Friday, September 13, 2013

suspek

Dia berjalan pantas menuju Pejabat Akademik Fakulti Pendidikan. Banyak perkara berlegar di fikiran. Seharian menunggu menjadikan otaknya letih dan badannya lesu. Mahu dibereskan semua perkara sebelum waktu pejabat berakhir.

Pintu kaca pejabat ditolak perlahan. Ramai pelajar sedang beratur. Ditangan masing masing terdapat borang yang pelbagai warna. Ah! Kena beratur pula. Muka jam tangannya dikerling..

Setelah sekian lama, gilirannya sampai. Borang dua muka surat diunjukkan kepada penjaga kaunter. Setelah diteliti, borang itu dibawa ke kubik belakang. Dilihatnya mereka berbicara seketika sebelum borang itu dibawa keluar dan lesap dibelakang dinding bercermin penuh.

Dia sabar menunggu. Badan dialihkan sedikit menjauhi kaunter. Pelajar dibelakangnya mengambil tempatnya tadi.Penjaga kaunter yang lain datang membantu.

10 minit berlalu..

Dia sudah gelisah. 4.10 petang. Borangnya masih tidak kelihatan. Memikirkan jarak antara Fakulti Pendidikan dan SPS menjadikan hatinya bertambah galau. Sempatke sebelum habis waktu pejabat??? Jawapan bagi persoalan itu sangat membimbangkan hatinya.

Matanya melingas mencari penjaga kaunter yang menguruskan borangnya tadi. Ketika itu matanya terpandang seorang lelaki yang sedang beratur selang dua orang di belakangnya. Lelaki itu sedang memandangnya. Mungkin terkejut kerana dipandang, lelaki tersebut cepat mengalihkan pandangan. Namun tidak lama kerana dia kemudian memandang semula dengan senyuman. Senyuman berbalas. Berada di tempat orang tidak elok membuat musuh.. Detik hati. Tapi borangnya masih belum kembali.

Sekilas dia menoleh semula ke kaunter. Penjaga kaunter sudah kembali ke tempatnya. Dia merapatkan diri ke kaunter untuk bertanya.. Giliran lelaki itu juga sudah sampai. Dia memberi peluang kepada lelaki itu menyelasaikan urusannya.

Tiba tiba seorang wanita muda mencelah diantara dia dan lelaki itu. Tangan wanita itu memaut lengan lelaki tersebut sambil merapatkan badan dengan mesra.

Hahaha..

Dia hanya mampu ketawa dalam hati...

Selamat hari Jumaat yang Mulia...:)

No comments:

Post a Comment