Monday, October 8, 2012

monolog

hai blog.

dah lama saya tak jenguk awk. bukan tidak ada masa, bukan jugak dah lupa, cuma kadang2 masa yang ada lebih digunakan untuk aktiviti dan perkara yang lebih real kesannya, mcm tido ke, makan ke.. hehe..
tapi bila dah lama tak jenguk awk, saya rasa macam tak best je. sunyi. hehe.. macamla awk ada suara kan? awk tak ada suara, saya pun tak bercakap dgn awk, taip je. komunikasi satu hala. tapi saya puas hati. puas sbb dapat tulis apa yang kadang2 tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.

blog, hari ni saya cuti. cadangnya nak pegi klinik., tapi macam malas je, saya igt nk apply CR aje la esok. dari semalam, saya rsa tak best. muntah pukul 4.30 pagi, berulang ke tandas sampai rasa nk berumah dlm tandas je. nasib baikla tandas tu dua tiga langkah je dari bilik, kalau tak, memang saya dah buat rumah dalam tandas dah. pastu, teiba je rasa macam sakit2 sendi. member cakap, dulu masa dia kene denggi, pun sakit2 sendi gak, aduh.... saspen! saya pun cek la kut2 ada bintik2 merah kat badan, tapak tgn , kaki semua. tak ada. ni bukan denggi.. tapi member tu siap sediakan satu botol air 100plus untuk saya. botol besar lagi tuh! pastu pagi ni siap potong jambu batu utk saya makan. terharunya.. untung betul saya ada kawan macam dia kan. terima kasih Allah, terima kasih kawan.

tgh hari ni saya rasa mcm dah sedikit ok. ok la berbanding semalam. terketar-ketar nak berjalan. rasa mcm nak baring je sampai malam. tapi tuntutan agama sebagai hamba Dia, kena la jaga jugak kan. walaupun berat kepala dan sejuk kaki tangan, kene jugak sentuh air untuk wuduk dan solat 5 waktu. sakit itu penghapus dosa, tak kan baru diuji sedikit, kita sudah lupa pada Dia. itu pesan saya kepada diri saya.

entahla saya pun tak tahu kenapa. sakit dua hari membuatkan saya terfikir; macamana agknya kalau sakit pada 20 30 tahun lagi ketika diri masih sendiri. ada lagi ke yang sudi menolong?


No comments:

Post a Comment