Assalamualaikum
Selamat hari Selasa. Semoga kita sentiasa dirahmati hari ini hingga terbenam mathari nanti...:)
Semalam saya menghadiri perjumpaan pertama guru matamatik tambahan daerah. Kerana guru pakarnya berada di SMK Menerung, maka kami yang tidak berapa nak pakar ni terpaksa la gigih ke sana. Sebenarnya ada tiga jalan utk ke SMK menerung. Satu jln yg dekat, satu lagi sederhana dan satu lagi sangat jauh.
Nak di jadikan cerita kerana hujan yang begitu bersungguh sungh pada hari sebelumnya, maka 2 jln yg pertam telah dilimpahi air...maka, kami(saya dan seorang lagi guru sains) hanya mempunyai satu pilihan sahaj lagi, iaitu jln yang sgt jauh itu (w/pun, beberapa rakan mengatakan jalan itu dekat).
Ya, jaln itu sangat sunyi, dan jauh dan kami tidak tahu arah utk ke SMK Menerung!
Sungguh tragik.
Bagaimanapun setelah 2 kali terlajak dan tersesat, maka akhirnya kami sampai juga dengan selamatnya di sek itu. Agak lambat berbanding dengan yg lain. huhu..
Perjumpann berjalan dengan bagus sekali. Di akhirnya kami diberi tugasan utk menyediakan satu modul berdasarkan tajuk2 yang diberi. Oh, saya dapat tajuk Quadratic Equation utk ting 4 dan Probability utk ting 5.
Jadi hari ini saya cuba menggodek internet, menari bahan utk modul itu. Mana tau, untung rezeki saya dpt atu modul yang lengkap...hehe
Dan saya telah melewati laman ini, dan terbaca artikelnya berkenaan Matematik Tambahan...
dan di bawah adalah artikel yang saya cedok daripada http://www.ketam.pja.my
Cara dapat A Matematik Tambahan
Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.
Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.
Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.
***********
Rasanya begitulah pada masa saya bergelar pelajar dahulu, Matematik Tambahan adalah satu subjek sungguh sungguh SUKAR. Tapi tiada jalan lain utk saya keluar dari masalah ini kerana saya aliran sains. Dan aliran sains apakah yg tidak perlu kepada Matematik Tambahan??
Jadi saya hanya mampu melakukan tiga perkara sahaja jika ia berkenaan Matematik Tambahan;
1. Latihan
2. Latihan
3. Latihan lagi!
Makanya saya berjaya melepasi cabaran SPM 1998. Walaupun saya tidaklah mendapat A, tapi saya juga tidaklah GAGAL!
so Gambatte Kudasai!..:D
No comments:
Post a Comment