Assalamualaikum
Salam syawal ke-4
Musim raya ni ramai yang 'update' status kat laman sosial. 'Upload' gambar dan sebagainya. Kadang kadang status dan gambar gambar yang 'post'kan itu kelihatan seolah olah menunjuk nunjuk dan melebih lebih, tak kurang juga yang kelihatan seolah olah mengumpat,,.
Terkadang termenung dan terfikir sejenak minda yang sedang membaca dan memerhati.
* kelihatan seolah olah -kerana kita tidak tahu apa niat si peng 'update' dan si peng 'upload' tersebut
Saya sangat setuju dengan cara seorang rakan ketika menerima atau membaca mesej melalui SMS;
Beliau akan membaca SMS itu berulang kali dengan berbagai nada - untuk mencari apakah nada/maksud yang sebenarnya si pengirim ingin sampaikan. Ye lah, SMS tidak dilampirkan sekali dengan perasaan kan? Kadang kadang kita silap mentafsir mesej kerana kurang peka sesetengah kita menggunakan simbol seperti tanda seru (!), HURUF BESAR, tanda soal (?), dan titik titik titik (...)
Kadang kadang saya pun tergelak melihat dia meng intonasikan mesej yang diterima; bermula dari nada lembut, suara rendah, nada perli, sehingga ke nada tinggi dan nada marah!
Mungkin cara ini akan mengambil masa yang lama, memenatkan dan membazirkan masa. Tapi itu lebih baik dari membazirkan perasaan dan emosi kerana marah, geram atau cemburu tidak bertempat.. pada saya itu lebih meletihkan dan membazirkan. [juga agen penuaan pramatang yang paling cepat...:)]
Hasilnya: Balasan SMS kita terhadap si pengirim lebih berunsur "pertengahan". Kita akan lebih bersangka baik kepada si pengirim. Mungkin kerana ruang masa yang ada kerana mengintonasikan mesej, menjauhkan kita dari sifat berprasangka dan terburu buru untuk "menyembur" juga. Bukankah terburu buru itu sifat syaitan?
Emosi kita juga pun tidak tercedera...:)
Erm.. mungkin cara begini pun boleh diaplikasi ketika mahu membalas komen di laman sosial...?
Apa apa pun selamat berhari raya dan menjamu selera. Jagalah pemakan fizikal dan emosi serta rohani agar kita sentiasa sihat dan awet muda...inshaAllah...(^_^)v
No comments:
Post a Comment