assalamualaikum dan salam jumaat,
biasanya dalam satu2 kejadian jenayah, pihak berkuasa akan mencari suspek utama (prime suspect) untuk disabitkan dengan jenayah tersebut. suspek utama ini mestilah pada pendapat aku seorang yang kejam, bermuka bengis dan mampu melakukan kejahatan dan keganasan.
isnin, 6 julai 2009, satu kegemparan telah berlaku di sekolah aku. pada lebih kurang pukul 10 pagi, seramai 22 pelajat mengadu akit perut dan cirit birit. kami membawa pelajar tesebut ke hospital untuk rawatan. maka dari situ telah disahkan, pelajar2 itu mengalami keracunan makanan. maka terkejutlah semua pihak, 'macamana boleh terjadi?'
selama berpuluh puluh tahun asrama di buka, belum pernah ada kes mcam ini berlaku. adakah ini perbuatan sabotaj? kalo ye, siapa suspek utama? siapa yang kejam dan bermuka bengis, siapa di sini yg mapu melakukan kejahatan tanpa belas kasihan?
setelah siasatan oleh pihak berwajib dijalankan (yg meliputi banyak stepdan membosankan) maka suspek utama telah dijumpai; ayam gulai,kwang kwang kwang...
No comments:
Post a Comment