Friday, October 18, 2013

Perihal ikan selayang.. [hok ane se gokk??]


"Kak Zi, ikan selayang tu yang mana ye..?" Tiba tiba Yam bertanya ketika kami sedang berjalan menuju ke kantin.
"Hah!?" Sepatah je yang mampu dari mulut saya. Terkejut dan dalam masa yang sama menyoal. Terhenti langkah saya seketika.
"Saya ingat nak buat keropok lekor la", jawab Yam dengan bersemangat. Dia ni antara minah Melaka yang minat tahap kuasa lapan kat keropok lekor.
"Ooh..erm.. nanti kita google rupa ikan selayang tu", saya menjawab sambil kaki menyambung langkah ke kantin.
Ikan Selayang. 
Meh saya nak kongsi satu cerita.

Teringat peristiwa suatu ketika dulu waktu saya dan adik pergi pasar pagi untuk membeli ayam, mak menelefon supaya membeli ikan selayang untuk dibuat kuah laksa. Sesudah selesai bahagian ayam dan daging, kami ke bahagian ikan pula.Ketika berdiri di hadapan longgokan longgokan berbagai jenis ikan itulah, baru kami sedar yang kami tidak tahu rupa Selayang tu macamana.
Macamana ni? Nak tanya orang kang.. segan lak. Apa da.. anok dara dokk kenal ikang layyang! Tapi kami memang dok kenal.. huhu..
Terkebil kebil depan longgokan ikan. Akhirnya penjual ikan bertanya, " Nok ikang mende mek*?"

"Err... ikang layyang ade dok Pok*?" Saya bertanya dengan muka naif..
Penjual ikan dan pembantunya tersenyum simpul yang senget.
"Adik nok wape kilo?" Tangannya pantas menarik plastik yang tergantung.
"Wak mari dua kilo", jawab saya pantas.
Penjual itu pun membongkok untuk mengambil dua kilogram ikan Selayang yang berlonggok-longgok di depan mata saya!
Oh My...

Ihsan google


Baiklah. Saya mengaku hanya kenal beberapa jenis ikan. Selain sardin dalam tin,ikan pari, ikan laut lain adalah ikan aya/tongkol adalah ikan yang paling senang untuk saya cam. Ikan selayang? Ikan kembung? hihi... saya selalu konfius dan keliru.
Assalamualaikum dan selamat berkahfi di hari Jumaat yang mulia...
*Pok = Panggilan hormat tidak rasmi untuk orang lelaki yang lebih tua/berumur.
*Mek = Panggilan loghat untuk perempuan. 







No comments:

Post a Comment