Thursday, April 25, 2013

Semangat.

Semalam telah berlangsung Kejohanan Olahraga peringkat negeri di Stadium Hang Jebat Klebang. Sekolah berjaya menghantar dua orang wakil iaitu Hanif dan Adlina. Hanif bermain untuk acara lompat jauh manakala Adlina pula untuk acara lontar peluru.

Alhamdulillah.. walaupun sekolah ini serba kekurangan dalam segala segi (peralatan sukan tidak mencukupi dan mutu padang yang dibawah par) Adlina berjaya mendapat tempat kelapan.

Amat memeranjatkan apabila Hanif berjaya mengalahkan sekolah sukan dan meraih pingat emas!

Apabila ditanya ; " Hanif macamana kamu berlatih?" - kerana sekolah kami mmg tiada seorang pun yg guru sukan.

jawab Hanif; " saya tengok youtube, ustazah".

Terharu dan sedih saya mendengarnya.

Ternyata dak Hanif telah mengaplikasikan "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

Go Hanif!!

No comments:

Post a Comment