Tuesday, September 17, 2013

Dubuk

 Assalamualaikum.

Jika ada kelapangan dan tiada program yang lagi menarik di televesyen, saya suka menonton National Geografi.
Umum sedia maklum, National Geografi kebanaykannya bercerita perihal binatang. Jadi sambil menonton, kita akan secara tidak langsung berfikir cara dan perilaku binatang yang sememangnya tidak dikurniakan akal. Bertindak mengikut naluri dan nafsu. Untungnya manusia, Allah angkat darjat lebih tinggi daripada haiwan kerana ada akal disebalik otak yang berada di kepala.
Namun ketika menonton video di bawah, saya tidak dapt lari dari terus menyamakan tindakan suspek sebagai tindakan sekumpulan binatang yang biasa saya tengok di NatGeo.

DUBUK.

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151860109778139&set=vb.253076141397566&type=2&theater

Mungkin video ini adalah satu fitnah. Saya kurang pasti, kerana tidak diketahui adakah betul tragedi samun, atau motosikalnya ditarik.
Walaubagaimana pun, perkataan DUBUK sentiasa berlegar di fikiran saya sehingga habis video ini daya tonton.
Maaf kerana menyamakan kalian yang berakal dan berdarjat manusia dengan makhluk Allah berdarjat binatang.

No comments:

Post a Comment