Assalamualaikum.
Dulu kalau mak tanya, "sedap tak mak masak?"
Saya jawab "sedap!" Tapi mata tak lari dari pinggan di depan... dan tangan rancak menyuap...
Jumaat.
Ramadhan sudah berkurang sebanyak tiga hari. Sudah tiga hari juga saya belum sempat berbuka dengan mak. Kalau la Melaka dan Terengganu tu macam Melaka dengan KL... pasti tiap tiap hari saya berusaha untuk pulang ke rumah mak. hehe. KALAU...
Duduk berjauhan macam ni baru benar benar terasa hebatnya penangan air tangan mak. Kalau dulu selalu acuh tak acuh bila mak telefon suruh balik TOLONG makan kan nasik dagang atau ketupat sotong, atau gulai ayam kampung atau singgang asam patin, sekarang semua itu lah yang amat ditunggu tunggu...
Satu Ramadhan hari tu, saya menelefon emak. dua kali. Selepas tarawih pertama dan sebelum berbuka yang pertama. kedua-dua masa itu mak sibuk di dapur.
"mak masak apa?" saya otw nk bli barang di pasar.
"mak masak biasa biasa je.." balas mak. sayu. Hanya mereka bertiga aje kat rumah sekarang.
Tetiba mata terasa berpasir...
"Biasa-biasa tu apa?"
"Singgang ikan, buat agar.."
Simple. tapi itulah yang buatkan aku kecur liur.
Singgang mak tak sama ngan singgang lain yang pernah saya makan. Best! Manis agar agar mak tak sama dengan agar agar lain kat kedai. Oh! betapa saya rasa nak balik sekarang jugak!!
Betullah kata orang, air tangan mak mampu mengikat dan menggamit sang anak walau di mana dia berada. Hebatnya masakan mak yang penuh kasih sayang!
Next time, kalau mak tanya, "sedap tak mak masak?"
Saya mahu berhenti menyuap, pandang mata mak dan berkata dengan penuh penghargaan.."sedap mak masak.." dan dengan penuh kasih sayang juga.
Fuyyyohh.. hebak mung.. mcm novel da.. meh i tlg publish.. kikiki
ReplyDelete