assalamualaikum
petang semalam (selasa 3/4/13)aku mendapat satu panggilan telefon dari satu nombor yang sangat pelik. sebetulnya nombor itu sudah menghubungiku pada hari isnin (2/4/13) tetapi pada waktu itu aku sedang berbual dengan seorang kawan di talian, maka panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu aku abaikan kerana aku kurang gemar menjawab telefon dari pemanggil yang tidak dikenali apatah lagi nombor yang tertera di skrin adalah nombor yang sangat panjang mcm panggilan dari luar negara.
lagipun, kalau panggilan itu penting mesti dia akan call sekali algi kan... ngeh ngeh ngeh..
namun, oleh kerana perasaan ingin tahu yang membuak2 akhirnya semalam, panggilan tersebut aku jawab.
"hello.." suara aku memang lemak merdu.. ceh!
"hello, kami daripada ... (aku dah lupa) sedang menjalankan soal selidik, tekan 1 jika anda berminat untuk menyertai soal selidik ini, tekan 2 jika anda tidak berminat", begitu bunyi suara dari hujung talian sana.
aku tekan 1
"sila masukkan umur anda"
aku proceed
"sila nyatakan jantina anda, tekan 1 jika lelaki tekan 2 jika perempuan"
aku tekan 1, hehehe
"jika pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, adakah anda pasti akan mengundi, tidak pasti untuk mengundi, tidak mengundi, tidak pasti untuk tidak mengundi atau pasti tidak mengundi? tekan satu untuk pasti akan mengundi, 2 untuk tidak pasti untuk mengundi 3 tidak mengundi 4 untuk tidak pasti untuk tidak mengundi dan 5 untuk pasti tidak mengundi."
aku tekan 1
"jika pilihanraya akan diadakan, parti rakyat manakah yang akan anda undi: 1 barisan nasional 2 parti.."
TET!
talian aku matikan...
apa da.... [selebihnya korang sambung sendiri la ye...]
sehingga ke hari ini, jika masuk bab mengundi, aku berpegang pada 3 perkataan shj:
UNDI ADALAH RAHSIA!
sekian.
No comments:
Post a Comment