Adik saya mahu terminate broadbandnya. Jadi dia pun pegila ke pusat ****** untuk menguruskan hal tersebut.
Setelah diambil butiran broadbandnya dan diperiksa dlm pengkalan data pemilik akaun broadband adik saya itu ialah:
Godzila binti Bulat.. LOL!
okla, selamat bertarawih!
Ini adalah catatan pendapat dan pandangan aku tentang sesuatu perkara di sekeliling yang aku rasa, dengar, dan lihat. Pandangan dan pendapat kita mungkin tidak sama, biasalah tu, sebab bagi aku, kita mungkin dapat kertas lukisan dan warna yang sama, tetapi tidak mungkin kita dapat menghasilkan dua lukisan yang langsung tiada beza..
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 23, 2012
Wafiq
dialog suatu pagi sabtu...
Abang Ipar: Wafiq.. o.. Wafiq!
Wafiq: ye, bakpe aboh?
Abang Ipar: Ni kemaskan barang2 mainan ni...
Wafiq: bukan Wafiq yang buat..
Abang ipar: ye la, dok kira la sape hok sepahkan pun, kalu tulong kemaskan buleh pahala.
Wafiq: [sambil kutip murdoch] yela.. abohpun..
Abang Ipar: mende?
Wafiq: abah pun tulongla kemaskan, buleh pahala jugok..
budak kecik yg tembam
Friday, July 20, 2012
Ramadhan 1433H
Ramadhan Kareem
Dipermulaannya rahmat,
dipertengahannya keampunan
dipengakhirannya pembebasan dari api neraka.
semoga ibadahku pada kali ini lebih baik berbanding tahun lepas.. insyaAllah.. amin.
Wednesday, July 4, 2012
Petang di Stulang
Tibanya pada sore itu
bersama riang dan ria
tika deretan mobil merintangi jalan
dan lembut bayu sesekali datang
Tenggelam timbul suaranya
dalam deru enjin dan kocak ombak
di bawah limpahan neon jalanan
juga sumbangan toko-toko berdekatan
bersinar gemilang menenggelamkan rembulan
Saat muazzin melaungkan panggilan keramat
ayuhlah mengerjakan solat!
ayuhlah menuju kejayaan!
tebing hidup itu kami tinggalkan
meninggalkan sebilangan kerat mereka
yang masih mahu
menghirup bau kehidupan
Stulang Laut dalam kenangan.
bersama riang dan ria
tika deretan mobil merintangi jalan
dan lembut bayu sesekali datang
Tenggelam timbul suaranya
dalam deru enjin dan kocak ombak
di bawah limpahan neon jalanan
juga sumbangan toko-toko berdekatan
bersinar gemilang menenggelamkan rembulan
Saat muazzin melaungkan panggilan keramat
ayuhlah mengerjakan solat!
ayuhlah menuju kejayaan!
tebing hidup itu kami tinggalkan
meninggalkan sebilangan kerat mereka
yang masih mahu
menghirup bau kehidupan
Stulang Laut dalam kenangan.
Sunday, July 1, 2012
solace in silence
i can't do anything
about what your words had done to you
i can't give you advice nor will you hear my comfort voice
coz i'm of no position to give you one
i can just lend you my ears
and may be my shoulders
for you to let out all your doubts and fears
or count your bless
i'm telling you this
so that you know
so that you know
silence is all that i'll offer
coz
i'm no good at words. never.
sometimes
my words would get back to me, cruelly
my words would betrayed me, mercilessly
my words would failed me, badly
my only hope
my silence
will give you a memorable company
while you look for solace...
Subscribe to:
Posts (Atom)