Assalamualaikum,
hari isnin, hari yang paling kelakar!
kami baru lepas makan durian. durian tu pulak kami beli kat depan pejabat pos kuala berang, dalam hujan lebat sekali ngan guruh kilat..
Ni semua sebab kesiankan k.da yg dari minggu lepas lagi mengidam nak makan durian. waktu kami turun nk pegi beli durian tu pun sebenarnya hujan dah start turun, tapi takle lebat mana. mana nak tau keluar je dari pintu pagar sekolah, hujan terus lebat macam air yg dicurah2.
yg klakar lagi, aircond kereta k.da rosak, pasang aircond, tapi macam pasang kipas je. so kitorg bukak tingkap sikit. hujan masih di kemuncak waktu kami pilih dan beli durian tu. masa nak balik, cermin kereta dah berkabus, nak bukak tingkap luas2 takut basah kereta, so k.da bawak kereta perlahan-lahan. aku pulak jadi wiper kat dalam, lapkan cermin depan dengan tangan...
tapi sebab keadaan teruk giler, kami pun berenti tepi jalan. sambil tunggu hujan, kami makan rambutan.
dah agak2 reda, kami sambung jalan..alamak, hujan yg tadi nampak berkurang, jadi makin lebat la pulak..
cermin berkabus semula. aku pun jadi wiper lagi...
Alhamdulillah, kami selamat sampai kt asrama.
lepas k.da mandi, kami kerjakan durian beramai-ramai...
itulah dugaan yang paling besar dalam sejarah makan durian kami.hehehe...
hujan masih lagi tak berenti waktu aku tulis post ni.
No comments:
Post a Comment