Tuesday, May 3, 2011

Selawat Syifa'

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat. Tidak seperti saya. Selsema. Yang amat teruk dalam sejarah saya diserang selsema. Selsema saya semakin teruk selepas saya pulang dari PBAKL2011. Mata saya tidak henti - henti "menangis". Hidung saya seperti paip yang loose, mencurah curah keluar "air". Sungguh tidak selesa. Dan inilah kali pertama dalam sejarah saya membaham 10 tablet panadol!

Dengan tisu ditangan, hidung yang sok sek sok sek, saya memang kelihatan seperti baru sudah menangis ala marathon..hahaha..
Suara pun sudah bertukar ala ala erak basah gitu. kadang kadang kedengaran sengau sengau manja, hehehe..

Disebabkan selsema yang teruk, maka saya juga akhirnya mendapat sakit kepala. Berdenyut denyut. Ketika sujud terasa seperti diserang sakit mata.

Ketika inilah baru sedar nikmat kesihatan yang dikurniakan...betapa saya seringkali megambil lewa perihal penjagaan kesihatan. Barulah terhegeh hegeh menghafal selawat syifa' dan segala macam doa doa lagi..huhu



Namun itu semua adalah ujian Allah. Untuk melihat sejauh mana hambaNya mampu bersabar. Alhamdulilah, hari ini keadaan sudah sedikit baik. Dan aya berharap akan pulih sedikit masa lagi. InsyaAllah..

Monday, May 2, 2011

Interview (Satu tajuk yg rumit)- Part 2

Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin. Selamat Hari Pekerja. Belated. Setelah bercuti tiga hari, maka hari ini sudah masuk kerja semula.

Jadi, saya telah pun menghadiri temuduga tersebut. Pagi 28.04.2011. Sebetulnya saya mahu mengemaskini part 2 ini sejurus selepas temuduga, namun, tahu sajalah, kesibukan hari Khamis membataskan waktu untuk menghadap laptop.

Sungguh, temuduganya begitu senang sekali (tidaklah bermaksud saya memperlekehkan temuduga tersebut). Tapi untuk orang2 yang tidak "sempat" seperti saya ini, temuduga seperti itu adalah satu anugerah. Alhamdulillah, saya telah melaluinya dengan lancar. Namun, keputusannya tidak diketahui lagi. Saya berharap saya akan lulus dengan jayanya... InsyaAllah...

Balik dari temuduga saya diserang selsema. Mula rasa tidak sedap badan. Sakit kepala. Mungkin angin. Maklumla, saya tidak makan sejak pagi.. w/pun saya sudah beli roti gardenia coklat dan sebotol air masak, tapi saya tidak berselera untuk makan. Berdebar. Aduh... gimana ya..? Mungkin gastrik datang lagi.. hu hu..

Walaupun begitu, sakit saya tidak mematahkan semangat saya untuk tetap ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur keesokan harinya...hehe

Ah ye, terima kasih kepada rakan2 , dan adik beradik yang mendoakan kelancaran sesi temuduga saya. Juga terima kasih kepada tuan penemuduga!..:)

Oh sudah hampir waktu kelas. Nanti saya "update" sesi lawatan saya ke PBAKL pula.