Isnin minggu lepas saya sempat menziarahi seorg rakan yg menghidap kanser kalenjar. keadaan beliau ketika itu nampak ok walaupun kepenatan kerana menunggu lama di lobi hospital semata2 utk mendptkan tarikh bagi ct scan. dua hari selepas itu, saya dikhabarkan beliau sudah di masukkan semula ke hospital dan tahap kesihatannya menurun mendadak. kami rakan2 mmg sgt tekejut. bermula dgn hanya pembedahan kecil membuang bintil kecil di betis, yg pada mulanya hanya dianggap 'tanda lahir', rupa2nya itu adalah permulaan utk kehidupannya disahkan kanser tahap 4. semoga kak ton mendapat syafaat di atas ujian yg menimpa beliau.
Jumaat lepas ketika menghadiri kelas furqan, seorang rakan bercerita mengenai ayah ex-smkatj yg meninggal dunia akibat kanser buah pinggang. Innalilahi wa inna ilaihi roji'un...
sungguh, selama in lagu Raihan itu saya hanya nyanyi2kan...igt 5 perkara..sebelum 5 perkara...
sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.
Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku agar aku boleh beribadat kepadaMu dengan sempurna.. amiiinnn.
No comments:
Post a Comment