Assalamualaikum...
Selasa lepas menghampiri minit minit terakhir persekolahan pada hari itu, seorang murid bertanya " ustazah, baca tak paper hari ahad?" [semua guru kat sini dorg panggil ustaz/ustazah.. timbul rasa segan jugak sebab tak layak dipanggil ustazah sebenarnya... hihi]
"saya tak baca, kenapa?"
"oohh, tak ada apa apa..", balasnya.
Saya pun mengabaikan soalannya...kerana ditanya soalan lain pula oleh murid lain.. biasala budak form 2, usia peralihan dari kanak kanak ke remaja.. mcm mcm yg dorg rs penting dan nak tanya. tp yang pasti apa yg dorg tanya tu semuanya bukan berkaitan dengan subjek yg saya ajar, hahaha..
tak lama murid tu tanya sekali lagi pada saya soalan yang sama.
kepelikan melanda hati. tapi jawapan saya tetap sama. sebab saya mmg tak baca. hari ahad yg dimaksudkan tu, saya berada di sekitar kuala lumpur dalam tren dan drive, bukan keadaan yang selesa utk saya baca paper.
"berita apa yang awk nak saya baca?" soal saya. niatnya nanti nak tryla cari berita apa yg penting sangat smpai dua kali dia tanya saya benda yang sama.
"ustazah, abang dia masuk paperla...", jawab seorang kawannya yang tadinya duk sibuk bercerita dengan kawan sebelah.
"ohhh ye ke...? soal saya dengan excited. sebab saya nampak murid tadi begitu teruja ingin bercerita.
pantas dia membuka file birunya dan mengeluarkan sekeping keratan akhbar yang di laminate. di bahagian tengah laminate itu dia kepilkan satu lagi keratan kecil dari akhbar berlainan, mungkin berita yang sama mengenai abangnya itu.
saya pantas bangun berdiri di sebelahnya ketika dia menghulurkan kepingan laminate itu pada saya.
"eh, ni berita apa..?" soal saya setelah meneliti keratan akhbar yg dilaminate itu. sempat juga saya membelek kepingan kecil yg terkepil ttapi tidak dilaminate.
"ye la ustazah, tu la berita pasal abang dia tu..." sampuk kawannya.
"ye ke Aizat?" soal saya tidak percaya, kerana reaksinya dengan tajuk berita yang saya sedang pegang itu tidak selari.
"ye la ustazah.." jawab Aizat mendongak memandang saya.
sekali lagi saya baca keratan berita di tangan. tidak percaya.
saya buka fail birunya dan melihat nama ayahnya. Sah. Nama ayah mereka sama. Tapi...
"Kenapa saya tengok awak tak sedih pun..??" soal saya. masih tidak percaya.
"sedih la ustazah... tapi saya tahan.." katanya sambil menepuk nepuk dadanya.
saya kalih pandangan pada kawan kawannya yang sedang memerhati.
"betul ke..?" soalan saya biarkan tergantung.
"Betul ustazahhh.... " jawab kawan kawannya beramai ramai. Beberapa rakan lain yang tidak tahu hujung pangkal tercengang cengang. Rupanya tak ramai yang tahu...
Terkelu. Wajah Aizat saya pandang lagi. Aizat masih lagi tersenyum.
"Ustazah... dah waktu balik..."
"oh. ok la. mari kita sama sama sedekahkan alfatihah pada abang Aizat yang meninggal kerana kemalangan pada hari sabtu lepas." kata saya sebelum keluar dari kelas.
Aizat tu kecik saje budaknya. dan kerana saiznya yg kecil kadang kadang dia ditertawakan oleh kawan kawanya. Dua tiga hari ni memang saya ada nampak dia seperti keletihan selalu melentukkan kepala ke meja. namun bila ditegur dia akan angkat muka sambil tersenyum memandang saya.masa tu saya pun tak tau dia sedang bersedih kerana kehilangan abang sulong. Besar sungguh jiwa Aizat. Walaupun dalam kesedihan dia masih lagi mampu tersenyum dan bermanis muka dengan kawan kawannya dan guru gurunya.
Alfatihah untuk arwah abangnya. semoga tergolong dalam golongan hambaNya yang soleh. Aminn...
No comments:
Post a Comment