Assalamualaikum,
Salam Tahun 2010. Harapan saya agar tahun ini akan lebih memberi keberkatan dan rahmah dalam setiap amal yang kita lakukan. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2009. InsyaAllah...
Emm, pagi tahun baru ini disambut dengan deruan hujan sesudah beberapa hari kg aku tidak hujan. Walaupun tidaklah selebat ketika terennganu dilanda banjir bulan lepas, namun hujan pagi ini mampu memenuhkan sungai yang ada kt depan rumah aku ni. Ya Allah, jgn la banjir lagi... menjelang tengah hari hujan sudah menampakkan tanda2 akan berhenti, namun sehingga entry ini ditulis, hujan belum jugak berhenti...
Hujan-hujan macam ni perut jadi cepat lapar. Mula la mereka-reka nak makan apa. Kali ni kitorang pakat nak buat rojak betik dan kek coklat. kebetulan ada pasar minggu kat sini setiap hari jumaat, so pagi tadi kakak pun pergila ke pasar nak cari betik. malangnya sebijik betik pun takde. so menu ditukar jadi rojak mempelam..hehehe
Adapun kakak aku yang sorang lagi ni nak buat kek coklat. Aku pun tak tau apa mimipi dia malam tadi, pagi2 lagi sudah kerahkan kami cari oven bulat yang dah lama tersimpan dlm stor, sebab tak guna...hahaha.. cari punya cari punya cari, akhirnya terjumpalah oven tu..Alhamdulilah...
Jadi hari ni sepagi kami semua duk kat dapur, demi menjadikan kedua-dua menu rekaan itu satu kenyataan. Alhmadulillah, lebih kurang pukul 2 tadi menu terakhir kami, kek coklat tanpa butter, telah selamt kami bedal.hehehe....
Best jugak kek tu. kalo korang nak cube, dibawah ini ade diperturunkan resepinya
Selamat mencuba!
***
Kek Coklat Tanpa Butter
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang // gula boleh dikurangkan kalo kurang suka manis
*
Bahan A
1 sudu kecil vanilla // optional
1 1/2 susu segar perisa coklat
1/2 cawam air campur 2 sudu kecil nescafe
*
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
*
Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
untuk menjadikan topping cair sedikit, masukkan sedikit susu cair // optional
*
Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul hingga sebati.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 degree/ sehingga kek masak.
6. Untuk topping, masukkan semua bahan topping kedalam periuk kecil, dengan api yang kecil panaskan adunan sehingga menjadi berkilat dan lembut. Kemudian tuang ke atas kek yang sudah sejuk itu.
Yummy.. yummy...!
No comments:
Post a Comment