apabila berada di bawah, kita teringin mahu ke atas.
mendaki dan berusaha untuk tidak tewas.
tgh perjalanan yg kadang hujan dan kadang panas.
redah, tempuh dan harung walau dlm hati ada rasa cemas.
saat diri di atas, semua nampak indah.
jika dibawah hanya nampak kaki,
sekarang di atas boleh nampak semua sekali..
oh, semua benda macam kecil dan halus lagi..
boleh buat dengan pejam mata dan petik jari.
bila di atas ada bnyk pilihan
mahu pandang atas, depan atau belakang
jgn hanya menonong sembarang atau aci hentam
bnyk nafsu, bnyk akal dan hati yg memandang
mahu ambil ruang, cipta peluang
jadii jgn lupa pandang bawah juga
tmpat kaki berpijak yg jaga imbangan kita
jgn silap tapak, nanti langkah jadi tak kena
tersepak batu tunggul kayu atau apa saja
boleh jatuh, tergolek
atau terhempas mcm buah nangka
dahsyatnya!
lebih dahsyat kalau jatuh hingga ke bawah semula.
Nauzubillah!!!
No comments:
Post a Comment