"Orang kita tak begitu merai kanak kanak ke masjid.." ulas seorang teman sambil menggeleng gelengkan kepalanya.
Betulkah?
Dari jauh kelihatan seorang makcik sedang "membahasakan" seorang kanak kanak yang sedari tadi menjadikan ruang solat kaum muslimat sebagai 'playgroundnya'.Terkelip kelip mata sibudak kecil mendongak memandang wajah makcik yang tegas itu.
Di mana emak atau penjaga kanak kanak itu?
Saya menoleh sekeliling, mencari bayang si ibu. Sianak, setelah dibahasakan sebentar tadi berlari mendapatkan ibunya, sedang menyandar pada sebatang tiang. Ditangannya terdapat senaskhah mushaf.
Tidak lama, kanak kanak tadi berlarian lagi. Kain penghadang antara ruang solat muslimin dan muslimat dipaut, habis terlorot ke satu bahagian. Kemudian dia berlari lari merentasi ruang solat. Hampir sahaja melanggar seorang muslimat yang sedang solat. Aduh... anak kecil, memang tidak mengerti apa apa!
Ibu kanak kanak itu saya pandang. Tiada tindakan. Malah dia sedang ralit meneliti mushaf yang terbuka di ribanya.
Saya termenung sendiri..
Adakah kita memang tidak meraikan kanak kanak ke masjid? Atau sikap dan peranan penjaga kanak kanak ketika di masjid itu yang membuatkan kita bertindak sebegitu?
Mentarbiah anak anak menyukai masjid sedari usia kecil amatlah digalakkan. Tetapi ibu bapa juga haruslah mentarbiahkan diri sendiri dahulu agar anak anak tidak membuat onar ketika di dalam rumah Allah itu. Dalam erti kata lain, selit ajaran dan didikan untuk anak menghormati rumah Allah dalam proses pembelajaran di rumah. Janganlah kerana mahu mengenalkan anak kita yang seorang itu kepada masjid, habis solat semua jemaah terganggu. Jika begitulah keadaan, kita tentu dapat mengagak apa perasaan jemaah yang ada di masjid/ surau itu ketika itu. Bersolat dalam keadaan huru hara dan tidak khusyuk!
Haruslah ada geram dan marah!
Maka, tidak hairanlah jika makcik tadi begitu tergamak membahasakan kanak kanak yang menjadikan ruang solat muslimat sebagai 'playgroundnya' itu!
Betul, kanak kanak tidak berdosa dan tidak matang berfikir, tapi ibu bapa kanak kanak mesti sudah matang dan tahu berfikir, kan?
**peringatan untuk diri sendiri juga tika mempunyai anak(s) kelak.eh..;)
No comments:
Post a Comment