Tuesday, March 13, 2012

puashati

Saya betul-betul tidak faham dengan segelintir manusia yg tidak pernah berpuashati dengan apa yg terjadi. Jika tidak dapat sesuatu, mereka bising, salahkan sistem dan parti2 politik yg mereka tidak sokong. Jika mereka dapat sesuatu, pun mereka tetap bising, menerima dengan sinis dan menuduh terdapat agenda dan motif2 tersembunyi dari apa yg mereka dapat. 
Agaknya apabila suatu pagi mereka buka pintu dan ternampak satu bungkusan bertulis nota "ini adalah ganjaran dari Allah S.W.T" barulah mereka ini boleh menerima dengan rasa syukur kot.

Friday, March 9, 2012

pasal org gaji

Agaknya jadi org gaji lagi best kot. Saat org lain bergelut nak bayar duit sewa rumah, depa dpt bilik free, siap sebilik sorg plak tu. Saat org lain mungkin terpaksa makan mee segera tika ujung bulan, depa dpt mkn free, pakai free (malah ada yg di hantar belajar amik degree lagi!). Saat org lain tolak gaji utk bayar bil2 dan hanya tinggal beberapa sen utk belanja bulanan, depa dapat rm700 nett! Agknya depa lagi kaya dari ibuk dan bapak yg ambil depa bekerja. Agknya depa yg jadi tuan kpd ibuk dan bapak yg ambil depa bekerja, kerana; kerana; kerana; kerana depa hny bersenang lenang di rumah, ibuk dan bapak mereka keluar pagi balik mlm sebab nak bagi gaji pada depa.
org malaysia bina rumah besar2. yg dpt duduk ialah depa dari seberang..ahaks! 

dan saya cuma terfikir begitu apabila terbaca berita depa dari seberang begitu demand sekarang ni. 

Monday, March 5, 2012

5 sebelum 5

Isnin minggu lepas saya sempat menziarahi seorg rakan yg menghidap kanser kalenjar. keadaan beliau ketika itu nampak ok walaupun kepenatan kerana menunggu lama di lobi hospital semata2 utk mendptkan tarikh bagi ct scan. dua hari selepas itu, saya dikhabarkan beliau sudah di masukkan semula ke hospital dan tahap kesihatannya menurun mendadak. kami rakan2 mmg sgt tekejut. bermula dgn hanya pembedahan kecil membuang bintil kecil di betis, yg pada mulanya hanya dianggap 'tanda lahir', rupa2nya itu adalah permulaan utk kehidupannya disahkan kanser tahap 4. semoga kak ton mendapat syafaat di atas ujian yg menimpa beliau.
Jumaat lepas ketika menghadiri kelas furqan, seorang rakan bercerita mengenai ayah ex-smkatj yg meninggal dunia akibat kanser buah pinggang. Innalilahi wa inna ilaihi roji'un...
sungguh, selama in lagu Raihan itu saya hanya nyanyi2kan...igt 5 perkara..sebelum 5 perkara...
 sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku agar aku boleh beribadat kepadaMu dengan sempurna.. amiiinnn.