Monday, August 18, 2014

keterujaan kek oren

Kek pisang dan kek oren adalah dua
Jenis kek yang saya naaak sangat buat dan menjadi seperti yang saya beli di kedai kek. Malangnya, setelah beberapa kali percubaan... kek kek yang saya buat mesti ada 'defect'. Entahla.. mungkin kerana pisang dan oren mengandungi air. Kek kek percubaan saya hampir setara dengan kek bantat. 'Fed up' kuasa lapan!!
Malam tadi.. saya gigih mencuba lagi. Buah oren pasar malam Taman Maju ada lagi sebiji tergolek tepi guni kentang. Jadi saya pun gigihla menyagat kulit oren. Kisar isi oren. Campur telur gula minyak tepung. Kali ni saya cuba dengan berani berani takut letak ovalet.
 Dan... tarraa... hasilnya seperti di bawah ini ye saudara saudari sekalian.
 Ye ye.. saya faham.. ini bukan la kek oren terbaik seantero dunia. Tapi inilah kek oren saya buat yang menjadi dengan jayanya... hmm.. teksturnya.. kelembapannya.. rasanya.. hmmm..
Good job Zi!
Ini kek oren saya.

Tuesday, August 5, 2014

keronyokkan duit sebelum masuk ke dalam CDM

Semalam saya ke Maybank untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun menggunakan mesin deposit tunai- cash deposit machine (CDM). Cheh.. tu pun nak cerita ka?

Ceritanya adalah setelah memasukkan semua kepingan Rm50 dan 100 ke dalam CDM itu dan diproses, terdapat beberapa keping not rm50 dan rm100 yang tidak diterima oleh mesin itu. Saya mengambil kembali duit tersebut dari slotnya.. mengusap usapnya dengan penuh kasih sayang dua tiga kali.. membetul betulkan bucu bucu duit yang terkelepet sikit sikit tu dan mencuba memasukkan kembali duit ke dalam slot CDM itu.
Malangnya duit itu masih juga di tolak untuk diproses. Saya ulang lagi proses yang sama. Hasilnya tetap sama.
Kemudian kerana sudah ada yang menunggu giliran di belakang saya.. maka saya menjadi sedikit serba salah dan kurang sabar.
Akhirnya..saya mencuba satu ujikaji yang saya kira kurang masuk akal kerana semasa saya membuat aktiviti ujikaji itu beberapa pelanggan yang sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM, CDM, dan deposit check menjeling jeling memandang saya.
Inilah yang saya buat kepada not not rm50 dan rm100 yang telah di'reject' oleh CDM itu. Setelah dikeronyok keronyok dengan geramnya.. dibetulkan dan dimasukkan kembali ke dalam slot. 
Tahu apa kesudahannya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Duit duit itu diterima dengan jayanya oleh mesin itu. 

Kesimpulannya jika duit tidak diterima oleh CDM..keronyok keronyokkan dulu dan cuba masukkan semula..

InshaAllah mujarab...

Sekian petua dari dukun CDM.. kuikuikui...


Friday, August 1, 2014

kisah sampul duit raya dan jodoh

Saya dapat sampul duit raya. Bersama not RM5 di dalamnya. Seorang guru ( pangkat kakak) yang menghulurkan kepada saya sewaktu menghadiri majlis rumah terbukanya.
Saya tergelak gelak sebelum menyambutnya.
"Semoga cepat sampai jodohnya..." doanya ketika saya menyambut sampul itu.
"Aamiinn.." sambung saya pula.

That was a few years ago.
Hari ini sewaktu memunggah kotak kasut 'ajaib' bawah katil, saya terjumpa kembali sampul duit raya ini. Not RM5 masih ada lagi di dalamnya.
Hmm.. tersenyum sorang sorang saya bila teringat kak Wan Zurina. Apa khabar kak Ju sekarang. Semoga sihat bersama keluarga hendaknya.

And i'm still single. Don't get me wrong. I'm not complaining. I'm also not promoting myself. I'm just stating the fact.
This is my 30 plus years of being single. And I'm just getting used to it. Though I still hope that one fine day I'll be with someone that I love, and love me back, I am now feeling at peace with myself. I mean.. I am at the phase where I don't really care whether people like me or not. If you like me, it's cool.. and if you don't like me then it's okay.

By the way, sampul duit raya dan isinya itu saya simpan bukanla sebagai tangkal atau azimat. Jangan tersilap tafsir pula ye. Saya simpan sebagai tanda ingatan dan kenangan.. dah tua tua pun dapat sampul duit raya lagi.. hihihih..

Doa saya di bulan yang mulia ini agar kita semua yang masih single mingle ini bertemu jodoh yang soleh dan solehah... aamiinn...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H
Maaf Zahir dan Batin.