Kek pisang dan kek oren adalah dua
Jenis kek yang saya naaak sangat buat dan menjadi seperti yang saya beli di kedai kek. Malangnya, setelah beberapa kali percubaan... kek kek yang saya buat mesti ada 'defect'. Entahla.. mungkin kerana pisang dan oren mengandungi air. Kek kek percubaan saya hampir setara dengan kek bantat. 'Fed up' kuasa lapan!!
Malam tadi.. saya gigih mencuba lagi. Buah oren pasar malam Taman Maju ada lagi sebiji tergolek tepi guni kentang. Jadi saya pun gigihla menyagat kulit oren. Kisar isi oren. Campur telur gula minyak tepung. Kali ni saya cuba dengan berani berani takut letak ovalet.
Dan... tarraa... hasilnya seperti di bawah ini ye saudara saudari sekalian.
Ye ye.. saya faham.. ini bukan la kek oren terbaik seantero dunia. Tapi inilah kek oren saya buat yang menjadi dengan jayanya... hmm.. teksturnya.. kelembapannya.. rasanya.. hmmm..
Good job Zi!
Ini kek oren saya. |
No comments:
Post a Comment