Tuesday, August 5, 2014

keronyokkan duit sebelum masuk ke dalam CDM

Semalam saya ke Maybank untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun menggunakan mesin deposit tunai- cash deposit machine (CDM). Cheh.. tu pun nak cerita ka?

Ceritanya adalah setelah memasukkan semua kepingan Rm50 dan 100 ke dalam CDM itu dan diproses, terdapat beberapa keping not rm50 dan rm100 yang tidak diterima oleh mesin itu. Saya mengambil kembali duit tersebut dari slotnya.. mengusap usapnya dengan penuh kasih sayang dua tiga kali.. membetul betulkan bucu bucu duit yang terkelepet sikit sikit tu dan mencuba memasukkan kembali duit ke dalam slot CDM itu.
Malangnya duit itu masih juga di tolak untuk diproses. Saya ulang lagi proses yang sama. Hasilnya tetap sama.
Kemudian kerana sudah ada yang menunggu giliran di belakang saya.. maka saya menjadi sedikit serba salah dan kurang sabar.
Akhirnya..saya mencuba satu ujikaji yang saya kira kurang masuk akal kerana semasa saya membuat aktiviti ujikaji itu beberapa pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM, CDM, dan deposit check menjeling jeling memandang saya.
Inilah yang saya buat kepada not not rm50 dan rm100 yang telah di'reject' oleh CDM itu. Setelah dikeronyok keronyok dengan geramnya.. dibetulkan dan dimasukkan kembali ke dalam slot. 
Tahu apa kesudahannya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Duit duit itu diterima dengan jayanya oleh mesin itu. 

Kesimpulannya jika duit tidak diterima oleh CDM..keronyok keronyokkan dulu dan cuba masukkan semula..

InshaAllah mujarab...

Sekian petua dari dukun CDM.. kuikuikui...


No comments:

Post a Comment