Panas matahari pukul 4.30 petang menembusi cermin tingkap kereta. Jemari tangan bergerak mengikut rentak lagu yang terpsang di radio. Sesekali mata memandang angka merah pada skrin lampu isyarat. 123.. hm.. kenderaan pelbagai jenama berderet beratur menunggu lampu hijau.
Sekitar lima meter dari kereta, di lorong bersebelahan, pemandu membuka cermin tingkap dan menjulurkan tangan dari sebuah kereta hitam. Terkepit sebatang rokok di antara jari telunjuk dan jari tengahnya. Sekejap sekejap tangannya ditarik masuk ke dalam kereta.
Terlintas di fikiran, "Tiadakah belas kasihan si perokok terhadap semua penumpang keretanya?" Terkepung dalam asap rokok... fuhhh... kesan yang dialami lebih dahsyat dari perokok tadi. Seumpama dijeruk dengan asap!
Lampu bertukar hijau, kenderaan mula bergerak. Ketika kereta
melintasi kereta hitam tersebut, sempat dijeling. Kerusi bahagian
belakang dipenuhi oleh dua orang kanak kanak dan seorang dewasa. Sempat juga dijeling ke arah pemandunya yang sedang tersenyum.
Hai..murah dan manis senyuman abang... tapi kalau tidak merokok mesti bertambah manis.. hm..
No comments:
Post a Comment