Ketawa kami gamatkan ruang dapur ketika kerja2 membersihkan itik2 dijalankan. Cerita itik salai muncul lagi. hehe. Leceh nak bersihkan itik ni. Bulu dia ada bnyk lapis. Dah cabut bulu pelepah, ada lagi bulu2 yang halus2 tu. Kalau sekor takpe lah. Ni 7 ekor. Mau pengsan!
Tapi, bukan aku yg uruskan pun... abg2 aku yg handle.. hehehe...
inilah hasilnya selepas sepagi bercinta dgn 7 itik
September 2011
Ketika memasuki Kuala Pilah, on the way nak hantar adik pratikal kat HTJ N9, kami perasan banyak signboard "itik salai", "ayam kampung salai" dan "puyuh salai". Semua signboard tu depa buat besar2 dan ditulis tangan. Sekali tengok macam depa ni conteng pakai arang je. Tp aku yakin depa ni mesti guna shaker spray yg kaler itam tu.
Oke. sambung. Pastu memula kami baca2 je la dignboard tu. Tp makin lama signboard tu mcm makin bnyk lak. Makin jauh kami jalan makin bnyk. Tebayang rupa ayam panggang makan nga air asam. Tergoda. Kami pun rasa makin lapar. Ye la hari pun dah lebih dari tgh hari, perut mmg rasa laparla, pastu, aku pun mengeluarkan idea yg sgt bernas dikala perut mula bergendang menyanyikan irama zapin dan kuda kepang.
"Cer kita bli, try se, mana tau best. Kekgi kita bleh bli lagi".
"Oke, kekgi kalu jupe kedai dia kita berenti". Kata kakak.
Tak lama, doa kami termakbul. Dari jauh kelihatan satu gerai sedang mempamerkan itik2 dan ayam2 bergantungan di hadapan gerainya di tepi jalan. Memang mengujakan!
Setelah diparkir betul2 di hadapan kedai itu, aku dan adik pun keluar menuju ke gerai dgn semangatnya. Kami melalui itik2 dan ayam2 yg tergantung itu. Baunya... fulamak... rasa mcm nak gigit terus itik2 tu, makan kat situ...hehe.. gelojoss!
Tp kami kene bersabar.. penjual itu (dua org mamat agak ensem) sedang melayan seorang pembeli. aku nampak pembeli tu sudah memegang bungkusan ditgnnya. Mungkin transaksinya membeli itik salai sudah hampr selesai agknya, fikirku sambil menghampiri kaunter dimana mamat mamat ensem tu berdiri.
"Balik nanti trus nak masakla ye?" aku terdengar si penjual itu berbicara dgn pembeli tadi.
"A'a.. ni masak kuning best jugak ni", kata pembeli tadi sambil menelek itik panggang ditangannya.
Erk.. aku dah mula rasa tak best. Sejurus pembeli tadi beredar ke keretanya.
"Bang, ini itik kene masak dulu ke?" soalku dgn lurusnya.
"A'a, kene masak. Masak kuning ke, kari ke", kata penjual itu. "Adik nk apa? itik? ayam kampung?"
"Er.. kami igt boleh trus makan..." semangat kami utk makan terus suram.
"oh tak... ini dia salai je. bukan dah masak." terang abg itu lagi.
Lorrr... kami igt itik salai tu mcm daging salai tu. boleh trus makan... huhuhu...
Hehehe.. abang2 itu hanya tersengeh. Cis.
Kami pun berjalan dgn longlai. kecewa dan hampa ke kereta.
"Mana?" tanya kakak dengan penuh harapan.
"Itik tu kene massok la. dia layur je (salai) dulu". Terang adikku.
Hm... Hmm..
Kami pun meneruskan perjalanan dalam senyap.
...
"Hampeh, aku dah siap basuh tangan da nk makan itik salai tadi.." kata kakak dgn nada tak puas hati.
kah!kah!kah!
Ketawa kami pecah akhirnya.
**Bagi kami salai tu sama maknanya dengan panggang. Kalau sekadar melalukan ayam/itik ats ujung2 api tu, kami panggil layur...
No comments:
Post a Comment