Wednesday, August 28, 2013

Tolonglah....

Sekolah saya sentiasa bising!

Sekolah saya ni ada dua bangunan je. Tiga tingkat. Tingkat bawah adalah pejabat, perpustakaan, bilik mesyuarat, dua bilik darjah, satu bilik pemulihan dan satu ruang solat; untuk murid sekolah rendah.
Tingkat dua adalah bilik guru sekolah menengah dan rendah, pejabat sekolah menengah, bilik darjah sekolah rendah, makmal sekolah rendah dan tandas.
Tingkat tiga adalah kelas murid sekolah menengah dari tingkatan 1-5, makmal, perpustakaan, bilik guru kanan matapelajaran dan bilik sakit.

Dari pagi sampai balik, sekolah ni mmg akan bising dengan suara murid sekolah rendah. Tersangat bising. Tersangat tidak kondusif untuk pembelajaran dan susasana bagi murid sekolah menengah..

Motif saya tulis entri ini?

Membuang rasa muak di hati.

Wednesday, August 21, 2013

Kebenaran Milik Allah, Bukan di Barat Bukan di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72 
 
Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
 
Seperti yang dipetik dari http://bm.harakahdaily.net
 
#  Kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi. Ya Allah tunjukkan aku kebenaran itu kebenaran dan hidayahkanlah aku untuk mengikutinya, dan tunjukkan aku kebatilan itu kebatilan dan hidayahkanlah aku untuk menjauhinya.. aamiinn...aamiinn... aamiinn...

Tuesday, August 20, 2013

PTPTN dan CCRIS [PTPTN kan ADA...!!]

Tag line: PTPTN kan ADA...!! [Seperti dalam iklan raya..]

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. 

sumber: www.malaysiakini.com

Ramai yang hangat hati apabila PTPTN mahu melaksanakan cara sebegini utnuk mendapatkan semula duit yang telah diberi pinjam itu. Memang, apabila hutang PTPTN dimasukkan dalam CCRIS, kelulusan pinjaman bank yang lain akan terkesan. Yelah, loan PTPTN bukan sikit sikit weiii.... puluh puluh ribu riban jugak! Belum campur "kos pentadbiran" yang menyakitkan hati perut jantung paru limpa yang dicaj oleh PTPTN tu lagi... Bayangkan le banyak mane je loan bank yang akan lepas kalau tersangkut kat loan PTPTN ni...kesianla, nak beli kereta, beli rumah, nak kawin, etc etc... tu semua keperluan hidup yang memerlukan duit.. nak beli emas lagi.. aiseh!
Hm.. adakah langkah PTPTN ini kejam?? 
Entah le...jawapannya bergantung kepada siapa soalan itu diajukan.
Tapi, apa yang pasti; HUTANG WAJIB DIBAYAR. Itu yang saya belajar. Walau apacara sekali pun.
Maka, korang bayarle, walaupun hati tercedera parah dengan "kos pentabdiran" tu..pejam mata je la...
Saya??
Buat apa saya nak bayau?
Saya tak akan bayau... sebab saya tak buat pinjaman dengan "PTPTN kan ada....." tu...
Alhamdulillah..

oh.. kita masih lagi dalam bulan Syawal!!

Wednesday, August 14, 2013

Perseid Meteor Show... err

Assalamualaikum

Selamat hari Rabu, Syawal ke -7. Dan saya masih lagi bercuti...:-)

Mesti ramai yang menunggu detik meteor perseid malam selasa hari tu. Seperti yang diwar warkan dalam surat khabar, detik bermula adalah sekitar jam sebelas malam.

Isnin.
Menjelang maghrib langit bertukar gelap. Sesekali guruh menderam dan kilat memancar. Macam nak hujan..tak lama kemudian hujan pun turun. ok, baru pukul lapan malam.
Tak lama hujan pun berhenti. Suasana sangat sejuk dan nyaman. Saya dan anak sedara lepak depan tv sambil switch channel, sekejap tengok 3 temujanji sekejap tengok roda roda kotaraya. Bosan. Jam baru pukul sembilan lebih.
Sejam lepas tu saya naik katil, duduk dalam selimut. Berwhatsupps. Pesan member, "kalau kau nampak dia turun bagitau aku". Saya pandang tingkap, kilat memancar mancar.
Udara sejuk nyaman dengan selimut yang hangat, mata saya memberat...ZZzzZZzZ...

pagi esoknya member bertanya, "kau tengok ke malam tadi?"
Hm...
tengok kat youtube je la...:D 

p.s: rata rata kawan kawan tak dapat tgk pun sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tahun depan la pula ye...

Sunday, August 11, 2013

Kadang kadang Kelihatan seolah olah...

Assalamualaikum

Salam syawal ke-4

Musim raya ni ramai yang 'update' status kat laman sosial. 'Upload' gambar dan sebagainya. Kadang kadang status dan gambar gambar yang 'post'kan itu kelihatan seolah olah menunjuk nunjuk dan melebih lebih, tak kurang juga yang kelihatan seolah olah mengumpat,,.
Terkadang termenung dan terfikir sejenak minda yang sedang membaca dan memerhati.

* kelihatan seolah olah -kerana kita tidak tahu apa niat si peng 'update' dan si peng 'upload' tersebut

Saya sangat setuju dengan cara seorang rakan ketika menerima atau membaca mesej melalui SMS;
Beliau akan membaca SMS itu berulang kali dengan berbagai nada - untuk mencari apakah nada/maksud yang sebenarnya si pengirim ingin sampaikan. Ye lah, SMS tidak dilampirkan sekali dengan perasaan kan? Kadang kadang kita silap mentafsir mesej kerana kurang peka sesetengah kita menggunakan simbol seperti tanda seru (!), HURUF BESAR, tanda soal (?), dan titik titik titik (...)
Kadang kadang saya pun tergelak melihat dia meng intonasikan mesej yang diterima; bermula dari nada lembut, suara rendah, nada perli, sehingga ke nada tinggi dan nada marah!
Mungkin cara ini akan mengambil masa yang lama, memenatkan dan membazirkan masa. Tapi itu lebih baik dari membazirkan perasaan dan emosi kerana marah, geram atau cemburu tidak bertempat.. pada saya itu lebih meletihkan dan membazirkan. [juga agen penuaan pramatang yang paling cepat...:)]

Hasilnya: Balasan SMS kita terhadap si pengirim lebih berunsur "pertengahan". Kita akan lebih bersangka baik kepada si pengirim. Mungkin kerana ruang masa yang ada kerana mengintonasikan mesej, menjauhkan kita dari sifat berprasangka dan terburu buru untuk "menyembur" juga. Bukankah terburu buru itu sifat syaitan?
Emosi kita juga pun tidak tercedera...:)

Erm.. mungkin cara begini pun boleh diaplikasi ketika mahu membalas komen di laman sosial...?

Apa apa pun selamat berhari raya dan menjamu selera. Jagalah pemakan fizikal dan emosi serta rohani agar kita sentiasa sihat dan awet muda...inshaAllah...(^_^)v

Wednesday, August 7, 2013

isteri apakah kita?

Seseorang pernah meletak komen dalam sebuah group laman sosial berkenaan Ramadan. Menurutnya Ramadan ini analoginya sebegini;

Ramadan diibarat seorang suami yang pulang bercuti selama sebulan setelah berpergian selama setahun. Kepulangannya itu penuh dengan rahmat dan seribu satu kebaikan yang tidak terungkapkan. Kita pula diibarat para isteri yang menanti kepulangan suami tersebut. Cara penerimaan dan sambutan sang isteri kepada suami yang telah lama berpergian memang berbeza antara satu sama lain.

Ada yang menyambut dengan penuh kegembiraan. Bersyukur dengan kepulangan sang suami. Berusaha memberi yang terbaik untuk si suami sementara si suami masih bercuti. Kepulangannya dinanti. Kehadirannya dirai. Ketiadaannya dirindui.
Ada yang menyambut si suami dengan kegembiraan pada hari hari awal kepulangan sahaja. Sekian lama semakin tawar layanan dan perhatian yang diberi, kerana keberadaan sang suami yang begitu lama di rumah setelah setahun berpisah. Terasa janggal barangkali.
Ada juga sang isteri menyambut kepulangan sang suami dengan perasan endah tak endah. Sang suami dilayan dengan layanan biasa biasa sahaja.

Sehinggalah pada hari akhirnya sang suami berada di rumah barulah timbul perasaan resah dan kelam kabut kerana menyedari sang suami akan berpergian lagi. Setahun lagi. Entahkan sempat bertemu , entahkan tidak... pada masa itu mungkin timbul rasa penyesalan dan kesedihan kerana tidak memberikan yang terbaik buat sang suami yang pulang dengan seribu kebaikan itu...

Malang. Amat malang; kitalah isteri isteri itu. Menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh pengisian. Bertarawih dan qiam. Namun hanya pada awal Ramadan. Hujung Ramadan kita leka dengan persiapan dan persediaan menyambut raya. Tarawih sekadarnya sahaja, qiam entah ke mana.
Lebih malang lagi jika ada natara kita mengira ngira dan menanti hari kepergian semula Ramadan dengan rasa tidak sabar.

Akhirnya, sang suami yang penuh kebaikan dan seribu satu rahmat itu pun berlalu pergi....

#Selamat jalan wahai Ramadan. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun akan datang. Semoga pertemuan kita pada tahun ini adalah pertemuan yang terbaik berbanding tahun tahun sudah.
Ketiadaanmu kurindui, kepulanganmu kunanti, kehadiranmu kurai... inshaAllah..

Sunday, August 4, 2013

Cinta Jangan Dibeli

Assalamualaikum

Tengah men 'google' lagu raya, sekali teringat lagu yg didengari dalam radio masa otw balik kg semalam.. terus google. Oh ini lagunya.. Cinta Jangan diBeli oleh Endang S Taurina.. (mcm nama vitamin la plak...)
layanzzz..

Cincin melingkar dijari manis
Cincin siapa yang engkau pakai
Tolonglah jawab tanya ku ini
Hati terbakar menahan tangis
Kilaunya harta telah membuai
Kiranya cinta dpt kau beli
Kini ku tahu cinta mendua yg kau tanamkan didalam dada
Satu utkku satu utknya tegarnya [oh] kejamnya
Wang dpt dicari budi jgnlah dibeli kasihkan dtg sendiri..oooo
Wang dpt dicari budi jgnlah dibeli kasihkan dtg sendiri

Walaupun rambut sama hitamnya jgn samakan aku dgnnya

Aku tak silau melihat harta
Bukan sekadar wajah jelita dan bukan pula emas permata sbg upaya dlm bercinta
Sungguhpun bumi berkeping dua ombak di laut jadi bencana tiada sesakit hati terluka..
Luka nan tiada pengubatnya..
Janganlah kau tawar lagi cinta tak dpt dibeli tinggal[kan] aku sendiri..ooo
Janganlah kau tawar lagi cinta tak dpt dibeli tinggal[kan] aku sendiri..

# saya suka tang "ooo" tu .. hehe

Thursday, August 1, 2013

Mengharap IhsanNya...




Wahai Tuhanku
Yang Maha Memberi
Ku pohon belas ihsan dan kasih sayangMu
Agar diberi peluang dan ruang untukku
Bertemu malam Al Qadr Mu
Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Wahai malaikat
Kau terbangkanlah harapan ku ini
berdoalah bersama untukku 
agar doaku ini sampai kepada Allah
Tuhanku dan Tuhanmu..
Aamiin...