Assalamualaikum,
K.Ah, salah seorang teman sekerja aku dah cuti untuk bersalin 2 minggu lepas. Ini anak keempat K.Ah. Aku harap kali ni K.ah dapat anak heroin pula selepas ketiga-tiga anaknya sebelum ini adalah hero. Aku nampak K.ah pun macam teruja nak anak perempuan. minggu lepas, disebabkan sibuk dengan aktiviti sekolah dan aktiviti2 lain yang personal. aku lupa pasal k.ah. sehinggalah kelmarin aku dapat mesej dari k.ah,
mahukan anaknya yang baru lahirni start dengan 'nor'. mungkin itu satu cara untuk K.ah bagitau yang dia dapat anak perempuan kot...tahniah untuk K.ah dan keluarga!
Tapi ayat2 dalam mesej k.ah yang seterusnya mmbuat aku tak dapat tidur lena malam tu. K.ah nak aku yang carikan nama untuk anak perempuan dia tu..alamak..aku mana la terer bab cari nama untuk anak orang ni.. aku double confirm ngan k.ah, betul2 ke nak aku carikan...k.ah jawab 'cari cari cari'.
jadi malam tu aku pun bukalah buku2 dan kitab2 yang selama ni aku tak pernah usik pun, so keesokan harinya aku pun sms la 10 cadangan nama untuk baby girl k.ah tu... aku cadang je la, terima ke tak, aku tak tau.
apa pun aku sekali lagi nak ucapkan tahniah kat k.ah dan keluarga dan selamat datang pada bayi yang baru lahir tu..
hm.. thrill jugak cari nama untuk baby ni!(~_^)v..
ta-ta
No comments:
Post a Comment