Friday, October 12, 2012

tinta terakhir

apakah masih ada esok
untuk aku menikmati
kokok jantan saat dinihari
sinar emas fajar menyinsing
dan remang senjakala

apakah masih ada esok
untuk aku menghayati
kicau murai sesekali lunak 
sesekali melangsing
kekek sang tupai
berlarian di dahan laban ini
dan puput bayu petang yang mendamai jiwa

sungguh aku tidak pasti
siangku dan malamku bagai majlis di Raja
makan tersedia dan lena dijaga
bau enak rumput segar ini
terkadang mengkhayalkan
aku hanyut dilautan fantasi
rekaan imaginasi
terasa dengan harapan semua ini kekal abadi

namun seketika aku tersadar
kehadiranku hanya sementara
menanti hadirnya tarikh keramat
10 Dzulhijjah, 
untuk aku dijadikan ibadah agung untukNya.

semoga pengorbananku tidak sia-sia..

tinta akhir dari sekeping hati bakal lembu korban..:)

Wednesday, October 10, 2012

rasuahkah

hai blog,
Rasuah. Dulu di sebut makan suap. bila sebut makan semua org nak makan. lagila kalo makan bersuap...hehe. jadi sebab tu la agknya makan suap dah tak berapa disebut lagi. sudah disebut rasuah. rasuah tak boleh diukur melalui indeks. tak semestinya kalo tangkapan bnyk dibuat, maka rasuah sedang kritikal. dan tak semestinya kalo tak ada lgsg tangkapan dibuat, maka SPRM tak buat kerja...begitu kata org NKRA Pencegahan Rasuah..
Rasuah adalah jenayah sejagat. Malah dalam AlQuran pun sudah membicarakan soal rasuah dan hukum serta hukuman kepada pemberi dan penerima rasuah. mknanya rasuah bukan perkara kecil.
itu tazkirah separuh dari saya ketika mata sedang menatap laptop dan telinga mendengar soal jawab di tv swasta ..:)
hm..
sekejap je kan, esok dah hari khamis. hm.. dah bulan oktober, satgi cuti sekolah.. akhir2 tahun ni, mmg bnyk kerja yang nak kene siapkan. tutup buku tahun ini. setelkan kerja yg patut utk tahun ini.
Kerja yang banyak, jika dibuat dgn teratur, insyaAllah akan siap juga akhirnya. Jgn rasuah org lain utk buat kerja kita pulak.. :)
Just take one thing at a time.
And don't forget to breathe...:)

blog, saya igt nak ltk pantun tadi, tapi blm sempat siap, idea dah ilang.. canne..?

Tuesday, October 9, 2012

silky silk

hai blog...
terlebih rajin pulak saya malam ini.. sambil tgk asian wave shila amzah kat youtube. bestnya kalo ada duit 5 juta kan.. kan..kan.. bila la saya boleh ada 5 juta tu... hm,. dlm mimpi je la kot..

blog, soalan ni dah lama ada dlm kepala saya, kenapa ye...?
saya penjual kain sutera, tapi limited kat sekolah je la. kenapa ye, bila cikgu yang jadi penjual, mesti org sekeliling pandang serong,kalo pekerjaaan lain org tak kecoh pulak... aduhai..

antara pandangan serong mereka:

1. ni mesti jual illegal ni, kalo pengetua dia tau, mesti teruk kene  ni! [ memandai je...]

2. ni mesti tak masuk kelas dah ni. dah syok jadi peniaga tu, berenti je la jadi cikgu...makan duit haram! [pehh... buat fatwa sendri nampak...]

3. dah tak cukup duit sangat ke... smpai kene jadi peniaga pulakkk??? [ heh!]

hehe... kakak2 dan makcik2 sekaliannn.... saya ni ..

1. semua org kat sekolah tu tau saya bawak kain sutera kat sekolah, mereka siap order lagi nak kain mcm mana, kaler apa, nak pakai utk occasion apa... pentadbir pun dah tau... ok, xde masalah papepun... pengetua pun ok aje.. janji kerja jalann. [ kalo tak meniaga pun, kerja hampes... baru la teruk kene dgn pengetua..]

2. saya bukannya bukak kedai dan duduk tercongok makan kacang sambil tunggu customer... saya bawak kain pastu tinggal dlm bilik, cikgu2 yg free bolehla dtg... santai2 cuci2 mata.. kalo rasa berkenan ambik, kalo tak, tgk2 aje pun dah ok...kerja hakiki saya on aje... masuk kelas, keluarkelas, pegi kantain, masuk upp, handle exam, alhamdulillah... setakat ni, segalanya dipermudahkanNya...

3. meniaga utk suka2 tak boleh ke...? hehehe...

blog, awk setuju?

peringatan...

 hai blog,
dilanda sesuatu masalah, kadangkala seperti tersesat di dalam hutan. tiada jalan yang kelihatan, hanya batang-batang pokok serta rimbunan tumbuhan menghadang pandangan, sukar mencari jalan keluar. buntu. tidak salah meminta pertolongan dari mereka yang berada di luar lingkungan masalah. ia seolah2 meminta pertolongan daripada mereka yang melihat kawasan hutan tersebut dari pandangan atas. nampak semua kemungkinan jalan keluarnya. namun, orang yang diminta pertolongan itu haruslah pandai membaca arah dan petunjuk peta. kalau tak...seperti tikus membaiki labu la jawabnya...

#peringatan untuk diri saya pada hari ini.

Monday, October 8, 2012

monolog

hai blog.

dah lama saya tak jenguk awk. bukan tidak ada masa, bukan jugak dah lupa, cuma kadang2 masa yang ada lebih digunakan untuk aktiviti dan perkara yang lebih real kesannya, mcm tido ke, makan ke.. hehe..
tapi bila dah lama tak jenguk awk, saya rasa macam tak best je. sunyi. hehe.. macamla awk ada suara kan? awk tak ada suara, saya pun tak bercakap dgn awk, taip je. komunikasi satu hala. tapi saya puas hati. puas sbb dapat tulis apa yang kadang2 tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.

blog, hari ni saya cuti. cadangnya nak pegi klinik., tapi macam malas je, saya igt nk apply CR aje la esok. dari semalam, saya rsa tak best. muntah pukul 4.30 pagi, berulang ke tandas sampai rasa nk berumah dlm tandas je. nasib baikla tandas tu dua tiga langkah je dari bilik, kalau tak, memang saya dah buat rumah dalam tandas dah. pastu, teiba je rasa macam sakit2 sendi. member cakap, dulu masa dia kene denggi, pun sakit2 sendi gak, aduh.... saspen! saya pun cek la kut2 ada bintik2 merah kat badan, tapak tgn , kaki semua. tak ada. ni bukan denggi.. tapi member tu siap sediakan satu botol air 100plus untuk saya. botol besar lagi tuh! pastu pagi ni siap potong jambu batu utk saya makan. terharunya.. untung betul saya ada kawan macam dia kan. terima kasih Allah, terima kasih kawan.

tgh hari ni saya rasa mcm dah sedikit ok. ok la berbanding semalam. terketar-ketar nak berjalan. rasa mcm nak baring je sampai malam. tapi tuntutan agama sebagai hamba Dia, kena la jaga jugak kan. walaupun berat kepala dan sejuk kaki tangan, kene jugak sentuh air untuk wuduk dan solat 5 waktu. sakit itu penghapus dosa, tak kan baru diuji sedikit, kita sudah lupa pada Dia. itu pesan saya kepada diri saya.

entahla saya pun tak tahu kenapa. sakit dua hari membuatkan saya terfikir; macamana agknya kalau sakit pada 20 30 tahun lagi ketika diri masih sendiri. ada lagi ke yang sudi menolong?