Thursday, September 19, 2013

Bento saya versi melayu


Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento holds rice, fish or meat, with pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container.

Pagi pagi dapat Wasap dari adik, "bawak bekal apa lak hari ni..??"
Semenjak dua menjak ni, rajin pula saya bawa bekal ke sekolah. Roti bakar, popkon ayam, salad dan keju, nasi goreng, nasi ayam, etc etc..
Mula mula rasa segan nak buka bekal atas meja bila ramai kawan kawan duk mengadap hidangan yang dicedok dari tray kantin. Tapi lama lama rasa segan tu hilang kerana..kerana.. kerana apa ek.. ntah.. sebab makan bekal sendiri lagi best kot!.. hehe (ayat perasan!).

Seronok rupanya bawa bekal ke sekolah. Banyak kelebihan, antaranya;

1. Best, sebab ikut citarasa tekak sendiri. kalau beli terpaksa telan ikut citarasa peniaga yang semestinya fikirkan juga pasal kos, untung dan rugi.
2. Dijamin bersih! mengikut piawaian dan standard kita. Bukan nak kata kantin tak bersih, tapi kalau kita masak sendiri kita akan tahu jaminan kualiti makanan yang kita makan tu..:)
3. Jimat. Bila bawa bekal maka kita tidak akan membeli. Bila tak membeli, maka kita tak guna duit. Bila tak guna duit, maka duit jadi banyak. Bila duit jadi banyak maka kita bolehla beli bahan basah untuk buat bekal lagi..! 
 4. Tapi reason sebenar kenapa saya bawa bekal adalah kerana masakan Melaka ni pedas. Saya bukanla tak tahan pedas.. kalau cili padi dalam budu (oh.sdapnya budu!) tu kadang kadang saya mamah macam tu je.. tapi pedas negeri Melaka ni lain macam. Pedasnya seperti makan cili padi dalam air suam.. pergh!

Dan banyak lagi la kelebihannya.. memang seronok. Tahap keseronokan tu seperti level 40 di mana kita akan rasa excited berfikir nak masak apa untuk bekal esok dan excited bangun pagi nak ke tempat kerja... haha.. 
 
 
tapi saya tak laa serajin ini untuk hias bento saya... pic. ehsan wiki

p/s: malam tadi buka sampul surat yang ade cek dari Karangkraf..hikhik..suka!

No comments:

Post a Comment