Beberapa hari lepas kawan saya bercerita, tunang kawannya meninggal akibat sesak nafas. Mereka merancang untuk melangsungkan majlis pada cuti sekolah Mei-Jun ini. Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu. Walaupun hebat perancangan manusia, perancangan Allah maha hebat.
Status FB seorang rakan juga bercerita; temannya jatuh ketika sedang menghadap makan malam, dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Pagi tadi ketika menghubungi emak, emak memberitahu isteri abang Rashid, anak makcik Manis meninggal ketika dalam tidur. Kematian beliau disedaru ketika anak anak riuh mengejutkan ibunya untuk bersiap ke sekolah (Terengganu bersekolah hari Ahad).
Berita dari Whatapps pada petang ini juga begitu mengejutkan saya. Prof. Dr. Suleyman A. Muyibi meninggal duni pada hari ini. Terbayang wajah beliau yang pernah mengajar saya sewaktu di UIA dulu. Menurut rakan, beliau baru menjalani open heart surgery beberapa bulan yang lalu.
Semoga arwah arwah di permudahkan urusan olehNya dan di tempatkan di kalangan hamba hamba yang soleh dan solehah...Aamiinn...
Betapa berita berita seperti itu menginsafkan saya, bahawa mati itu pasti, bahawa setiap orang, tidak kira tua atau muda pasti akan mengalami kematian, bahawa begitu tipisnya garisan antara hidup dan mati.
Maka, baki hidup yang ada ini, gunalah dengan bijaksana, dan hiduplah dengan gembira.
Bercerita pasal gembira, dua hari lepas telefon bimbit saya tidak boleh di 'on' kan langsung. Malam itu saya terpaksa membeli telefon bimbit yang baru.
Sepatutnya saya berasa gembira kerana mendapat telefon baru, kerana saya sudah lama berhajat ingin menukar telefon. Namun entah kenapa, perasaan 'excited' tu langsung tiada.
Adik saya berkata mungkin kerana saya hanya bertukar dari satu 'smartphone' ke 'smartphone' yang lain, jadi perasaan menggunakannya adalah sama. Katanya lagi saya mungkin ada perasaan gembira jika telefon bimbit saya yang sebelum ini bukan berciri 'smartphone'. Erm.. betul juga.
Ramai yang mencadangkan saya membeli jenama Apple yang bertahan lama, atau Oppo yang berkamera pusing 7 kanta, tapi saya memilih utnuk membeli dari jenama yang saya suka. Daripada enam telefon bimbit yang saya telah gunakan, inilah kali pertama saya membelinya sendiri. Mungkin inilah sahaja perkara yang mengujakan saya pasal telefon bimbit ini.
Tak kisahlah...
Yang penting.. baki hidup yang ada ini, gunalah dengan bijaksana, dan hiduplah dengan gembira..;)
* Selamat menyambut hari ibu kepada semua ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, ibu mertua, ibu tunggal, ibu saudara,
No comments:
Post a Comment