kedengaran nada "frustration'nya kerana saya mengulang perkara sama berpuluh puluh kali.
Sambil menyiapkan kerja sekolahnya, kakak masih lagi sempat membetulkan bunyi dan sebutan jawi 'alif wau' bunyinya 'u' atau 'au', 'alif ya' bunyinya 'i' atau 'ai' yang pada pengamatan saya ketika itu berputar putar dan berbunga bunga seperti ukiran pada dinding masjid.
Malah semasa kecil juga kami selalu bermain permainan menulis huruf di atas belakang. Tuan punya belakang akan meneka huruf apa yang ditulis. Bosan juga kerana selalu betul. Terkadang datang nakalnya, kami menulis huruf secara terbalik. Barulah seronok kerana tuan punya belakang terpaksa meneka dua tiga kali.
Adik beradik kami ramai. Ayah bekerja dan tidak sempat menyelidik urusan pembelajaran kami di sekolah. Tetapi waktu malam ayah akan memastikan semua anak anaknya menghadap Al-Quran. Beratur kami duduk sepanjang dinding ruang tamu membaca muka surat muka surat yang sudah 'lepas' dan berlatih membaca mukasurat yang akan dibaca di depan ayah. Ayah sangat garang pada waktu ini. Satu teguran daripada ayah akan membuatkan kami tergagap-gagap. Satu hentakan tangan ayah ke lantai boleh membuatkan duduk sila kami terburai. Jadi depan ayah jangan main main dan bacaan harus betul. Sebab itulah sepanjang menuggu giliran untuk memperdengarkan bacaan depan ayah, tiada seorang pun berani bercakap. Semua khusyuk membaca Al-Quran di rehal masing masing. Maka waktu malam riuhlah rumah kecil kami dengan suara suara anak anak Hj Wahid bertadarus.
Saya masih ingat, waktu itu saya masih lagi di Quran kecik (Muqaddam) . Abang dan kakak semua sudah naik Quran besar (Al-Quran Mushaf Uthmani). Saya sentiasa mencari akal agar tidak perlu memperdengarkan bacaan depan ayah, kerana; 1- Lambat boleh naik surah. 2-Kalau bacaan tersilap nanti kena marah. 3- Jika ayah marah dan tidak puas hati, mangsa (kui kui kui..) kena baca berulang ulang kali sehingga betul dan ayah berpuashati..
Kerana bilangan kawan kawan sekampung yang datang mengaji di rumah semakin ramai, ayah menurunkan kuasa membetulkan bacaan kepada abang dan kakak yang sudah  beberapa juzuk Quran besar. Jadi peluang saya sentiasa terbuka luas. hihihihi... Sebenarnya bukan saya seorang yang begitu, semuanya begitu. Jadi semasa mandi sebelum maghrib, kami akan 'cop' dulu siapa yang akan menjadi 'Tok Guru" kami malam nanti. Jika "Tok Guru" yang dicop itu sudah dicop oleh orang lain, maka giliran ditetapkan. Ini bagi mengelakkan terjadi pergaduhan ketika waktu mengaji. Cuma malangnya jika sewaktu sedang menunggu giliran itu, tempat di depan ayah itu kosong, dan ketika itu mata ayah memandang anak anak muridnya, maka tiada apa yang boleh dilakukan..berserahlah kepada Allah... kikiki..
Tapi yang bestnya..a

Eh.. saya nak tulis pasal apa sebenarnya nih..?

Baiklah. Sebenarnya niat saya hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Bermula kepada kedua ibu bapa saya (macamlah mak dan ayah saya baca blog ni kannn...), abang abang dan kakak kakak saya, guru guru sekolah rendah saya, guru guru sekolah menengah saya, pensyarah pensyarah universiti, IPG etc. etc. guru guru kehidupan saya secara langsung dan tidak langsung..

Katakanlah 'kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat kalimat Tuhanku, subgguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula' -Al Kahfi:109

okbai~
SELAMAT HARU GURU!


Tuesday, May 13, 2014

cuti wesak.politik Terengganu dan ketupat sotong.

Assalamualaikum...
Hari ni cuti umum. Hari wesak. Sungguh panas hari ini. Belum pun menjengah tengah hari kotak wasap saya dipenuhi berita politik Terengganu yang kacau bilau. 
Ketupat sotong resepi emak sedang menggelegak kepanasan di atas dapur. 
Sambil sesekali tangan menggodek periuk, telinga dan mulut tidak lepas berdiskusi dengan momc pasal negeri kesayangan kami itu.
Huruhara betul. Letak jawatan. Lantik jawatan. Keluar parti. Tarik jawatan. Bubar.???
Kasihan kepada rakyat yang memilih. Kasihan kepada penyokong yang ada antaranya bersengkang mata tidak tidur berkerja demi memenangkan beliau beliau itu atas nama parti.
Apaapahal pun.. kelangsungan hidup harus diteruskan. 

Oh. Ketupat sotong sudah masak!

Inilah rupa ketupat sotong kali pertama saya. Biasanya saya hanya tolong emak isi pulut dalam sotong sahaja. Hari ini saya menjadi chief de mission operasi ketupat sotong...
Senangje resepinya;
Sotong sederhana besar
beras pulut isikan dalam sotong. Sepit sotong dengan lidi
santan
gula melaka
bawang merah
halba..
letak atas api... dah semerbak bau ketupat sotong. 
Terus terbayang wajah mak..
omma...
rindu emak saya sangat sangat!
 

Sunday, May 11, 2014

baki hidup yang ada ini, gunalah dengan bijaksana, dan hiduplah dengan gembira..

Innalillahi wainna ilaihi roojiunn...
Beberapa hari lepas kawan saya bercerita, tunang kawannya meninggal akibat sesak nafas. Mereka merancang untuk melangsungkan majlis pada cuti sekolah Mei-Jun ini. Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu. Walaupun hebat perancangan manusia, perancangan Allah maha hebat.
Status FB seorang rakan juga bercerita; temannya jatuh ketika sedang menghadap makan malam, dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Pagi tadi ketika menghubungi emak, emak memberitahu isteri abang Rashid, anak makcik Manis meninggal ketika dalam tidur. Kematian beliau disedaru ketika anak anak riuh mengejutkan ibunya untuk bersiap ke sekolah (Terengganu bersekolah hari Ahad).
Berita dari Whatapps pada petang ini juga begitu mengejutkan saya. Prof. Dr. Suleyman A. Muyibi meninggal duni pada hari ini. Terbayang wajah beliau yang pernah mengajar saya sewaktu di UIA dulu. Menurut rakan, beliau baru menjalani open heart surgery beberapa bulan yang lalu.
Semoga arwah arwah di permudahkan urusan olehNya dan di tempatkan di kalangan hamba hamba yang soleh dan solehah...Aamiinn...

Betapa berita berita seperti itu menginsafkan saya, bahawa mati itu pasti, bahawa setiap orang, tidak kira tua atau muda pasti akan mengalami kematian, bahawa begitu tipisnya garisan antara hidup dan mati.

Maka, baki hidup yang ada ini, gunalah dengan bijaksana, dan hiduplah dengan gembira.
Bercerita pasal gembira, dua hari lepas telefon bimbit saya tidak boleh di 'on' kan langsung. Malam itu saya terpaksa membeli telefon bimbit yang baru.
Sepatutnya saya berasa gembira kerana mendapat telefon baru, kerana saya sudah lama berhajat ingin menukar telefon. Namun entah kenapa, perasaan 'excited' tu langsung tiada.
Adik saya berkata mungkin kerana saya hanya bertukar dari satu 'smartphone' ke 'smartphone' yang lain, jadi perasaan menggunakannya adalah sama. Katanya lagi saya mungkin ada perasaan gembira jika telefon bimbit saya yang sebelum ini bukan berciri 'smartphone'. Erm.. betul juga.

Ramai yang mencadangkan saya membeli jenama Apple yang bertahan lama, atau Oppo yang berkamera pusing 7 kanta, tapi saya memilih utnuk membeli dari jenama yang saya suka. Daripada enam telefon bimbit yang saya  telah gunakan, inilah kali pertama saya membelinya sendiri. Mungkin inilah sahaja perkara yang mengujakan saya pasal telefon bimbit ini.

Tak kisahlah...
Yang penting.. baki hidup yang ada ini, gunalah dengan bijaksana, dan hiduplah dengan gembira..;)

* Selamat menyambut hari ibu kepada semua ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, ibu mertua, ibu tunggal, ibu saudara, ibu negara, ibu roti bakal ibu, bekas ibu, etc. etc. di seluruh dunia.

Sunday, May 4, 2014

Celebrating May

There's a lot of things to be celebrated in May. Labour Day (cuti!) , Mother's Day, Wesak Day (cuti!), Teacher's Day, and Birthdays. And there'll be two weeks school holidays by the end of this month (cuti lagi!!!)  ...yeay!! I suspect May is a happy month in Malaysia...hehehe..

Today my brother whatapps-ed me a photo dan beta merasa sangat gumbira..hehehe..

I am RM100 richer! (second yeay!!)

This is the third, i'm waiting for the fourth and feel motivated to do the fifth. In the meantime, let's celebrate May, my friends!...;-)