Saturday, March 20, 2010

sabtu - end of school's hol'days

salam alaikum dan salam hari sabtu.

Hari sabtu sudah sampai ke penghujung. Sabtu ini berbeza dari sabtu yang lepas, kerana ini adalah sabtu hari terakhir cuti sekolah yang bermula sejak 12 march yang lalu. Macam biasa kedatangan Sabtu hujung cuti ini disambut dengan seribu satu macam perasaan. Rasa malas nak start kerje balik adalah salah satu darinya. Rasanya macam tak cukup lah cuti satu minggu tu...kene tambah lagi ni...hehehe.
Kepada semua rakan guru, selamat memulakan hari kerja anda esok!(~_^)...
hmm bestnya kalo ade kembar seiras, boleh ganti aku pi skolah besok, ahaks!

next entry aku upload gambo2 cuti2 malaysia aku, hihi...insyaAllah..!

okla until next entry, ciao!

Thursday, March 11, 2010

Man jadda wa jada...

salam alaikum

pagi tadi seperti yang telah termaktub, maka result SPM pun telah selamat diumumkan... dan seperti hukum logiknya, calon2 SPM 2009 telah memenuhi perkarangan dewan besar sekolah, walaupun tiada kad jemputan, maupun surat paksaan supaya mereka hadir..semua datang dgn berkawan-kawan dan berbagai fesyen pakaian dan rambut. duduk dan berdiri, bersembang dengan rakan2 yang mungkin sudah berbulan tidak berjumpa disebabkan urusan hidup yang berbeza, ataupun baru semalam lepak bersama kat wakaf di simpang jalan.topik utama perbualan adalah aktiviti mereka sewaktu cuti, dan tentang perihal keputusan mereka. anehnya, walupun mereka begitu rancak bercerita pasal result, tiada seorg pun lagi yg tampil di kaunter utk mengambil result mereka..huhuhu...
aku duduk di satu penjuru, mengutip hutang asrama bagi sebahagian pelajar yg belum langsai hutang asramanya thn lepas.. bosan menunggu, aku perhati gelagat bekas pelajar2 itu. ya, mereka sudah dewasa hampir 4 bulan dari kali terakhir aku berjumpa meraka. nyatanya, pembawaan dan penampilan meraka sudah jauh berubah...rata-rata mahu dilihat dewasa melebihi usia mereka.
result agak mengejutkan, unexpected. a surprise. and for some reason, i feel so relieved by this surprise. i'll tell u why:

1. for an amateur like me, this surprise really gives me an uplifitng effect.
2. for an amateur like me, i really need that uplifting effect
3. for an amateur like me (again!), this surprise and the uplifitng effect prove me something that i can't tell u what.

finally, i hope, really really hope that maths panel will not be a hit target anymore either in meeeting or leisure talk at canteen.

thanks to all maths teachers, our hardwork and perseverance really pay...let's pray that we will do better this year..gambatte kudasai!

congrats to all students who worked smart and hard, man jadda wa jada, remember...?

ooppss, black out! sape bwk enset ni...!!!

until next entry, ciao!

hm....

Salam alaikum

Kurang dari 10 jam lagi result SPM akan keluar. Semoga kejayaan bakal mengiringi kalian, adik2 pelajar..dan tika tiba saat itu, ingatlah untuk bersyukur kepadaNya, kerana walau SEHEBAT manapun result SPM kita, kita masih lagi HAMBA kepadaNya.. semua itu tak kan terjadi kalau bukan dengan izinNya.

Haziq dan Kakak, semoga usaha anda selama ini membuahkan hasil yang lumayan..berbaloi-baloi..hehe

Azmi, kesilapan lalu jgn diulang lagi, jadikan pengajaran dan sempadan.

what u give you get back, remember...?

until next entry,
adios!

Friday, March 5, 2010

tentang alam

Salam Jumaat

Sampai rumah pukul 12, sunyi, semua orang pegi ke bandar, hanya ayah yang tinggal, tengah bersiap2 untuk tidor sebentar sebelum ke masjid. Hari dah start panas. Rasa garing kulit ni. Macam keropok keping yang baru aku makn cicah ngan sos cili sebentar tadi.Bahang panas meruap. Daun daun pokok merunduk layu tunduk pada cuaca yang membahang..
Ayah dah siap untuk ke masjid, dengan jubah kelabu dan bau minyak atar menerawang diudara. Dengan lafaz bismillah, enjin motor Kriss ayah start, dan meluncur laju ke masjid.
Tinggallah aku sorang termangu2 di beranda dapur..memerhati alam sekeliling...

Bercerita tentang alam
dihening sunyi Jumaat
ngiang cengkerik dan kicau murai
nun sesekali kokokan jantan tua di laman jiran
angin dari baruh berbau lumpur kering
melintasi sungai cetek dan kelabu
mengirai daunan kuning di hujung ranting
gugur menjadi daun kering, rapuh di bawah kaki
dan kain di ampaian sejenak kering
di bawah terik mentari 12.30 tengah hari.