Wednesday, April 27, 2011

Telur Dangdut dan Ketiak ayam

Assalamualaikum...

Tidak samapai 24 jam lagi sesi temuduga saya akan bermula. Tolak makan, tolak borak, tolak ke hulu ke hilir, dan tolak Facebook, makanya waktu sudah tinggal 2 3 jam shj lagi..huhu...

tp bukan itu yg saya ingin kongsi bicara entry kali ini... cukuplah debaran itu hanya setakat didada saya shj..

Menu sarapan pagi ini adlah nasik lemak, dan 3 tongkol kentang gulai, serta setongkol ikan tongkol, dan acar nenas dan timun. Sebenarnya kentang gulai itu saya irung dari gulai daging nasi tomato. Dan acar nenas campur timun itu adalah pelengkap nasi tomato tadi. Tapi saya cuba mencipta kelaian deria rasa lidah dengan membuat menu campuran sebegitu. Nampak pelik kan. Tapi rasanya tidaklah terlalu pelik sehingga sukar untuk ditelan..hehe..

Sewaktu ingin membuat pembayaran dikaunter (sistem mkn dulu baru bayar) tuan pengetua membuat order..
Teh panas, nasi goreng putih, telur dangdut dan ketiak ayam...haha..hampir tergelak!
Sungguh pelik dan unik menunya...
Tapi sebenarnya ia adalah nasi goreng cina (yg banyak lada hitam), Telur mata yang sedikit cair kuningnya, dan kepak ayam...ngeh3~

Tuesday, April 26, 2011

Interview (Satu tajuk yg rumit)- Part 1

Asslamulaikum,

Makanya saya sudah dapat panggilan temuduga. Khamis. 28.4.2011. uih..takutnya.. hm..takut kah? tak jugak. cuma berdebar-debar. Sudah lama sebenarnya saya tidak mengalami perassan berdebar untuk ditemuduga. Jadi ade rasa sedikit teruja. Saya sudah melengkapi keperluan untuk peristiwa yang ditunggu itu. Cumanya dari segi keperluan pakaian, saya tidak mempunyai blazer/kot. hm.. nk pagi beli pun rasa tidak berbaloi, maklumla kerja macam saya tidak perlu kepada pemakaian kot sepanjang masa, lainla kalau kerja dalam aircond. hm...kena fikir denan serius untuk pinjam blazer bdn pengawas..hehe..

Doakan kejayaan saya ya. Terima Kasih..:)

Thursday, April 14, 2011

Al Fatihah

Assalamualaikum

Sekalung takziah dan AlFatihah buat keluarga dan arwah Zur Iras yg telah kembali ke Rahmatullah akibat dari kemalangan pagi tadi. Semoga ruhnya dicucuri rahmatnYa...
Al Fatihsh...

Tuesday, April 12, 2011

Matematik Tambahan...

Assalamualaikum

Selamat hari Selasa. Semoga kita sentiasa dirahmati hari ini hingga terbenam mathari nanti...:)
Semalam saya menghadiri perjumpaan pertama guru matamatik tambahan daerah. Kerana guru pakarnya berada di SMK Menerung, maka kami yang tidak berapa nak pakar ni terpaksa la gigih ke sana. Sebenarnya ada tiga jalan utk ke SMK menerung. Satu jln yg dekat, satu lagi sederhana dan satu lagi sangat jauh.
Nak di jadikan cerita kerana hujan yang begitu bersungguh sungh pada hari sebelumnya, maka 2 jln yg pertam telah dilimpahi air...maka, kami(saya dan seorang lagi guru sains) hanya mempunyai satu pilihan sahaj lagi, iaitu jln yang sgt jauh itu (w/pun, beberapa rakan mengatakan jalan itu dekat).
Ya, jaln itu sangat sunyi, dan jauh dan kami tidak tahu arah utk ke SMK Menerung!
Sungguh tragik.
Bagaimanapun setelah 2 kali terlajak dan tersesat, maka akhirnya kami sampai juga dengan selamatnya di sek itu. Agak lambat berbanding dengan yg lain. huhu..
Perjumpann berjalan dengan bagus sekali. Di akhirnya kami diberi tugasan utk menyediakan satu modul berdasarkan tajuk2 yang diberi. Oh, saya dapat tajuk Quadratic Equation utk ting 4 dan Probability utk ting 5.
Jadi hari ini saya cuba menggodek internet, menari bahan utk modul itu. Mana tau, untung rezeki saya dpt atu modul yang lengkap...hehe
Dan saya telah melewati laman ini, dan terbaca artikelnya berkenaan Matematik Tambahan...
dan di bawah adalah artikel yang saya cedok daripada http://www.ketam.pja.my

Cara dapat A Matematik Tambahan

Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.

Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.

Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

***********

Rasanya begitulah pada masa saya bergelar pelajar dahulu, Matematik Tambahan adalah satu subjek sungguh sungguh SUKAR. Tapi tiada jalan lain utk saya keluar dari masalah ini kerana saya aliran sains. Dan aliran sains apakah yg tidak perlu kepada Matematik Tambahan??
Jadi saya hanya mampu melakukan tiga perkara sahaja jika ia berkenaan Matematik Tambahan;
1. Latihan
2. Latihan
3. Latihan lagi!

Makanya saya berjaya melepasi cabaran SPM 1998. Walaupun saya tidaklah mendapat A, tapi saya juga tidaklah GAGAL!

so Gambatte Kudasai!..:D

Sunday, April 10, 2011

makan makan dan makan lagi..

Eat. Everybody likes to eat. I like eating. Infact, I love eating. Sometimes, I consume more than i can imagine my stomach could take. hehehe.. and most of the time I eat coz I want to feel what it would be felt to have a chance to eat what I can eat.
So here are some foods that I usually crave for...;)

Roti Canai. Everybody's Favorite. I usually find it tempting during breakfast.

This is Sang Gupal..Sagu berinti kacang dal lenyek..kuah santan berhalba..lamanya tak makan..owwwhh...since this sweetheart is so hard to find, so I grab it whenever I found it.

OMG...bestnye..jemput jemput bawang! Best served hot..

Aiskrim...one of my favorite! Strawberry Royale..makes me drool over it wheneer I saw its ads on TV.

Collek..kicap+gula+secubit belacan+lada api..makan dgn jambu atau mempelam muda..fuhhh...kecur liur..

Rainy day

Assalamualaikum

Hari ini hujan lagi. Lebat. Sebenarnya hujan sudah bermula dari petang semalam, berhenti sekejap, kemudian berlarutan hingga ke petang ini. Sungguh lebat dan kasar kasar butirnya. Langit langsung tiada tompok putih. Semua kelam dan kelabu. Air sudah penuh di padang sekolah. Dalam longkang, atas simen dan masuk ke dalam Hush's Puppies yang diletakkan di atas rak tepi koridor makmal komputer. Lembap dan sangat tidak selesa untuk dipakai. Hujan masih turun dengan laju.

Sejuk. Rasa seperti baru usai mandi pukul 7 pagi. Menggeletar walau kipas hanya di nombor 2. Harus kene pakai baju sejuk nih.

Lapar. Padahal tadi baru je sudah makan. Nasik putih dengan sayur air batang keladi dan ikan panggang cecah sambal belacan. Teh O panas bungkus, bekal minum kat bilik. Ye hujan hujan begini memang cepat rasa lapar. Menjadi begitu sentimental bila menyentuh perihal makanan.

Ubi kayu rebus cecah sambal kelapa dengan air kopi panas, nasi panas dengan ikan kering goreng dan sayur air pucuk paku, jemput-jemput bawang cecah kuah lada kopok lekor dan teh O panas berasap...fuhhhhh..menu menu yg telah sebati dengan suasana sejuk dan dengung hujan jatuh atas atap.

Oh, sungguh rasa lapar kembali lagi. Mana biskut sultana yang saya beli tadi?