Friday, December 30, 2011

Tip Masakan Sedap

Assalamualaikum.
Selamat hari jumaat, malam sabtu. Ok, hari ini aku telah terjumpa satu rahsia untuk makanan yang dimasak menjadi SEDAP.
Tentu sekali tidak menggunakan penambah perisa Ajinomoto [memang tak suka guna dlm masakan pun].

dah tu apa?

ok, ini adalah foto2 yg sempat diambil sebelum makanan sedap ini 'lesap' dikala petang nan hening dibasahi hujan sekali sekala beserta angin monsun timur laut yang bertiup sepoi2 mendingin hingga ke tulang sumsum (ceywahhh!!!)
tetiba je ek... hehe



Ha.. nampak tak? nampak tak? makanan sihat mestilah mengandungi semua zat2 yg diperlukan oleh tubuh seperti protein, karbohidrat, vitamin, etc... etc,

**gunakan lada jarum(cili api) yang ditanam sendiri. kepedasannya terjamin!



Makanan yang berkhasiat mestilah sentiasa segar walaupun selepas dimasak. Untuk itu, gunakanlah bahan-bahan yang segar dan bermutu. Terbaek dari ladang!

**Dalam hal ini, gunakan minyak yang belum digunakan demi menghasilkan masakan yg bermutu.
**Gunakan api perlahan dan kaedah 'deep fry' [mcm chef je.. ceh perasan!]







Kemudian, demi memastikan rakyat Malaysia tidak mengalami masalah obesiti akibat dari termakan lebihan minyak ketika menggoreng tadi, maka makanan yg digoreng haruslah disejat dahulu.







Kemudian, tunggu apa lagik? Makan je la....hehehe..
Complimentary drink? Teh O panas berasap...:o)

**Jgn lupa baca Bismillahirrahmanirrahim...:)





Ok, so, mana tip masakan menjadi sedap?
Oh.. ye, tipnya adalah masak ketika sedang lapar. Nescaya masakan anda menjadi sedap.

ok ye, sekian dulu dari saya, pakar menghabiskan masakan sedap...;)





























No comments:

Post a Comment