Sunday, June 21, 2009

Salam Hari Bapa

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Bapa kepada seluruh warga bapa yg telah menjalankn tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa dengan sempurna.
Selamat Hari Bapa untuk ayahku tercinta, Haji Wahid bin Chik yang telah dan sedang menjalankan tanggungjawab beliau dengan begitu sempurna sekali. Malah jika terdapat anugerah untuk bapa paling hebat, aku yakin ayah mampu meraih gelaran itu.
Ayah, bapa yang mendamaikan, membuatkan kami rasa tenang dan selamat jika disisinya. Walaupun ayah tak sehebat bapa-bapa lain yang lulusan akademiknya mengkagumkan, namun bagiku, ayah masih lagi hebat berbanding yang lain.
Ayah seorang anak yang taat, kecilnya hanya mengenal selut dan lumpur serta lembu peliharaan atuk. makan dan pakainya hanya ala kadar malah kadang-kadang ayah hanya meneguk air telaga sepanjang hari itu. Itulah ayah yang melalui alam kanak-kanak dan remajanya tanpa main kejar-kejar, tanpa kenal eja baca, tanpa mampu bilang kira secara formal. Ayah membesar dengan pengalaman yang kukira mungkin banyak pahit dari manis, yang kukira kurang tawa dan terlebih tangis. itulah yan mendewasakan ayah, itulah yang mematangkan ayah, itulah permulaan hidup Ayahku yang Hebat.
Ayah hanya seorang buruh,dengan pendapatan RM500, ayah berusaha menyara kami 13 beradik agar menjadi manusia seperti sekarang. Dengan jarak usia kami yg hanya berselang tahun,ayah dan emak mampu manguruskan agar kami cukup makan dan pakai. mampu pergi kesekolah. apatah lagi abang sulongku sedang belajar di universiti waktu itu. tentu kami banyak pakai duit, jadi abangku yang kedua kerja part time sambil belajar. terima kasih abang Wi..
tapi ayah dan emak tak pernah mengeluh, apatah lagi menyuruh kami berhenti sekolah. malah perkataan 'berhenti sekolah' adalah taboo di rumah kami. jgn sebut kalau tidak bersedia untuk dibelasah dan dibasuh!

ayah pernah kata,

"biar kami xmakan, biar kami x bertukar pakaian, yang penting anak2 kena truskan persekolahan. ayah dan emak xtinggal apa2 untuk kamu semua, hanya ilmu yang akn jaga dan jadi bekalan kamu kelak."

kata-kata itu aku pegang dan ingat sampai sekarang, sebab aku antara org yang nmpak kebenaran kesusahan itu...
waktu itu, aku berada di tingkatan satu. bersekolah di sebuah sekolah yang jauh dari rumah. walaupun ayah letih, namun setiap hari sabtu akhir bulan, ayah akan cuba menghantar aku ke asrama dengan motor honda tua ayah (satu2nya kenderaan kami pada waktu itu). sebelum meneruskan perjalanan, ayah singgah kekedai untuk membeli makanan buat aku di asrama. aku hanya tunggu diluar dekat motor. setelah selesai, ayah datang membimbit satu plastik. sebelum start motor, ayah sempat membelek baki duit dalm dompet lusuh ayah. walaupun ayah dah menyengetkan sedikit dompetnya agar aku tidak nampak isi dompet itu, tapi aku masih boleh nampak yang ade dalam dompet tu hanyalah sekeping rm5 sahaja. menyedari aku melihat isi dompet itu, ayah pantas menutup dan memasukkan dompet tersebut kedalam poket seluar. ayah kemuadian membuka beg pakaianku untuk meletakkan sebungkus biskut jagung yang di belinya tadi. dan aku hanya mampu berdoa agar air mataku tidak tumpah di situ...
timbul rasa menyesal kerana tidak berkeras untuk pergi sendiri ke asrama dengan bas sahaja. aku memikirkan perjalanan ayah untuk pulang semula ke rumah yang jaraknya melebihi 40 km dengan motor tua itu serta duit rm5 di tangan. hari tu seharian aku tidak mampu berbuat apa apa dan berdoa agar ayah selamat sampai ke rumah.
walaupun pengalaman itu sudah hampir 15 tahun berlalu, namun saat mengimbasnya aku tidak mampu menahan mataku dari berair.
aku insaf, betapa besarnya pengorbanan ayah dan emak terhadap kami semua. terhadap aku. walaupun aku mungkin kelihatan hoo-haa, tapi aku tau dasar dan umbi ku adalah kedua ibu bapaku, InsyaAllah, aku tidak akan melakukan apa yang menyakiti dan menyusahkan dasar dan umbi itu. sekarang, dasar dan umbi itu sudah tua, sudah tiba masanya mereka menikmati hidup yg sepatutnya sudah lama menjadi hak mereka. tibalah masanya untuk aku pula berbakti pada mereka.

Terima kasih ayah dan emak, keranamu, aku menjadi manusia.
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua orang tua ku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika kecil...Amin Ya Rabbal Alamin...

sekali lagi, Selamat Hari Bapa!

No comments:

Post a Comment