Tuesday, October 25, 2011

cuti

1stly, Selamat Hari Raya..heh! raya ek. tapi raya ni tak dop bunyi mercun la. sunyi je. tak happening.

esok cuti. yahhuu.. bestnye. walaupun baru je cuti weekend dan hari ahad, tapi bila dapat cuti lagi memang rsa sangat best. kalo bagi cuti lepas cuti esok pun memang akan rasa best jugak. pendek kata kalo setiap hari cuti memang best lah. wehh. kalo nak cuti stiap hari quit la. igt ni kompeni warisan nko ke nak cuti hari hari? . uu.. kalo quit tak best lak, perasaan jadi lain. sebab apa, sebab kalo quit mana ade masyuk bulan2 kan kan kan? tapi sebenarnye kan, kalo cuti setiap hari pun tak best jugak sebenarnya, mula2 memang la rasa mcm sgt best, tapi bila dah tiga hari cuti mula la rasa bosan la, tak tau nak buat apa. so sendiri pikir la ye.


gambar ni tak dak kene mengena pun dgn entry. saje je ltk. Program Masyarakat Murni di Sri Costa Melaka

Monday, October 24, 2011

Kisah Mencari Rumput yg PALING Cantik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :-

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang..?? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan..??

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke..?? Emmm... Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye.. Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah.. Apa yang saya harus buat..??

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik..??

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya,
apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Bila Perempuan Tidak Tahu Memasak..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, October 19, 2011

Sealed with a Kiss..

Stumbled upon this song in my donlods treasure chest. but of course mine is in mp3 version. so here's the link so that you can sing this song along..

http://www.youtube.com/watch?v=GrT3SNrndYA

i'll send you all my love in a letter...sealed with a kiss..

really love this song.

Tuesday, October 18, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu




Pesan Buat Aku dan Kamu

Bismilahirrahmanirrahim...

Stumble on good pieces

Pesanan Luqman kepada anaknya:

"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.
erm. ila liqa'.

Monday, October 17, 2011

Kerana Kita Adalah Hamba...

Makanya ingatlah, pada setiap sesuatu yang berlaku itu adalah ujian dariNya. Sedih, walang, gembira, ceria dan semua reaksi2 diantaranya. Tidak semua ujian itu datang dalam bentuk kesedihan kerana Dia bisa menurunkan dalam bentuk kejayaan dan kegembiraan. Tidak semua ujian itu datang dalam bentuk kemiskinan dan kefakiran kerana Dia bisa menguji dalam lambakan harta mewah dan pangkat. Tidak semua ujian itu datang dalam bentuk kesakitan dan kepayahan, kerana Dia bisa mendatangkan dalam bentuk kesihatan dan kesenangan.Tidak semua ujian itu datang dikala kita sudah bersedia sepertimana kita bersedia menanti banjir saat hujan mencurah tidak henti beberapa hari, kerana demi KekuasaanNya, Dia bisa menerjahkan ujian tatkala kita tidak bersedia apa apa.

Dan kerana kita ini hanyalah hambaNya, seringkali merasa sangat lemah dan tewas bila diuji musibah. Dan kerana kita ini hanyalah hambaNya, seringkali lupa dan leka saat diberi ujian nikmat dalam hidup. Dan kerana kita juga hanyalah hambaNya yang lemah, kita keliru kerana menyangka nikmat itu adalah ganjaran hakiki kerana tabah mengharungi saat getir tika diuji. Kerana kita adalah hambaNya ,sedang Dia Yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

Maka ingatlah juga, semua yang terjadi itu sentiasa ada hikmah dan rahmahnya. SyafaatNya ada di mana mana, ujian mengajar kepentingan pengorbanan, ketinggian semangat, kemanisan ketabahan, kehebatan harapan, keluhuran cinta dan kasih sayang...bertabahlah!!


Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yg bermaksud;

"Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa dosanya"-Riwayat Al Bukhari dan Muslim


Saat itu, hanya satu yang menjadi benteng pertahanan kita, memaku teguh keyakinan kita, menjadi pasak dalam nadi hidup kita. Ya, itulah doa. Senjata ampuh membina keyakinan saat semua kepunyaan dan kesayangan retak menjadi serpihan serpihan halus dan hilang dari pandangan...sabarlah...kerana Dia Maha Dekat. Kerana Dia Maha Mendengar..


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku (katakanlah) sesungguhnya Aku dekat. Aku sahut doa orang yang berdoa, tatkala dia berdoa kepadaKu, justeru sahutlah seruanKu" - Al-Baqarah: 186


berdoalah untuk yang terbaik...amin..

Sunday, October 2, 2011

aik..erk??

sbnrnye dh lame sy prasan, tp xtau nk carik kt mana.

erm.. nape sy punya layout blog dh jadik len ek...mana bunga2 everlasting tu..ape yg dh saya buat ye...jadi koko la plak..huuhu..

xpe zi, usaha tangga jaya. mesti ade la tu ter klik ape2 tu kan. kalo xjumpa jugak, tukar la design len..hehehe..saje buat gempak kewww...??

Chickenese Lasagna

Assalamualaikum...

Dua hari lepas saya dihentam oleh seorg member bila berdebat pasal lasagna. semuanya bermula dari perkataan bolognese. sbb sudah biasa kuah merah spageti itu di panggil bolognese, maka saya merujuk kpd kuah merah itu adalah bolognese. kerana dia adalah org dari 'food industry' maka rujukan sebegitu membuatkan dia membuka 'kelas' tidak rasmi pada pagi itu. anak muridnya? saya..hehehe

ok, tuan tuan dan puan puan, bolognese tu adalah satu sos dari tomato puri. origin nye dari Bologna Itali. isi sos itu adalah menggunakan daging merah dan daging merah sahaja. jadi bila perkataan bolognese digunakan, otomatiknye sos tersebut adalah meat based..
kalo isi dia guna ayam? tanya saya..
itu bukan bolognese... itu chickenese...hehehe..
tq friend..:-)

jadi itulah... maka hari ini saya yg tidak tahu pasal sejarah asal usul mknn ini pun try la buat chickenese tu..
godek n godek n godek..
eh eh..
jadi jugak..

moral of the story::unless u r going to take the test to be the top chef, u dont need all the theories and history of food to cook. all u need is just a little rajin, n sabar n a pinch element of kasihsayang to make your food marvelleous..voila!
remember, theory doesnt put food on table..practical does.





p/s:: menu sarapan pagi tadi mmg best. home made roticanai, adik ajis n wife yg uli n tebarkan..pehh mmg terbaekk..kamu mesti selalu balik kg, wahai adikku.. hehehe... malangnya xdpt nk sertakan gambarnya di sini.. btw..mucha gracias..nxt time buat la lagi..:-)

till we meet again. ciao sinchan..