Wednesday, June 12, 2013

Bandung, anyone??

Seorang member mengeluh. Kecewa kerana percutiannya ke Bandung tidak seperti yang dijangkakan. Setelah sekian lama merancang dan berangan nak buat itu ini dan beli itu ini di sana, akhirnya member itu pulang dengan perasaan hampa. Dan rasa kehampaan itu diluahkan dalam status lama sosialnya. Percutiannya dirasakan sangat "hampeh" [sepeti perkataan yang ditulis di status laman sosialnya] dan dia hairan kenapa ada yang mengatakan tidak puas ke Bandung dan ingin mengulang bercuti di sana.

Saya sempat memberi komen; "Bandung kalo niat nak sopping gi seminggu pun xcukup.."

dan komen saya itu dibalasnya dengan memberitahu bahawa dia hanya membeli beberapa helai barang yang berjenama dan original sahaja kerana yang lain hanyalah tiruan.

Oh. dan saya terfikir, adake barang berjenama dan original di Bandung? Dan kalau ada, sejauh mana kesahihan barang tersebut original? I mean, Indonesia as well as China is well known for its copycat skill. Saya jarang expect barang berjenama dari Indonesia itu original. (asalnya saya ni tak memilih sgt, asal cantik, selesa dan tahan lama dah ok dah..)

Well, in my opinion, Bandung is the heaven for those who want to spend their money. indulge in the shopping spree till you drop. 
tapi kalau expect nak bli beg tangan Couch atau Gucci atau LV original tapi murah, saya berpendapat Bandung bukanlah tempatnya. (infact, Indonesia is not the place)
Kalau niat mahu beli kain pasang yang murah, ye, Bandung jawapannya. kenapa? kerana saya pernah ternampak harga sepasang kain yang siap berlabuci / berkerawang penuh boleh mencecah sehingga RM300 di tingkat atas sebuah pusat jualan di Terengganu. Walhal harga kain itu (yang saya sangat pasti diimport dari Bandung) hanyalah sekitar IDR145 (around RM48.00)!. 
Lumayankan!

Begitu juga dengan kain telekung [org seberang panggil Mukana], harga IDR350 menjadi RM350. wah dah sejuta rupiah!!!!

hm.. tak hairanla kalau ramai peniaga butik dan pemborong kain pasang selalu berulang ke Bandung, lebih lebih lagi jika design baru keluar. Malah seorang penjual di Pasar Baru ada memberitahu pemilik butik dari kawasan emas Bukit Bintang adalah antara pelanggan tetap meraka. (saya pun mencongak dalam kepala, berapa agaknya harga yang diletakkan oleh Butik untuk baju berkerawang penuh....mau ribuan ringgit Malaysia nih)

jadi kesimpulannya, saya suka ke Bandung kalau berhajat untuk membeli belah!!

p/s: saya pun suka masakan sunda... enakkkkk...hehehe..

No comments:

Post a Comment