Howard Gardner di dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences, menyatakan pendapat bahawa kecerdasan (intelligence) seseorang itu lebih hebat daripada kemahiran ataupun kemampuan. Gardner mengemukakan tujuh bentuk kecerdasan berkaitan teori ini:
1. Kinestetik-fizikal
2. Interpersonal
3. Intrapersonal
4. Logik-matematik
5. Muzikal
6. Spasial
7. Linguistik
Kecerdasan kinestetik fizikal: Biasanya menjadi doktor, tentera,pelakon, atau atlet. Orang sebegini mempunyai keseimbangan badan yang baik, gagah, fleksibel dan ada gaya.
Kecerdasan interpersonal: Biasanya menjadi hebat sebagai pemimpin, pemidato, jurujual, pengurus atau guru kerana mereka sangat sensitif dan mampu mentafsir "angin" serta gerak hati orang lain.
Kecerdasan intrapersonal: Biasanya menjadi ahli falsafah, ahli psikologi, pakar motivasi, atau saintis. Mereka suka mengkaji orang lain, dan sangat memahami perasaan diri sendiri, kemahuan, kehendak, dan batas kemampuan manusia.
Kecerdasan logik matematik: Tidak lain tidak bukan sudah tentu menjadi pakar matematik, ahli ekonomi, saintis ataupun pengatur cara program komputer. Orang sebegini dianugerahkan kecerdasan untuk memahami nombor, konsep logik dan berfikir secara abstrak.
Kecerdasan muzikal: Ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, juruhebah, atau penulis lirik. Mereka sangat sensitif dengan ritma lagu dan pendengaran bunyi nada. Golongan sebegini juga sangat memahami ekspresi yang diluahkan melalui lagu dan irama.
Kecerdasan spasial: Gardner menggunakan perkataan spasial yang bermaksud ruang yang merujuk kepada individu yang sensitif kepada ruang, warna, dan mampu mengimaginasikan objek secara visual (gambaran). Sudah tentu mereka ini menjadi arkitek, pelukis, pelukis pelan/peta atau jurutera.
Kecerdasan bahasa: Biasanya orang sebegini menjadi pakar bahasa, penterjemah, editor, wartawan, dan penulis hebat. Namun sekiranya pelakon, peguam, guru, dan ahli politik mempunyai kecerdasan ini, ia akan menjadi "nilai tambah" bagi mereka.
No comments:
Post a Comment