Thursday, July 25, 2013

Sunyi dalam Ramai..

Assalamualaikum

Esok sekolah cuti lagi. Sempena Nuzul Quran. Igtkan satu Melaka cuti, tapi bila tanya adik, dia kata dia tak de pon cuti.. last last..baru saya tahu rupanya sekolah ini ambik cuti bagi semua perayaan Islam..Alhamdulillah.. cuma masoh menunggu bilakah cuti mingguan nak bertuka kepada hari Jumaat.. hehe

Hm.. dah lebih separuh bulan rupanya ibadah puasa berjalan. Dah nak hampir raya pun. Lagu raya pun sedang rancak berdendang di radio. Rasa seronok bila terkenang puasa dan raya zaman kecik kecik dulu. Yang pasti kedatangan raya lebih ditunggu berbangding kedatangan puasa. Puasa sebulan, raya pun mesti sebulan.

Bila dah dewasa suasana jadi terbalik. Raya hanya pada hari raya pertama bersama keluarga. Selebihnya sekadar memenuhi permintaan dan undangan. Tiada yang istimewa. Semakin tahun semakin tawar dan hambar. Kelaurga dan kawan kawan hilang satu persatu ditelan kesibukan aktiviti keluarga masing masing yang dicipta dan cuba dipenuhi. Tak apalah. Itu bahagian mereka.

Maka kita yang single single ni menempellah di mana mana agar tidak sunyi sendiri. Sunyi dalam ramai..

Salam 16 Ramadhan. Semoga ketemu lailatul Qadr Nya.

1 comment: