Salam Jumaat
Sampai rumah pukul 12, sunyi, semua orang pegi ke bandar, hanya ayah yang tinggal, tengah bersiap2 untuk tidor sebentar sebelum ke masjid. Hari dah start panas. Rasa garing kulit ni. Macam keropok keping yang baru aku makn cicah ngan sos cili sebentar tadi.Bahang panas meruap. Daun daun pokok merunduk layu tunduk pada cuaca yang membahang..
Ayah dah siap untuk ke masjid, dengan jubah kelabu dan bau minyak atar menerawang diudara. Dengan lafaz bismillah, enjin motor Kriss ayah start, dan meluncur laju ke masjid.
Tinggallah aku sorang termangu2 di beranda dapur..memerhati alam sekeliling...
Bercerita tentang alam
dihening sunyi Jumaat
ngiang cengkerik dan kicau murai
nun sesekali kokokan jantan tua di laman jiran
angin dari baruh berbau lumpur kering
melintasi sungai cetek dan kelabu
mengirai daunan kuning di hujung ranting
gugur menjadi daun kering, rapuh di bawah kaki
dan kain di ampaian sejenak kering
di bawah terik mentari 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment