Thursday, October 24, 2013

Nasi Minyak kali pertama

Assalamualaikum 

Baru baru ini saya sangat teringin makan nasi minyak. Tapi pada waktu petang dan berada di kawasan majoriti penduduknya adalah Cina dan India, amat susah untuk saya mencari sebungkus nasi minyak pada ketika itu.
Dan, malangnya saya tidak pandai memasak nasi minyak yang sama/hampir sama rasa seperti emak saya/ kakak saya/ atau kedai di Terengganu!

Oh. Baru saya tersedar yang saya memang 'helpless' dan 'hopeless' dalam hal nasi minyak!!!

Saya tidak dapat menafikan perasaan saya sedikit terganggu kerana hal nasi minyak ini. Pada ketika itu saya telah tersedar tentang beberapa perkara yang menjadi faktor kenapa saya tidak pandai memasak nasi minyak;

1. Saya jarang mengambil tahu hal memasak makanan berat seperti nasi. Selain daripada memasak nasi goreng (pun begitu saya lebih suka goreng mee atau bihun) dan nasi putih, saya hanya tahu memasak nasi ayam sahaja. Ini mungkin disebabkan kakak kakak dan emak saya sudah memasak dengan best dan saya hanya perlu 'order' sahaja jika mahu makan, jadi saya rasa tiada keperluan untuk belajar segala nasik dan lauk itu.. (Sekarang sudah jauh dari emak dan kakak kakak yang terer itu, terasa rugi pula, padan muka!)

2. Saya boleh hidup tanpa nasi. Itu juga menjadi faktor penyebab saya 'tidak hairan' dengan nasi minyak. Nasi minyak pula bukanlah kegemaran saya berbanding dengan nasi ayam atau nasi arab.. hehe..
(Sekarang bila dah terasaaaa sangatt nak makan baru keluh kesah, padan muka lagi!)

Akhirnya saya pun dengan rendah diri menelefon emak...
"Mok, nok wak nasik minyok gane?" Saya bertanya sambil menelan liur.
"Nasik minyok...?" Meleret mak bertanya. Mungkin terkejut sebab saya yang bertanya kot.. huuhu.
"Tumis pat skawang tu.. letok bawang besor mayang.. kalu nok sedap tumis nge mentega..letok kunyit siket.."

Saya cuba ingat apa dia rempah empat sekawan. Gagal
"Mok, pat skawang tu mende?" hehehehe..sori mak.
Saya macam dapat dengar mak beristigfar panjang..

"Bunga lawang, buoh pelaga, cengkih nge kayu manis.. mu tumis la sapa naik bau.."
"buh bawang beso mayang, kalu ade puri tomato tu letok la sikit dok pung letok kunyit nok ade warne sikit", ulang mak lagi.
"Pahtu basuh beras, katok* halia. Letok semua hok mu tumis tadi, kalu ade susu cair letok sikit, nok wangi letok daun pandan etek*", mak mengakhiri 'dictation'nya sambil saya membuat 'mental note'.

"oke, mok.. luv you!"

Saya ke dapur. Cengkih. Daun pandan. Susu cair.Tomato puri. TAK DOK*.

Maka pada petang itu, saya pun dengan gigihnya menumis empat sekawan (err... dah jadi tiga sebab tiada cengkih) dengan minyak zaitun (maaf mak, anakmu derhaka).
 
Menjelang maghrib, daging kurban masak merah pun siap beserta acar timun. Setelah mandi dan solat, upacara men 'try' nasi minyak pun bermula.

"Bismillah..."

"Erk. bakpe* dok kuning macam mok buat?" Tanya adik saya. Cis!

"Aku dok ingat nok letok kunyit..hehehe..."

Duli hape*...Janji sedap!

Lepas makan, saya dail nombor di kampung.

"Hah, jadi dok nasik minyok?" Soalan mak yang pertama setelah gagang di sebelah sana diangkat.

HAHAHA...  

Di bawah adalah imej hidangan nasi minyak kali pertama saya.  
 










Mari belajo Bahasa Tengganu

katok = ketuk/pukul (dalam hal halia, memadai jika di ketuk dengan ulu pisau sahaja)
etek = juga
Tak dok = tiada
Bakpe = kenapa
Duli hape = tak kisah la / lantak la.. 




No comments:

Post a Comment