Tuesday, May 3, 2011

Selawat Syifa'

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat. Tidak seperti saya. Selsema. Yang amat teruk dalam sejarah saya diserang selsema. Selsema saya semakin teruk selepas saya pulang dari PBAKL2011. Mata saya tidak henti - henti "menangis". Hidung saya seperti paip yang loose, mencurah curah keluar "air". Sungguh tidak selesa. Dan inilah kali pertama dalam sejarah saya membaham 10 tablet panadol!

Dengan tisu ditangan, hidung yang sok sek sok sek, saya memang kelihatan seperti baru sudah menangis ala marathon..hahaha..
Suara pun sudah bertukar ala ala erak basah gitu. kadang kadang kedengaran sengau sengau manja, hehehe..

Disebabkan selsema yang teruk, maka saya juga akhirnya mendapat sakit kepala. Berdenyut denyut. Ketika sujud terasa seperti diserang sakit mata.

Ketika inilah baru sedar nikmat kesihatan yang dikurniakan...betapa saya seringkali megambil lewa perihal penjagaan kesihatan. Barulah terhegeh hegeh menghafal selawat syifa' dan segala macam doa doa lagi..huhu



Namun itu semua adalah ujian Allah. Untuk melihat sejauh mana hambaNya mampu bersabar. Alhamdulilah, hari ini keadaan sudah sedikit baik. Dan aya berharap akan pulih sedikit masa lagi. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment