assalamualaikum
Jumaat beberapa jam sebelum sesi persekolahan berakhir rakan dengan senyuman lebar menunjukkan sekeping surat. Dak Hanif akhirnya berjaya ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan Pahang pada bulan hadapan. Semua orang bergembira di atas kejayaan Hanif yang agak terpinga-pinga ketika ustaz Kamil melaungkan namanya supaya turun ke bilik guru.
Hanif telah memecah rekod sekolah setelah 17 tahun penubuhan kerana berjaya ke pringkat setinggi itu.
Jadi pada petang itu pada pukul tiga dak Hanif mendaftar di Sekolah Sukan Sri Kota untuk menjalani latihan selama beberapa hari.
Semoga Hanif berjaya dalam acaranya di Kuantan nanti. InsyaAllah...