Assalamualaikum dan selamat waktu zohor.
berada di tempat orang ni benar2 mengajar saya erti berdikari dan bersabar.
serta tabah.
aduhai... betulla kata orang dulu-dulu, banyak berjalan luas pemandangan banyakla pengalaman.
selalu kita expect pengalaman yang best2 aje, tapi ada kala pengalaman yang tak best boleh muncul dengan tiba-tiba dan menghantui (sort of). kira dah jadi mcm masalah pulak. mmg betul2 tak best lah!
tapi betulla, kalau nak diikutkan rasa yang tak best, sampai bila-bila pun kita akan masih di situ aje la. terhenti di sini (mcm lirik lagu asfan lak, hehe). mungkin masalah atau rasa tak best tu adalah peluang untuk kita memperbaiki diri sendiri supaya menjadi lebih baik masa akan datang. Insha Allah. tabah la wahai hati! itu dia saya setiap hari.
teringat tak lama dulu, seorang kawan pernah mengeluarkan pendapat pasal doa. katanya doa dapat membentuk sifat diri. jadi tabah dan bergantung hanya pada Dia. Kalau ditanya, agak2 saya semua orang tahu pentingnya doa, namun kadang2 kita lupa, maklumla manusia.
mungkin ada ketikanya saya terlupa untuk berdoa dan kawan saya itu menjadi perantara untuk mengingatkan saya. sangat bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa ingat-mengingati...Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment